welcome..!! thank you for your goodness to visit my blog! don't forget to follow this site! and leave some words and your link..insha Allah I'll follow yours back..

untungnya disayangi lelaki...tapi..

bimillahairrahmanirrahim..
diharapkan catatan kali ini..bisa memberi manfaat dan pedoman buat diri ini dan buat yang sudi membacanya..
insha Allah..

"untungnya dia.. ada orang sayang..."
"untungnya dia..ada buah hati yang hensem.."
"untungnya dia.. ada orang 'caring' and suka kat dia..."

untung..untung..untung..! itu sahaja yang ada pada fikiran remaja bila ada sahaja teman-teman lain yang punya 'kelebihan' yang mana tidak dimilikinya..
jika itu juga yang sedang anda letakkan dalam fikiran anda.. 
hentikan dan buangkanlah ia jauh-jauh..
berhentilah merasa rendah diri dan cemburu pada mereka yang punya 'kelebihan' itu..
kerana pada hakikatnya..
untungnya wanita itu adalah apabila dirinya disayangi dan tidak dimurkai oleh Allah..
dek kerana iman dan maruah dirinya yang sentiasa dipelihara dari  godaan sang lelaki yang bukan suaminya..


perbetulkanlah perspektif anda tentang firman Allah di dalam kitab sucinya yang bermaksud:

Wahai manusia! sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang 
perempuan, kemudian jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal
(al-Hujurat:13)

ayat ini bukanlah sebagai lesen agar manusia boleh saling bebas bergaul dengan lelaki atau wanita yang bukan mahram.. berkenal-kenalan.. bertukar2 nombor.. keluar berdua..
bahkan perlakuan2 sebeginilah yang membawa ke jurang penzinaan.. yang mana tidak semestinya penzinaan itu dilabelkan sebagai perbuatan zina semata..malah zina mata..zina hati.. juga harus dititikberatkan oleh sang remaja.. 
zina hati dan zina mata itu justeru memberi 'effect' yang bisa merosakkan hati seorang manusia itu..
sehingga ada yang sanggup memilih untuk membunuh diri setelah PUTUS CINTA..
perbuatan BUNUH DIRI ini justeru adalah contoh terbaik yang menunjukkan KESAN zina2 yang telah berjaya merosakkan hatinya..

namun kini,, begitu ramai yang cuba menyangkal akan bahaya fenomena sebegini.. sehingga berusaha mewujudkan istilah COUPLE ISLAMIK.. cukuplah COUPLE ISLAMIK itu sekadar kita labelkan buat pasangan nisa dan syabab yang telah melangkah ke gerbang perkahwinan..
itu barulah benar2 kita bisa takrifkan sebagai COUPLE ISLAMIK.. kerana mereka bercinta kerana Allah.. 
dan mereka itu jelas2 telah diberikan lesen untuk bercinta tanpa ada batas2 penghalang.. yang mana lesen ini tiada label zina hati, zina mata bahkan istilah 'berzina' itu adalah jauh dari kebahagiaan mereka..

''Janganlah menikmati kebahagiaan sementara tanpa redha dari Allah.. janganlah berusaha mencapai kebahagiaan yang mengetepikan hukum hakam Allah..
walaupun pedih dan sengsara untuk menahannya.. tapi ingatlah.. ganjaran dan pengiktirafan SOLEHAH itu lebih mulia dan bahagia bagi seseorang wanita yang baik..
dan lelaki yang SOLEH itu tidak akan lari dari prinsip hidupnya untuk mencari wanita yang SOLEHAH..
walau anda tidak secantik bidadari.. walau anda tidak sekaya Nabi Sulaiman.. itu tidak akan merubah prinsip dan pegangan seorang lelaki yang BAIK...''

''jangan mencari lelaki yang hanya boleh menemani kita di saat hati merasa kosong dan sunyi..
tapi carilah lelaki yang boleh dan sanggup membimbing kita ke arah MARDHOTILLAH..
dan mengisi hati yang kosong dengan mengingati dan beribadah kepada Allah..
lelaki yang apabila kita memandangnya.. kita jadi ingat kepada Allah...
lelaki yang apabila kita mengenalinya.. kita makin takut akan azabnya..''

''sedarlah wahai nisaa..
jika Allah masih belum mengirim seorang lelaki kepadamu..
 itu tanda Dia mahu engkau mencaricari cintaNya dahulu..
sebagai persediaan engkau mendapat yang terbaik dari lelaki yang engkau harapkan..
jika Allah masih belum menghadirkan sang jejaka untuk menyuntingmu..
itu tanda Dia sedang menguji kesabaranmu dan kepercayaanmu terhadap kuasaNya..''

''simpanlah harga dirimu di dalam kantung imanmu..
untuk CINTAmu kepada Tuhanmu..
simpanlah rasa sayang dan kasihmu di dalam jiwa yang penuh dengan zikrullah..
untuk sang suami yang ditakdirkan buatmu..''

''jangan sampai engkau mencurahkan kasih dan sayang itu kepada yang bukan milikmu..
jangan sampai suamimu hanya dapat menikmati sisa cintamu yang sudah tercurah pada yang tidak selayaknya..''

''andai ada lelaki yang berjaya mencuit hatimu..
simpan dan janganlah dedahkan 'rasa bahagia' itu selagi belum tiba masanya..''

jadilah seperti SAIDATINA FATIMAH yang mana telah menyembunyikan perasaannya terhadap suaminya ketika masih gadis sunti.. sehinggalah setelah berkahwin beliau menyatakan bahawa beliau telah menyukai seorang lelaki ketika beliau belum bernikah kepada suaminya SAIYIDINA ALI.. sehingga suaminya merasa cemburu.. dan apabila ditanya siapakah lelaki itu.. Saidatina Fatimah menjawab KAMULAH ORANG ITU...

''Jadikan rasa cinta atau suka itu sebagai rahsia antara anda dan Allah...
semoga Allah memperkenankan apa yang tersembunyi di dalam hatimu itu...
kerana Allah itu Maha Mendengar,Maha Melihat, Maha Mengetahui..
juga Maha Mengabulkan doa..

semoga kita semua termasuk golongan wanita yang BERUNTUNG kerana disayangai oleh Allah dan bukan termasuk dalam golongan yang disayangi makhlukNya..tetapi dibenci oleh Khaliqnya..
nauzubillah..


hikmah hayat: sentiasalah mengamalkan doa  ini.. agar dikurniakan jodoh dan zuriat yang SOLEH dan
                     SOLEHAH.. Insha Allah..
 ربنا هب لنا من ازواجنا وذريتنا قرة اعين واجعلنا للمتقين اماما
rabbana hab lana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a'yun, waj'alna lilmuttaqina imama..

SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

No comments:

Post a Comment