by Osman Affan
Saya sudah terangkan bahawa rahsia keyakinan diri yang ketiga ialah ‘suka dan cintakan diri kita sendiri’. Saya juga telah berikan 3 soalan untuk anda fikirkan. Sudahkah anda fikirkan? Mari saya terangkan mengapa saya tanya soalan tersebut.
1. Jika anda diberi pilihan untuk menjadi orang lain, siapakah yang anda mahu jadi?
Soalan ini bukan bertujuan untuk memerangkap atau mengena. Kebanyakan orang apabila ditanya soalan begini, mereka mula fikir tentang siapa yang mereka mahu jadi. Tidak salah mahu jadi seperti orang yang hebat. Namun, kita mesti ingat, soalan ini bertanya sama ada kita mahu jadi orang lain. Jika kita mahu, ia bermakna kita tidak berapa suka atau cintakan keadaan diri kita sekarang. Sebab itulah kita mahu jadi orang lain.

Mulai hari ini, cuba fikirkan sekali lagi, adakah kita mahu bertukar menjadi orang lain? Kalau ada satu kejaiban di dunia ini yang boleh menukarkan kita kepada orang lain, mahukah kita? Jika anda kata anda tidak mahu dan anda masih mahu menjadi diri anda walaupun masih belum mencapai kejayaan besar dalam hidup, itu tandanya anda suka dan cintakan diri anda. Jika itu yang anda percaya, saya juga percaya bahawa anda adalah orang yang bersemangat dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. 

p/s Fasiha & Syukri, jawapan anda menunjukkan rasa yakin dalam diri sendiri. Tentu tidak ada masalah atau cabaran yang terlalu besar untuk menyerlah di mana-mana sahaja anda berada. 

No comments:
Post a Comment