welcome..!! thank you for your goodness to visit my blog! don't forget to follow this site! and leave some words and your link..insha Allah I'll follow yours back..

indahnya CINTA yang bersenikan DIAM..


bismillahirrahmanirrahim...

CINTA..
setiap makhluk yang berstatus manusia itu sering berharap dan berimpikan agar akan ada sebuah cerita cinta akan muncul dalam jalan hidupnya... walaupun hanya sekelumit..
namun dalam agama ISLAM sendiri tidak pernah menafikan atau menghalang fitrah itu dari hidup dalam hati insan milikNYA..
bahkan.. ISLAM sendiri disebarkan adalah untuk meluaskan kata CINTA kepada seluruh umatnya...
CINTA kepada Tuhan.. CINTA kepada AGAMA..dan lain2 lagi..

NAMUN.. yang ingin dibicarakan di ruangan ini adalah CINTA seorang LELAKI kepada WANITA..
mahupun CINTA seorang WANITA kepada seorang LELAKI..
yang mana ceritera CINTA yang melibatkan dua belah pihak ini telah begitu luas melopori segenap masyarakat sama ada.. yang beragama ISLAM mahupun bukan..

mungkin kisah PUTERI Baginda RASULULLAH saw.. iaitu SAIDATINA FATIMAH dan suaminya SAIDINA ALI.. ini bisa meninggalkan iktibar dan panduan buat mereka yang sedang atau akan merasai perasaan jatuh cinta..

Saidatina Fatimah adalah seorang gadis yang sangat menjaga maruah dan peribadinya, punya rupa paras yang cantik apatah lagi dalam ibadahnya... hasil didikan ayahandanya yang begitu utuh pada agama..

ALI MERASA TIDAK LAYAK
peribadi beliau ini membuatkan hati SAIDINA ALI tertarik untuk menyuntingnya...
namun.. setelah mendengar perkhabaran bahawa Abu Bakar melamar Saidatina Fatimah, hal itu betul2 telah membuatkannya begitu tersentap..dan merasakan tiada harapan untuknya..melihatkan peribadi Abu Bakar yang jauh lebih hebat darinya.
Hatinya sedikit lega apabila beliau mendapat tahu,,lamaran Abu Bakar telah ditolak secara baik oleh Rasulullah.. peluang buatnya masih terbuka.. dan ini menaikkan semangat Ali untuk mempersiapkan diri.
Tetapi sekali lagi niat Ali teruji dengan perkhabaran bahawa Umar al-Khattab, seorang sahabat yang gagah dan berani pula telah mengajukan lamarannya buat Fatimah.. dan ini membuatkan Ali redha kerana merasakan Umar lebih layak darinya..



sekali lagi.. peluang buatnya terbuka lantaran lamaran Umar juga ditolak.. dan ini membuatkan hatinya tertanya tanya.. apakah kriteria sebenar yang dikehendaki oleh Baginda Rasulullah untuk menantunya..?

dan pada suatu hari, rasulullah bersama Abu Bakar, Umar al-khattab dan Saad bin Muadz duduk dalam masjid dan dalam kesempatan ini, persoalan tentang puteri Baginda juga turut jadi perbincangan mereka.
Dan pada ketika itu, Rasulullah meminta Abu Bakar untuk mengajukan persoalan Fatimah itu kepada Ali.. dan Abu Bakar bersetuju akan permintaan Baginda itu..

Setelah Abu Bakar mengajukan persoalan, mengapa Ali tidak pernah menyebut2 tentang Saidatina Fatimah.
Sambil menangis, Ali menyatakan bahawa penghalang untuk beliau mengusulkan lamarannya adalah kerana BELIAU TIDAK PUNYA APA2..

Abu Bakar terharu dengan pernyataan Ali.. lalu dipujuknya Ali sehingga timbul keberanian di hati Ali untuk melakukan apa yang terbuku di hatinya..




ALI MELAMAR FATIMAH
Saidina Ali pergi ke rumah Rasulullah dan telah disambut baik oleh Baginda dan Ummu Salamah..
Ali menundukkan wajahnya.seperti ada hajat di hati tetapi malu untuk diusulkan..
Lalu,baginda bertanyakan apakah hasratnya menemui Baginda.. Ali memberanikan diri untuk menyatakan hasratnya untuk melamar puteri Baginda, Fatimah az Zahraa..
Menurut Ummu Salamah, setelah mendengar lamaran dari Saidina Ali, wajah Baginda nampak berseri2.

KHABAR GEMBIRA UNTUK ALI
Rasulullah memberitahu Ali agar bergembiralah kerana Allah sudah lebih dahulu menikahkannya dengan Fatimah di langit sebelum Baginda menikahkan mereka di Bumi.
Dan Baginda turut menyatakan bahawa Allah memerintahkan Baginda supaya menikahkan mereka atas dasar mas kahwin 400 dirham. Dan Ali menyetujuinya..



Setelah segala persiapan sudah dilakukan, dengan disaksikan oleh sahabat Rasulullah, Baginda mengucapkan kata2 ijab kabul menikahkan puterinya....

Begitulah CINTA puteri Rasulullah dan suaminya yang hanya dipendam dalam hati,,tanpa dibicarakan kepada sesiapa akhirnya diperkenankan oleh Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui..
Percayalah dan jangan takut untuk menyerahkan takdirmu kepada Tuhan,, kerana Dialah sebaik2 perancang dan pelaksana....

PENGAKUAN FATIMAH
Pada suatu hari, Fatimah memohon MAAF kepada Ali kerana sebelum pernikahan mereka, Fatimah telah jatuh CINTA kepada seseorang....
Ali terkejut lalu bertanya.."Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan siapakah pemuda itu?" Lalu sambil tersenyum Fatimah berkata,"ya, kerana pemuda itu adalah DIRIMU...."

Wahai kaum hawa sekalian..
ambillah contoh dan teladan dari Saidatina Fatimah yang menjaga hatinya dari dibelenggu CINTA BERNAFSU yang kini sering berlegar di dunia penuh kecanggihan..walaupun hatinya meruntun mencintai seorang lelaki..
Fatimah hanya membiarkan CINTAnya itu tumbuh menghijau di dalam diamnya..
dan hanya membenarkan Khaliqnya sahaja yang mengetahui...
dan akhirnya.. Allah memberikan CINTA yang dituntun dalam DIAM itu.. menjadi miliknya...
tanpa berbicara walau sepatah...

Jangan takut untuk menyembunyikan CINTAmu wahai muslimah..
justeru, takutkanlah FITNAH dunia yang akan membaluti CINTA yang bertemankan nafsu itu..
kerana syaitan itu akan sentiasa mencari ruang untuk menjatuhkanmu di saat hatimu terdetik untuk bercinta..

Berdiam dan sembunyikanlah cintamu itu.. dan titipkanlah ia kepada Yang Maha Kuasa.. agar hatimu tidak terleka dalam cinta yang masih belum rasmi untuk engkau genggami..
sebagai lambang perasaan MALU yang menjadi menjadi fitrah yang MULIA bagi seorang WANITA..
Dan redhalah.. jika si dia bukan tercipta buatmu..
kerana Allah lebih mengetahui tentang apa yang tidak kamu ketahui...

"Barangkali apa yang kamu sukai itu adalah BURUK bagimu,
dan barangkali.. apa yang kamu tidak sukai itu adalah BAIK untukmu..."
wallahu a'lam..

olahan artikel dari::tintacinta.com::

SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

No comments:

Post a Comment