welcome..!! thank you for your goodness to visit my blog! don't forget to follow this site! and leave some words and your link..insha Allah I'll follow yours back..

sekolahku..gedung ilmuku....

emm beginilah pelajar PASTI..
comel2 belaka.. macam saye..hehe..
sedari umurku 6 tahun... ayahku menghantarku ke Tadika Pasti Teluk Intan yang terletak di Surau as Saadah kampung Padang Tembak, Teluk Intan,Perak. ..dah tak ingat sangat laa kenangan kat situ tapi ape yang x boleh aku lupakan ialah guru2 yang sempat mengajarku...cikgu Hawa, cikgu Aisyah,cikgu Hafsah, cikgu Hafizah(( kot.. x pasti la plak..)) cikgu2 kat situ masya Allah.. penyayang sangat.. dah macam anak dan ibu sendiri..ingat lagi bile time rehat kami akan makan secara berkumpulan dalam talam..waa syiok tuh !! emm.. antara kenangan yang terselit jugak.. aku punya seorang kawan yang special... yang mana dia mempunyai tangan yang tak berfungsi... subhanallah... walaupun keadaannya begitu tapi.. dia belajar macam orang biasa... dia menulis dan makan semua bertangankan kaki... bak kata orang.. kita tak boleh pandang rendah pada orang lain... yang mempunyai kelemahan... aku setuju dengan kata2 itu... kerana setelah 9 tahun berpisah dengannya.. ternyata dia benar2 menjadi insan yang tiada kurang hebatnya... aku terbaca pada akhbar yang ditunjukkan oleh rakan seperjuanganku di tadika tersebut yang juga bersekolah menengah dgnku di SARJANA, Asyiqin, waa.. dia menjadi pelajar kurang upaya yang cemerlang dalam PMR.. Allah itu memang Maha Adil kepada hamba2 Nya... pada tahun ini sekali lagi dia muncul di dada akhbar yang menyatakan hal yang sama dalam SPM nya.. emm.. tentu yang membaca ini.. akan mendapat pengajaran yang baik dalam kehidupan masing2... insya Allah..
SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

Rindu.....!!

Rindu..?? pada sape ye.. haha.. tentu sekali pada kehidupanku di sekolah... tak sampai 3 bulan abeh sekolah... tapi terasa nak sangat ikut adik2 junior balik asrama hujung minggu ni... wahaha... 6 tahun aku menimba ilmu di SARJANA... macam tak percaye je dahh pencen dari sekolah tu... emm dulu akulah orang yang paling tak sabar nak abih sekolah.. tapi sekarang perasaan tu jd meleset secara tak langsung.... macam2 kejadian kat sekolah tu membuatkan aku semakin matang dengan bermacam2 insiden dan kenangan... walaupun terselit yang pahit.. tapi aku rasa seronok sangat dapat lalui semua kenangan buruk itu... yang orang lain tak dapat rasai.. justeru itu membuatkan aku berfikir dan terus berfikir... seterusnya mengambil pengajaran darinya..
antara perkara yang aku rindui ialah suasana belajar di sana... walaupun tidak begitu struggle macam sekolah lain.. tapi aku begitu merindui keadaan belajar di samping teman2 lain... macam 2 gelagat boleh diteliti... haha macam2...
yang kedua...aku rindukan gelak tawa bersama kawan2.... waa bahagianya.... entah kenapa... tahun 2008 merupakan tahun yang paling kusukai... dan tentu sekali insan yang paling aku rindui adalah teman baikku sedari tingkatan satu...AFIFAH ULUL AZMIN... pelbagai suka duka ku bersamanya.. andai bisa diputarkan kembali masa ini... pasti ku takkan menolak...
yang seterusnya... aku kangan bangat.. sama IUI.. setahun sudah berlalu...aku telah meninggalkan badan dakwah itu dalam tempoh sedemikian... walaupun aku terlibat secara langsung dalam gagasan ini... tapi aku masih belum menyempurnakan tugasku dengan baik... belum cukup utuh teladan yang aku tinggalkan pada adik2 dan rakan2... mana mungkin aku bisa ditauliahkan sebagai tokoh imarah musolla.. sedang aku hanya mempunyai kelemahan yang banyak berbanding kehebatan yang hanya sekelumit bahkan mungkin tiada... hanya Allah yang maha Mengatahui perihal peribadiku..
dan yang pasti tidak kulupakan adalah... jasa para guru yang sentiasa bersedia mendidikku... Insya Allah aku akan realisasikan impian mereka untuk melihatku berjaya.. insya Allah... sesungguhnya kalian benar2 telah membuatkan jiwaku jatuh cinta pada ilmu... atas izin Nya...
aku juga tidak bisa melupakan kisah hidupku ketika STAM pada 2010.. tahun itu benar2 meninggalkan kesan hebat dalam hati aku.. bagaimana aku dan Najwa terpaksa meneruskan perjuangan dalam STAM.. tanpa teman2 lain yang pergi melanjutkan pelajaran.. waa.. dan banyak lagi... citer kat tempat lain laa.. haha..
emm.. terima kasih kepada yang memberi seribu satu kenangan buatku... dan terima kasih kepada Allah yang mengizinkanku melalui itu semua...alhamdulillah...




hari terakhir SPMo9

aktiviti badan IUI O8-O9

sahabat gen 6th

selepas selasai SPM

frenz in SARJANA
kenangan manis birthday suhad
emm.. terlalu banyak kenangan yang tak mampu untuk diuraikan di sini.. semoga yang kunukilkan ini bisa menjadi penyuntik semangatku untuk terus melangkah ke dunia luar..
SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

Aku sayang ALLAH..

Bismillahirrahmanirrahiim...
sering kali aku melafazkan kata2 ini.. tapi sayang dan rugi sekali kerana aku tidak bersungguh membuktikaanya.. AKU SAYANG DAN CINTAKAN ALLAH...
Hari ini aku sekali lagi diberikan petunjuk daripada Allah merangkap penyelamat buatku yang di hadiahkan oleh Nya... penyelamat yang telah menghalang aku dari terus melakukan perkara yang sia2...
semalam aku mendapat tahu ada sebuah movie terbaru korea yang bertajuk BABY AND I.. emm oleh kerana aku tertarik dengan movie ini... aku pon ape lagi..mulakan operasi mendownload movie ni laa...
waa.. abeh feeling laa aku tgok cite tu... tapi...
pada hari yang sama jugak aku terbaca sebuah artikel yang disyorkan sahabatku di facebook.. tajuknya.. PENDAKWAH DAN MOVIE.. di.. http://www.halaqah-online.
com/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=547%3Adaie-dan-movie&catid=36%3Atazkiyatun-nafs&Itemid=84
(((MARI SAMA2 BACA DAN MUHASABAH DIRI KITA)))
masya Allah.. memang terkena atas batang hidung sendiri.. walaupun terasa pedasnya... tapi aku bersyukur dan mulai sedar buat kali yang ke seribu kalinya.. Allah benar2 ingin melindungiku... dari hal2 yang terlarang.. jujur saja.. aku hampir berminat pada movie2 yang lain... tapi dengan izinnya.. aku diberikan kesedaran sebelum minat itu aku realisasikan... subhanallah.... Allah telah mendengarkan dan mengabulkan doa dan pintaku... 
dengan itu apa lagi yang harus aku ragui... percaya dan yakinlah bahawa Allah tidak pernah mengecewakan.. dan Dia pasti mengabulkan segala pinta hamba Nya.... INSYA ALLAH..
Wallahu a'lam..
SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

~.::MENGGAPAI MARDHOTILLAH::.~: Duhai muslimah sekalian,mari aminkan doa ini...

~.::MENGGAPAI MARDHOTILLAH::.~: Duhai muslimah sekalian,mari aminkan doa ini...: " Salam..mari sama2 doa dan aminkan doa ini..ana jumpa di Halaqah.online.. Bismillah......Doa Para Akhwat Yg Sangat Merindukan San..."
SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

rohani yang kosong...







Ya Allah...
ke manakah arah yang harus kulangkahi sekarang..??
aku bagai terhuyung-hayang di atas tanah ciptaan Mu...
pilu rasanya...
aku perlukan huluran hidayah Mu...
untuk memimpin tanganku ke pintu yang benar...

Ya Allah...
aku hanya percaya pada Mu sahaja...
tanpa berharap pada yang lain..
aku hanya berdoa pada Mu..
tanpa menagih pada yang lain..

Ya Allah..
hati ini begitu mudah dipengaruhi ..
dipengaruhi oleh anasir2 yg menghalangiku..
ke dunia  yang bahagia bersama Mu...

Ya Allah...
padukanlah hatiku dengan akhlaqul karimah..
penuhilah mataku dengan airmata penghapus dosa..
hiasilah jiwa dn rohaniku dgn zikrullah...

Ya Allah..
diriku sudah hampir jauh dari semua keperluan itu..
diriku makin lupa untuk menghidupkan makanan rohani itu..
diriku begitu mudah menghalau 3 perkara itu dari dalam diriku..

dan itu justeru membawaku ke tebing yang membahayakan..
sehingga diriku.. 
tak tahu untuk menghala kaki ke arah yang mana..

