welcome..!! thank you for your goodness to visit my blog! don't forget to follow this site! and leave some words and your link..insha Allah I'll follow yours back..

jadilah mawar berduri,,,,

jadilah mawar berduri,,,,,
kerana mawar yang berduri,,, sangat payah untuk dipetik,,,
agar si mawar bisa terus mekar didahannya,,,,,
tanpa ada yang berniat untuk menyentuh dan menyakitinya,,,,

jadilah mawar  berduri,,,,
kerana mawar yang berduri,,sangat bernilai maknanya,,,
agar si kuntum senantiasa dipelihara dan dijaga,,,,
dek kerana jarang hadirnya di sekitar manusia,,,,

jadilah mawar  berduri,,,
kerana mawar yang berduri,,,bukan saja indah dek parasnya,,,
tapi turut indah dek harumannya,,,
yang mampu menarik manusia untuk memilikinya,,,

jadilah mawar berduri,,,
kerana mawar yang berduri,,, hanya bisa disunting oleh tuan empunya diri,,,
tidak pada sang pelawat yang hanya mampu melihat,,,
tanpa bisa memegang,,,,apatah lagi membelek,,,


RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah.” (Hadis riwayat Muslim).



wahai wanita,,, jadilah seperti mawar yang berduri,,, agar engkau dipandang indah,,, bukan hanya pada rupa parasmu,,,,,,,, bukan pada hartamu,,,bukan juga pada darjatmu,,,, tapi  pada tingkahmu,,, biarlah engkau tidak cantik pada pandangan sang lelaki,,, tapi biarlah engkau diiktiraf bidadari di sisi Allah,,,, biarpun engkau tidak dipilih kerana ketidakcantikanmu,,,, tapi biarlah dirimu disunting kerana akhlakmu,,, kerana kesucian hatimu,,,, kerana keteguhan imanmu,,,, bkn pada kekuatan nafsumu,,, bukan pada kekayaan hartamu,, bukan juga pada kerupawan wajahmu,,,, sesungguhnya,,, Islam menyayangi dan menghormati wanita yang menjaga kehomatannya,,,,



Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: “Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinsakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama.



“Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu.” (Riwayat Abdullah ibn Humaid).



Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman..Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha..Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sehebat Siti Hajar..Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri..Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..Carilah kebaikan itu pada dirinya. Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu...

SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

lirik lagu Binnabil Huda,,


Binnabil Huda

Album : Nur Muhammad
Munsyid : Unique
http://liriknasyid.com


Binnabil huda,
يا رسول السلام
Wayamursala rahmatan lil anam,
عليك صلاه عليك سلام,
Wasahbikawatar bi'i nalkiron,

**binnabil huda,
nahluju dulhuda,
sanabki alal aditu lul mada,
bazzalnaddimak war todhoi nar rodha',
li nashril huda ya rasulussalam

yamustapha rasulullah,
ya sanadi ya sayyidi sollu, sollu,sollu, sollu,

selawat*

repeat bridge**

ya shafiei, khubbi, yadi,
ya rasulullah, habiballah
hual hadil basyi,
sollu,sollu,sollu,sollu,

selawat*

shafi'una, shafi'una, shafi'una, shafi'una,
rasulolloh, habiballah, nabiyallah, sofiyollah,rasulullah,

selawat*

SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

muslimah,mujahidah, muslihah,,,,

gadis,,,,
dalam Islam,,,engkau amat dititikberatkan,,,
dari hujung rambut hingga ke pengakhiran ibu jari kakimu,,,
dari sudut zahir hingga ke pelusuk batinmu,,,,
agar jiwamu selalu terbalut dengan keindahan Islamiyah,,,

wanita,,,
agama melarang kerana ada hikmahnya,,,
bukan untuk menggawatkanmu,,, 
bukan juga untuk menjatuhkanmu,,,
tapi percayalah,,, itu adalah untuk mencipta kemuliaan di dalam dirimu,,,

ya fatah,,,,
Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Mengetahui,,,
apa yang tersurat,,juga yang tersirat,,,
apa yang terbaik,,juga yang terburuk,,,
kerana Dia pencipta kita,,,

ya mar'ah,,,
patuhilah perintah-Nya,,, 
jauhi larangan-Nya,,,
semampu dan sekuatmu,,,,
agar Allah sayang padamu,,,,

ya nisa,,,,
redhalah atas ketentuan dan takdirmu,,
berdoalah andai dirimu seakan goyah,,,
percayalah pada-Nya andai hatimu semakin resah dan gelisah,,
semoga engkau sentiasa terarah di jalan-Nya,,,




sedih sekali melihat realiti sekarang yang semakin kekurangan wanita yang solehah,,,, yang bakal menjadi ibu yang mithali buat zuriatnya,,, yang bakal menjadi zaujah yang taat bagi suaminya,,, yang bakal menjadi bidadari di syurga kelak,,,buat suaminya nanti,,,, ku berbicara bukan untuk mengatakan bahawa akulah yang terbaik,,,akulah yang akan terpilih,,, bukan,,bukan,, dan bukan,,,kerana aku juga berpesan  buat diriku ini,, diriku yang juga berjuta2 kelemahan didalamnya,,,, aku juga terasa sedih,,,kerana,,aku selalu tersasar dari laluan yang sebenar,,,,,bersamalah kita merenung dan menilai segala tingkah laku kita,, semoga kita sama2 berjaya menggapai mardhotillah,,, seiring menghias diri  untuk menjadi wanita yang solehah,,,di sisi Ilahi mahupun manusia,,,,, amiinn,,,,

SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

selawat Nabi,,


SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

perigi timba sama mencari,,,,



"Sekarang lepas habis degree, nak buat apa pula? Nak kerja atau sambung lagi buat master?," saya bertanya.

Pada malam itu, alhamdulillah, diizinkan oleh Allah s.w.t. sempat bertukar khabar, bertanya berita kepada seorang kenalan yang berstatus kakak, yang saya kenal hampir 15 tahun silam. Beliau juga antara insan yang saya amat kagumi dan hormati. Akhlaknya baik dan dalam bidang akademik, mendapat anugerah dekan itu biasa. Mantap pokoknya.

"Akak rasa nak jadi pensyarah. Kebetulan habis degree, pihak universiti tawar sambung master. InsyAllah kakak rasa nak sambung master," jawab beliau. Dengan keputusan yang cemerlang, bukan satu hal yang sukar untuk mendapat tawaran ini. Walaupun dengan usia yang muda, seawal 25 tahun.

"Ngomong-ngomong, sekarang sudah masuk umur 25. Sudah ada calon belum kak?," saya cuba mencuit dengan nada bercanda.

"Erm, itu yang akak nak cerita dan minta pendapat Ami ni."

"Owh... beres. Ceritalah... kalau boleh saya bagi pandangan, ya saya bagi. Jika tak boleh, sekurang-kurangnya menjadi pendengar yang baik," jelas saya.

"Ada seorang yang suka pada akak, tapi akak tak berapa berminat kerana akhlaknya tak bagus. Jadi akak tolaklah."

"Bagus, seharusnya macam itulah," komentar saya. Menambah rancak perbualan.

"Itu tak apa lagi. Akak tak kisah pun. Cuma sekarang, bimbang juga, dengan umur sudah masuk 25, tambah pula nak sambung master. Tak ramai lelaki yang berani," jelas beliau.

Sudah menjadi polemik dalam kalangan masyarakat apabila kita bercerita tentang dua kutub insan ini, faktor akademik dan taraf hidup menjadi permasalahan.


Wanita ramai di pusat pengajian awam, lelaki ramai di pusat serenti. Wanita ramai mencari ijazah, lelaki ramai berusaha menjadi jenazah. Dijalan raya yang "lurus". Itu baru dibuka cerita hal kelayakan duniawi, belum bersembang bab kelayakan akhirat. Susut, paras kritikal.

Lantas kebimbangan yang dikongsi itu, sebenarnya wajar dan tidak dapat tidak, kita harus mengakuinya. Ralit masyarakat kita, umur 25 tahun, adalah umur yang paling "cun" untuk melangkah ke alam sana. Menghampiri ke umur itu, cukup mendebarkan buat si gadis. Saya mengerti.

"Jadi sampai sekarang, tak ada lagi lah lelaki yang masuk merisik khabar?" tanya saya.

"Erm, belum ada. Cuma macam ni, akak ada berkenan dengan seorang lelaki ini. Baik perangai dan insyallah soleh. Cuma itu di peringkat akak, jika dia, akak belum tahulah bagaimana."

"Jadi nak minta pandangan Ami, macam mana nak buat?" tanya beliau.

Mainstream Masyarakat

Selalunya, setiap hubungan itu dimulai oleh si jejaka. Mendekati si gadis, merisik si gadis, sehingga meminang si gadis. Caranya pelbagai. Bagi lelaki yang faham apa itu Islam,apa itu hukum syarak, si jejaka akan menguruskan dengan panduan tersebut. Tapi tidak kurang juga, lelaki mengambil panduan bukan dari firman tertinggi, ayat-ayat cinta, al-Quran dan sunnah!

Apabila lampu hijau diberikan oleh si gadis, biasanya selepas itu akan menyusullah ijab dan kabul. Lelaki meminang wanita, itu biasa dan lumrah bagi masyarakat.

"Apa kata, akak yang mulakan dulu. Maksud saya akak yang merisik lelaki tu?" cadangan "ganjil" saya.

"Ish Ami... seganlah. Tak buat dek orang," pintas beliau.

Ya... perempuan meminang lelaki itu aneh bagi masyarakat kita. Tetapi jika kita menyemak kembali helaian sejarah gemilang, yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat, hubungan membina keluarga Muslim lagi mukmin itu bukan dengan cara satu hala.

