Konsep utama ukiran kaca ini adalah gabungan antara dua element iaitu ukiran kaligrafi Islam di atas cermin danlukisan abstrak (3D painting) yang unik untuk latar belakang. Terdapat pelbagai corak ukiran dan lukisan yang disediakan untuk kesesuaian pelbagai citarasa. Keunikkan produk ini adalah kehalusan ukiran di atas kaca dan juga latar belakangnya di cat di atas cermin di bahagian belakangnya dengan menggunakan lebih kurang 20 jenis warna. Setiap ukiran di dalam hiasan dinding ini akan melalui beberapa peringkat pemeriksaan secara terperinci sehingga menghasilkan kehalusan seni yang berkualiti. Bagi menghasilkan sebuah produk yang berkualiti, kami menggunakan cat emas 2K untuk ukiran dan setiap lukisan latar belakang yang dihasilkan adalah menggunakan 20 jenis warna yang berkualiti digabungkan dengan warna forense.
Langkah 1. Pertamanya, kami membuat design seni khat di atas kertas. Setelah kami menyiapkan design di atas kertas, seni khat itu akan di imbas (scan) untuk dijadikan dalam format komputer. Dari sini, kami akan membetulkan danmanghalusi hasil tulisan khat tadi supaya lebih kemas dan lebih berkualiti. Kemudian, kami akan membuat template dari design tadi ke atas pelekat (sticker) khas manggunakan mesin khas untuk memotong "sticker" supaya proses mem"blasting" dapat dilakukan. Kami menggunakan mesin memotong pelekat (sticker) khas yang mencecah puluhan ribu ringgit supaya dapat menghasilkan produk yang berkualiti tinggi. Setelah pelekat (sticker) siap dipotong mengikut design khat, ia akan ditampal keatas kaca dan dibuang bahangian yang ingin di ukir menggunakan mesin "sand blasting". Mesin ini digunakan untuk menebuk permukaan kaca. Langkah 2. Setelah kaca yang telah dilekatkan tadi kering, ia akan dimasukkan dengan teliti kedalam mesin "sand blasting" untuk diukir mengikut corak dan bentuk pada pelekat (sticker). Langkah ini adalah sangat penting bagi memastikan kekemasan ukiran dan kedalaman ukiran supaya sekata. Mesin "sand blasting" ini hanya boleh dikendalikan oleh pekerja yang pakar supaya kekemasan ukiran di atas kaca ini tampak lebih sekata dan sempurna. Mesin "sand blasting" ini berharga mencecah ratusan ribu ringgit dan kami amat berbangga kerana menjadi satu- satunya syarikat bumiputra yang berupaya memiliki dan mengendalikan mesin berteknologi ini setanding dengan peniaga bukan bumiputera. Langkah 3. Langkah seterusnya adalah mengecat ukiran tersebut dengan menggunakan cat warna emas yang berkualiti 2K untuk menyerlahkan lagi ukiran yang telah dibuat. Ia akan dikeringkan dan dicat sebanyak 3 lapisan bagi memastikan ukiran di atas kaca itu berkualiti dan tidak akan pudar warnanya. Setelah proses ini dilakukan, ia akan dikeringkan sebelum pelekat dapat dicabut. Langkah 4. Langkah terakhir dan proses yang amat sukar untuk membuat frame ini adalah mengecat warna abstak (3D paintaing) di belakang kaca ukiran yang telah dibuat. Teknik mengecat ini menggunakan "reverse painting" atau mengecat secara terbalik. Teknik ini amat sukar kerana cara pembuatannya adalah secara terbalik. Kita hanya akan dapat lihat hasil lukisannya setelah ianya siap dilakukan. Warna- warna yang digunakan lebih daripada 20 warna beserta dengan warna forense. Definisi Kaligrafi Kata Kaligrafi ini berasal dari bahasa Yunani yang disederhanakan dalam bahasa Inggris iaitu Calligraphy yang berasal dari dua suku kata bahasa Yunani iaitu Kallos dan Graph yang bererti beauty (indah) dan grapeny: to write (menulis), jadi dapat diertikan dengan tulisan indah, atau seni tulisan indah. Dalam bahasa Arab kaligrafi, kaligrafi ini biasa disebut dengan khath, ( ) . Merupakan bentuk masdar dari bahasa Arab yaitu ( ) yang ertinya atau (tulisan atau garis), misalnya ertinya (ia menulis atau memberi garis dengan pena atau dengan yang lain) Manja Mohd Ludin dan Ahmad Suhaimi J. Mohd Nor mengungkapkan pengertian kaligrafi itu suatu coretan atau tulisan yang membawa maksud tulisan yang indah, dalam erti kata tulisan tersebut mempunyai kehalusan dan kesenian. Dengan demikian dapat dikatakan suatu tulisan yang ditulis dengan indah atau suatu kepandaian menulis elok dan boleh juga dikatakan seni tulisan indah. Dalam mengungkapkan pengertian kaligrafi ini bermacam-macam ungkapan yang dikemukakan oleh para tokoh dan pencintanya. Ungkapan tersebut sesuai dengan pengalaman yang dirasakan oleh kaligrafer itu sendiri, sehingga masing-masing kaligrafer itu memiliki corak tersendiri dalam memaknai kaligrafi tersebut. Jenis- Jenis tulisan Khat
|
Proses Frame Hiasan Kaligrafi Islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment