welcome..!! thank you for your goodness to visit my blog! don't forget to follow this site! and leave some words and your link..insha Allah I'll follow yours back..

sekolahku..gedung ilmuku....

emm beginilah pelajar PASTI..
comel2 belaka.. macam saye..hehe..
sedari umurku 6 tahun... ayahku menghantarku ke Tadika Pasti Teluk Intan yang terletak di Surau as Saadah kampung Padang Tembak, Teluk Intan,Perak. ..dah tak ingat sangat laa kenangan kat situ tapi ape yang x boleh aku lupakan ialah guru2 yang sempat mengajarku...cikgu Hawa, cikgu Aisyah,cikgu Hafsah, cikgu Hafizah(( kot.. x pasti la plak..)) cikgu2 kat situ masya Allah.. penyayang sangat.. dah macam anak dan ibu sendiri..ingat lagi bile time rehat kami akan makan secara berkumpulan dalam talam..waa syiok tuh !! emm.. antara kenangan yang terselit jugak.. aku punya seorang kawan yang special... yang mana dia mempunyai tangan yang tak berfungsi... subhanallah... walaupun keadaannya begitu tapi.. dia belajar macam orang biasa... dia menulis dan makan semua bertangankan kaki... bak kata orang.. kita tak boleh pandang rendah pada orang lain... yang mempunyai kelemahan... aku setuju dengan kata2 itu... kerana setelah 9 tahun berpisah dengannya.. ternyata dia benar2 menjadi insan yang tiada kurang hebatnya... aku terbaca pada akhbar yang ditunjukkan oleh rakan seperjuanganku di tadika tersebut yang juga bersekolah menengah dgnku di SARJANA, Asyiqin, waa.. dia menjadi pelajar kurang upaya yang cemerlang dalam PMR.. Allah itu memang Maha Adil kepada hamba2 Nya... pada tahun ini sekali lagi dia muncul di dada akhbar yang menyatakan hal yang sama dalam SPM nya.. emm.. tentu yang membaca ini.. akan mendapat pengajaran yang baik dalam kehidupan masing2... insya Allah..
SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

Rindu.....!!

Rindu..?? pada sape ye.. haha.. tentu sekali pada kehidupanku di sekolah... tak sampai 3 bulan abeh sekolah... tapi terasa nak sangat ikut adik2 junior balik asrama hujung minggu ni... wahaha... 6 tahun aku menimba ilmu di SARJANA... macam tak percaye je dahh pencen dari sekolah tu... emm dulu akulah orang yang paling tak sabar nak abih sekolah.. tapi sekarang perasaan tu jd meleset secara tak langsung.... macam2 kejadian kat sekolah tu membuatkan aku semakin matang dengan bermacam2 insiden dan kenangan... walaupun terselit yang pahit.. tapi aku rasa seronok sangat dapat lalui semua kenangan buruk itu... yang orang lain tak dapat rasai.. justeru itu membuatkan aku berfikir dan terus berfikir... seterusnya mengambil pengajaran darinya..
antara perkara yang aku rindui ialah suasana belajar di sana... walaupun tidak begitu struggle macam sekolah lain.. tapi aku begitu merindui keadaan belajar di samping teman2 lain... macam 2 gelagat boleh diteliti... haha macam2...
yang kedua...aku rindukan gelak tawa bersama kawan2.... waa bahagianya.... entah kenapa... tahun 2008 merupakan tahun yang paling kusukai... dan tentu sekali insan yang paling aku rindui adalah teman baikku sedari tingkatan satu...AFIFAH ULUL AZMIN... pelbagai suka duka ku bersamanya.. andai bisa diputarkan kembali masa ini... pasti ku takkan menolak...
yang seterusnya... aku kangan bangat.. sama IUI.. setahun sudah berlalu...aku telah meninggalkan badan dakwah itu dalam tempoh sedemikian... walaupun aku terlibat secara langsung dalam gagasan ini... tapi aku masih belum menyempurnakan tugasku dengan baik... belum cukup utuh teladan yang aku tinggalkan pada adik2 dan rakan2... mana mungkin aku bisa ditauliahkan sebagai tokoh imarah musolla.. sedang aku hanya mempunyai kelemahan yang banyak berbanding kehebatan yang hanya sekelumit bahkan mungkin tiada... hanya Allah yang maha Mengatahui perihal peribadiku..
dan yang pasti tidak kulupakan adalah... jasa para guru yang sentiasa bersedia mendidikku... Insya Allah aku akan realisasikan impian mereka untuk melihatku berjaya.. insya Allah... sesungguhnya kalian benar2 telah membuatkan jiwaku jatuh cinta pada ilmu... atas izin Nya...
aku juga tidak bisa melupakan kisah hidupku ketika STAM pada 2010.. tahun itu benar2 meninggalkan kesan hebat dalam hati aku.. bagaimana aku dan Najwa terpaksa meneruskan perjuangan dalam STAM.. tanpa teman2 lain yang pergi melanjutkan pelajaran.. waa.. dan banyak lagi... citer kat tempat lain laa.. haha..
emm.. terima kasih kepada yang memberi seribu satu kenangan buatku... dan terima kasih kepada Allah yang mengizinkanku melalui itu semua...alhamdulillah...