Ada sirah mentafsirkan hubungan itu dimulai oleh jejaka meminang wanita. Dalam pada masa yang sama, ada sirah mencatatkan hubungan itu dimulai oleh wanita itu sendiri.Lupakah kita dengan kisah cinta Murabbi Cinta kita, Rasulullah s.a.w. dengan wanita syurga, Siti Khadijah. Dalam kisah cinta, cinta terbaik yang harus kita umat akhir zaman contohi sudah semestinya baginda. Ini membuktikan, pinangan itu bukan satu talian kehidupan yang bersifat satu hala, tetapi boleh bertukar menjadi dua hala. Tergantung keadaan dan masa.

Seganlah!

Ya segan, kerana tidak dibuat dek orang kita. Sedangkan syariat begitu luar melebar dalam menata hidup umat Islam. Cukup cantik dan cukup sempurna, berbanding keterikatan adat yang menyempit. Menyusahkan.

Yang wajib, tidak dibuat.

Yang sunat, dilihat wajib.
Yang haram, itu dipertahan!


Sebenarnya, ada sesetengah adat dan syariat yang boleh dicantumkan. Dan jika ada pertembungan, bagi kita yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul, syariat itu diletakkan di hadapan sekali hatta pedang di leher sekalipun.

Kebenaran itu di zaman ini dilihat asing dan janggal di mata masyarakat. Justeru menjadi "cicak yang pekak" amat dituntut biarpun dicop sebagai tidak tahu malu!

Cara Menghubung

"Habis tu macam mana akak nak buat? Takkan akak nak jumpa dia, tanya nombor telefon keluarga dia... aneh la dan malu lagi," jelas beliau.

"Haa.. ada caranya dan malu itu tandanya ada iman," pintas saya.

Sering kita, malu itu malu tidak bertempat. Ramai wanita ke pusat membeli-belah dengan menayang pusat, bertepuk tampar dengan lelaki bukan muhrim, keluar malam tak ingat dunia, berpeleseran di tempat awam tanpa segan dan malu. Buta hujung, buta pangkal.

Mahu meminang lelaki yang baik untuk diri sendiri? Ah... malu. Malu tidak bertempat.

Jika melamar lelaki itu dibenarkan syariat, kenapa tidak?

"Saya cadangkan, akak risik dia melalui orang tengah. Orang tengah ini bukan sebarang orang boleh jadi. Dia harus orang yang amanah dengan rahsia dan baik akhlaknya.Jika kita lihat Siti Khadijah itu sendiri dalam meminang lelaki terbaik di dunia, Rasulullah s.a.w. juga melalui orang tengah. Jadi, mengunakan orang tengah adalah jalan terbaik dan dan lebih mulia bagi seorang wanita," terang saya.

"Biasanya, orang tengah itu siapa?"

"Biasa orang tengah itu, pasangan yang sudah bernikah. Dan pasangan ini baik antara akak dan lelaki itu. Jadi akak boleh sampaikan hasrat melalui isteri, dan akan disampaikan ke lelaki itu melalui si suami."

"Menarik... tapi itulah segan juga tu. Macam tak laku pula."

"Biar memilih, asal jangan salah pilih. Pernikahan, bukan untuk sehari dua. Kita cuba untuk selamanya. Tempat kita mencari ketenangan. Tak laku, low class atau segala macam titleyang diberikan, semuanya sekadar kata manusia. Biar di pandangan manusia low class, tetapi Allah lihat kita hamba yang high class."

"Hurmm..."

"Pandangan kita, gadis bertukar pasangan sekerap menukar lampin bayi, itu high class, hot stuff. Dibawa ke hilir jantan ini, dibawa ke hulu jantan ini. Itulah "gadis laku" di zaman kita. Jika begitulah, biar tak laku pun apa. Allah lebih mengetahui," saya memberi semangat.

"Cuma satu lagi akak bimbang, macam mana kalau pinangan ditolak lelaki tu? Malulah."

"Disini peranan orang tengah menjadi penghubung yang paling penting. Jika orang tengah itu amanah dan bijaksana dalam melaksanakan misinya, insyallah jika ditolak sekalipun kita masih santai kerana kerahsiaan amat terjaga. Apa-apa pun, doa, usaha dan tawakal itu kuncinya," jawab saya.

Perigi mencari timba atau timba mencari perigi, masih dalam lingkungan kaedah. Dan jangan kita terlupa core bisnes kita di dunia. Sudah solehkah kita? Sudah solehahkah kita? Dengan menyelesaikan persoalan tentang diri kita, urusan si dia, dengan izin Allah dipermudahkan.

Lelaki baik, untuk wanita baik. Wanita baik, untuk lelaki baik. Itu sifir Ilahi! Itu firman tertinggi! Mahu kita percaya? Tidak perlu dijawab, tanyalah iman!


"Wanita-wanita yang keji untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji untuk wanita-wanita yang keji (pula) dan wanita-wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik (pula)."
(Surah An-Nur:26)



Biar memilih asal jangan salah pilih...


SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-