Justeru pandulah langkahku ke arah cahaya yang bakal kumanfaatkan buat bekalanku..
ke daerah seberang kelak..
insya Allah.. amiinn.. 

SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

3 Rahsia keyakinan diri – Rahsia 3

Saya sudah terangkan bahawa rahsia keyakinan diri yang ketiga ialah ‘suka dan cintakan diri kita sendiri’. Saya juga telah berikan 3 soalan untuk anda fikirkan. Sudahkah anda fikirkan? Mari saya terangkan mengapa saya tanya soalan tersebut.
1. Jika anda diberi pilihan untuk menjadi orang lain, siapakah yang anda mahu jadi?
Soalan ini bukan bertujuan untuk memerangkap atau mengena. Kebanyakan orang apabila ditanya soalan begini, mereka mula fikir tentang siapa yang mereka mahu jadi. Tidak salah mahu jadi seperti orang yang hebat. Namun, kita mesti ingat, soalan ini bertanya sama ada kita mahu jadi orang lain. Jika kita mahu, ia bermakna kita tidak berapa suka atau cintakan keadaan diri kita sekarang. Sebab itulah kita mahu jadi orang lain.
Keyakinan diriIni berbeza dengan rasa ingin berubah. Orang yang ingin berubah kepada sesuatu yang lebih baik masih sukakan diri mereka. Tidak kira apa kerja mereka, apa pangkat mereka, apa kekurangan mereka, mereka tetap sukakan diri mereka sendiri. Cuma mereka mungkin mahu mengubah diri mereka kepada yang lebih baik. Orang yang tidak berkeyakinan diri pula tidak sukakan diri mereka dan kalau diberi pilihan, pasti mereka mahu jadi orang lain.
Mulai hari ini, cuba fikirkan sekali lagi, adakah kita mahu bertukar menjadi orang lain? Kalau ada satu kejaiban di dunia ini yang boleh menukarkan kita kepada orang lain, mahukah kita? Jika anda kata anda tidak mahu dan anda masih mahu menjadi diri anda walaupun masih belum mencapai kejayaan besar dalam hidup, itu tandanya anda suka dan cintakan diri anda. Jika itu yang anda percaya, saya juga percaya bahawa anda adalah orang yang bersemangat dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. :)
p/s Fasiha & Syukri, jawapan anda menunjukkan rasa yakin dalam diri sendiri. Tentu tidak ada masalah atau cabaran yang terlalu besar untuk menyerlah di mana-mana sahaja anda berada. :)


SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

3 Rahsia keyakinan diri – Rahsia 2


Rahsia keyakinan diri yang kedua ialah ‘keyakinan diri boleh dilatih dan dipupuk’. Hmm…. apa maksudnya?
Keyakinan diriBiasanya apabila seseorang mengeluh tentang keyakinan diri mereka yang rendah, mereka seolah-olah rasa bahawa sifat itu diwarisi daripada ibu bapa. Jika kita datang daripada keluarga yang bahagia, berjaya dan hebat, kita akan mempunyai semangat dan keyakinan diri yang tinggi. Begitu juga sebaliknya. Benarkah begitu? (Tentu anda teka tidak benar kan? Tetapi apa buktinya?)
Sebagai contoh, disekeliling kita banyak kisah di mana seorang penceramah atau ketua yang hebat bermula daripada seorang yang sangat lemah semangat dan tidak berkeyakinan. Saya ada kenal beberapa trainer dan personaliti yang pada zaman kanak-kanak dan remaja sangat pemalu dan tidak yakin diri. Tetapi, mereka bertukar menjadi seseorang yang hebat, petah berkata-kata dan jelas dalam menyampaikan mesej mereka.
Kita perlu ingat bahawa keyakinan diri adalah sama seperti kemahiran lain yang boleh kita kuasai. Jika kita mahu pandai Keyakinan diritunggang basikal, kita mesti berlatih dan terus mencuba kan? Kalau kita mahu pandai memasak kita kena selalu memasak kan? Begitu juga dengan keyakinan diri. Semakin kita berlatih untuk meningkatkan keyakinan diri, semakin tinggi tahap keyakinan diri kita.
Berita baik yang kita boleh perolehi daripada rahsia kedua ini ialah jika kita sekarang ada masalah keyakinan diri, ia boleh diatasi dan diselesaikan. Maksudnya, tahap keyakinan diri kita boleh ditingkatkan.
Jadi hari ini jerit kuat-kuat dalam hati kita, “Aku pun ada keyakinan diri yang tinggi jugakkkkkkkkkkkkkkkk!!!!” :)


SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-