welcome..!! thank you for your goodness to visit my blog! don't forget to follow this site! and leave some words and your link..insha Allah I'll follow yours back..

indahnya CINTA yang bersenikan DIAM..


bismillahirrahmanirrahim...

CINTA..
setiap makhluk yang berstatus manusia itu sering berharap dan berimpikan agar akan ada sebuah cerita cinta akan muncul dalam jalan hidupnya... walaupun hanya sekelumit..
namun dalam agama ISLAM sendiri tidak pernah menafikan atau menghalang fitrah itu dari hidup dalam hati insan milikNYA..
bahkan.. ISLAM sendiri disebarkan adalah untuk meluaskan kata CINTA kepada seluruh umatnya...
CINTA kepada Tuhan.. CINTA kepada AGAMA..dan lain2 lagi..

NAMUN.. yang ingin dibicarakan di ruangan ini adalah CINTA seorang LELAKI kepada WANITA..
mahupun CINTA seorang WANITA kepada seorang LELAKI..
yang mana ceritera CINTA yang melibatkan dua belah pihak ini telah begitu luas melopori segenap masyarakat sama ada.. yang beragama ISLAM mahupun bukan..

mungkin kisah PUTERI Baginda RASULULLAH saw.. iaitu SAIDATINA FATIMAH dan suaminya SAIDINA ALI.. ini bisa meninggalkan iktibar dan panduan buat mereka yang sedang atau akan merasai perasaan jatuh cinta..

Saidatina Fatimah adalah seorang gadis yang sangat menjaga maruah dan peribadinya, punya rupa paras yang cantik apatah lagi dalam ibadahnya... hasil didikan ayahandanya yang begitu utuh pada agama..

ALI MERASA TIDAK LAYAK
peribadi beliau ini membuatkan hati SAIDINA ALI tertarik untuk menyuntingnya...
namun.. setelah mendengar perkhabaran bahawa Abu Bakar melamar Saidatina Fatimah, hal itu betul2 telah membuatkannya begitu tersentap..dan merasakan tiada harapan untuknya..melihatkan peribadi Abu Bakar yang jauh lebih hebat darinya.
Hatinya sedikit lega apabila beliau mendapat tahu,,lamaran Abu Bakar telah ditolak secara baik oleh Rasulullah.. peluang buatnya masih terbuka.. dan ini menaikkan semangat Ali untuk mempersiapkan diri.
Tetapi sekali lagi niat Ali teruji dengan perkhabaran bahawa Umar al-Khattab, seorang sahabat yang gagah dan berani pula telah mengajukan lamarannya buat Fatimah.. dan ini membuatkan Ali redha kerana merasakan Umar lebih layak darinya..



SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-