kerana mawar yang berduri,,, sangat payah untuk dipetik,,,
agar si mawar bisa terus mekar didahannya,,,,,
tanpa ada yang berniat untuk menyentuh dan menyakitinya,,,,
jadilah mawar berduri,,,,
kerana mawar yang berduri,,sangat bernilai maknanya,,,
agar si kuntum senantiasa dipelihara dan dijaga,,,,
dek kerana jarang hadirnya di sekitar manusia,,,,
jadilah mawar berduri,,,
kerana mawar yang berduri,,,bukan saja indah dek parasnya,,,
tapi turut indah dek harumannya,,,
yang mampu menarik manusia untuk memilikinya,,,
jadilah mawar berduri,,,
kerana mawar yang berduri,,, hanya bisa disunting oleh tuan empunya diri,,,
tidak pada sang pelawat yang hanya mampu melihat,,,
tanpa bisa memegang,,,,apatah lagi membelek,,,
RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah.” (Hadis riwayat Muslim).
wahai wanita,,, jadilah seperti mawar yang berduri,,, agar engkau dipandang indah,,, bukan hanya pada rupa parasmu,,,,,,,, bukan pada hartamu,,,bukan juga pada darjatmu,,,, tapi pada tingkahmu,,, biarlah engkau tidak cantik pada pandangan sang lelaki,,, tapi biarlah engkau diiktiraf bidadari di sisi Allah,,,, biarpun engkau tidak dipilih kerana ketidakcantikanmu,,,, tapi biarlah dirimu disunting kerana akhlakmu,,, kerana kesucian hatimu,,,, kerana keteguhan imanmu,,,, bkn pada kekuatan nafsumu,,, bukan pada kekayaan hartamu,, bukan juga pada kerupawan wajahmu,,,, sesungguhnya,,, Islam menyayangi dan menghormati wanita yang menjaga kehomatannya,,,,
Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: “Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinsakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama.
“Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu.” (Riwayat Abdullah ibn Humaid).
Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman..Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha..Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sehebat Siti Hajar..Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri..Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..Carilah kebaikan itu pada dirinya. Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu...
No comments:
Post a Comment