hari terakhir SPMo9

aktiviti badan IUI O8-O9

sahabat gen 6th

selepas selasai SPM

frenz in SARJANA
kenangan manis birthday suhad
emm.. terlalu banyak kenangan yang tak mampu untuk diuraikan di sini.. semoga yang kunukilkan ini bisa menjadi penyuntik semangatku untuk terus melangkah ke dunia luar..
SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

Aku sayang ALLAH..

Bismillahirrahmanirrahiim...
sering kali aku melafazkan kata2 ini.. tapi sayang dan rugi sekali kerana aku tidak bersungguh membuktikaanya.. AKU SAYANG DAN CINTAKAN ALLAH...
Hari ini aku sekali lagi diberikan petunjuk daripada Allah merangkap penyelamat buatku yang di hadiahkan oleh Nya... penyelamat yang telah menghalang aku dari terus melakukan perkara yang sia2...
semalam aku mendapat tahu ada sebuah movie terbaru korea yang bertajuk BABY AND I.. emm oleh kerana aku tertarik dengan movie ini... aku pon ape lagi..mulakan operasi mendownload movie ni laa...
waa.. abeh feeling laa aku tgok cite tu... tapi...
pada hari yang sama jugak aku terbaca sebuah artikel yang disyorkan sahabatku di facebook.. tajuknya.. PENDAKWAH DAN MOVIE.. di.. http://www.halaqah-online.
com/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=547%3Adaie-dan-movie&catid=36%3Atazkiyatun-nafs&Itemid=84
(((MARI SAMA2 BACA DAN MUHASABAH DIRI KITA)))
masya Allah.. memang terkena atas batang hidung sendiri.. walaupun terasa pedasnya... tapi aku bersyukur dan mulai sedar buat kali yang ke seribu kalinya.. Allah benar2 ingin melindungiku... dari hal2 yang terlarang.. jujur saja.. aku hampir berminat pada movie2 yang lain... tapi dengan izinnya.. aku diberikan kesedaran sebelum minat itu aku realisasikan... subhanallah.... Allah telah mendengarkan dan mengabulkan doa dan pintaku... 
dengan itu apa lagi yang harus aku ragui... percaya dan yakinlah bahawa Allah tidak pernah mengecewakan.. dan Dia pasti mengabulkan segala pinta hamba Nya.... INSYA ALLAH..
Wallahu a'lam..
SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

~.::MENGGAPAI MARDHOTILLAH::.~: Duhai muslimah sekalian,mari aminkan doa ini...

~.::MENGGAPAI MARDHOTILLAH::.~: Duhai muslimah sekalian,mari aminkan doa ini...: " Salam..mari sama2 doa dan aminkan doa ini..ana jumpa di Halaqah.online.. Bismillah......Doa Para Akhwat Yg Sangat Merindukan San..."
SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

rohani yang kosong...







Ya Allah...
ke manakah arah yang harus kulangkahi sekarang..??
aku bagai terhuyung-hayang di atas tanah ciptaan Mu...
pilu rasanya...
aku perlukan huluran hidayah Mu...
untuk memimpin tanganku ke pintu yang benar...

Ya Allah...
aku hanya percaya pada Mu sahaja...
tanpa berharap pada yang lain..
aku hanya berdoa pada Mu..
tanpa menagih pada yang lain..

Ya Allah..
hati ini begitu mudah dipengaruhi ..
dipengaruhi oleh anasir2 yg menghalangiku..
ke dunia  yang bahagia bersama Mu...

Ya Allah...
padukanlah hatiku dengan akhlaqul karimah..
penuhilah mataku dengan airmata penghapus dosa..
hiasilah jiwa dn rohaniku dgn zikrullah...

Ya Allah..
diriku sudah hampir jauh dari semua keperluan itu..
diriku makin lupa untuk menghidupkan makanan rohani itu..
diriku begitu mudah menghalau 3 perkara itu dari dalam diriku..

dan itu justeru membawaku ke tebing yang membahayakan..
sehingga diriku.. 
tak tahu untuk menghala kaki ke arah yang mana..

Justeru pandulah langkahku ke arah cahaya yang bakal kumanfaatkan buat bekalanku..
ke daerah seberang kelak..
insya Allah.. amiinn.. 

SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

3 Rahsia keyakinan diri – Rahsia 3

Saya sudah terangkan bahawa rahsia keyakinan diri yang ketiga ialah ‘suka dan cintakan diri kita sendiri’. Saya juga telah berikan 3 soalan untuk anda fikirkan. Sudahkah anda fikirkan? Mari saya terangkan mengapa saya tanya soalan tersebut.
1. Jika anda diberi pilihan untuk menjadi orang lain, siapakah yang anda mahu jadi?
Soalan ini bukan bertujuan untuk memerangkap atau mengena. Kebanyakan orang apabila ditanya soalan begini, mereka mula fikir tentang siapa yang mereka mahu jadi. Tidak salah mahu jadi seperti orang yang hebat. Namun, kita mesti ingat, soalan ini bertanya sama ada kita mahu jadi orang lain. Jika kita mahu, ia bermakna kita tidak berapa suka atau cintakan keadaan diri kita sekarang. Sebab itulah kita mahu jadi orang lain.
Keyakinan diriIni berbeza dengan rasa ingin berubah. Orang yang ingin berubah kepada sesuatu yang lebih baik masih sukakan diri mereka. Tidak kira apa kerja mereka, apa pangkat mereka, apa kekurangan mereka, mereka tetap sukakan diri mereka sendiri. Cuma mereka mungkin mahu mengubah diri mereka kepada yang lebih baik. Orang yang tidak berkeyakinan diri pula tidak sukakan diri mereka dan kalau diberi pilihan, pasti mereka mahu jadi orang lain.
Mulai hari ini, cuba fikirkan sekali lagi, adakah kita mahu bertukar menjadi orang lain? Kalau ada satu kejaiban di dunia ini yang boleh menukarkan kita kepada orang lain, mahukah kita? Jika anda kata anda tidak mahu dan anda masih mahu menjadi diri anda walaupun masih belum mencapai kejayaan besar dalam hidup, itu tandanya anda suka dan cintakan diri anda. Jika itu yang anda percaya, saya juga percaya bahawa anda adalah orang yang bersemangat dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. :)
p/s Fasiha & Syukri, jawapan anda menunjukkan rasa yakin dalam diri sendiri. Tentu tidak ada masalah atau cabaran yang terlalu besar untuk menyerlah di mana-mana sahaja anda berada. :)


SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

3 Rahsia keyakinan diri – Rahsia 2


Rahsia keyakinan diri yang kedua ialah ‘keyakinan diri boleh dilatih dan dipupuk’. Hmm…. apa maksudnya?
Keyakinan diriBiasanya apabila seseorang mengeluh tentang keyakinan diri mereka yang rendah, mereka seolah-olah rasa bahawa sifat itu diwarisi daripada ibu bapa. Jika kita datang daripada keluarga yang bahagia, berjaya dan hebat, kita akan mempunyai semangat dan keyakinan diri yang tinggi. Begitu juga sebaliknya. Benarkah begitu? (Tentu anda teka tidak benar kan? Tetapi apa buktinya?)
Sebagai contoh, disekeliling kita banyak kisah di mana seorang penceramah atau ketua yang hebat bermula daripada seorang yang sangat lemah semangat dan tidak berkeyakinan. Saya ada kenal beberapa trainer dan personaliti yang pada zaman kanak-kanak dan remaja sangat pemalu dan tidak yakin diri. Tetapi, mereka bertukar menjadi seseorang yang hebat, petah berkata-kata dan jelas dalam menyampaikan mesej mereka.
Kita perlu ingat bahawa keyakinan diri adalah sama seperti kemahiran lain yang boleh kita kuasai. Jika kita mahu pandai Keyakinan diritunggang basikal, kita mesti berlatih dan terus mencuba kan? Kalau kita mahu pandai memasak kita kena selalu memasak kan? Begitu juga dengan keyakinan diri. Semakin kita berlatih untuk meningkatkan keyakinan diri, semakin tinggi tahap keyakinan diri kita.
Berita baik yang kita boleh perolehi daripada rahsia kedua ini ialah jika kita sekarang ada masalah keyakinan diri, ia boleh diatasi dan diselesaikan. Maksudnya, tahap keyakinan diri kita boleh ditingkatkan.
Jadi hari ini jerit kuat-kuat dalam hati kita, “Aku pun ada keyakinan diri yang tinggi jugakkkkkkkkkkkkkkkk!!!!” :)


SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

3 Rahsia keyakinan diri – Rahsia 1

Mungkin ada berpuluh-puluh atau beratus-ratus rahsia keyakinan diri. Namun saya mahu berkongsi 3 rahsia keyakinan diri yang saya amalkan selama ini. Bagi saya, dengan keyakinan diri, kita akan mampu menghadapi apa jua cabaran, berani meluahkan pendapat atau pandangan di hadapan sesiapa sahaja dan mampu mencabar kebolehan dan keupayaan diri kita sendiri ke tahap yang lebih hebat.
Jika anda tidak pernah dengar tentang 3 rahsia ini, jangan bimbang. Ini kerana ia ditulis oleh saya sendiri berdasarkan pemerhatian, pembacaan dan pengalaman saya sendiri. Jadi besar kemungkinan anda belum pernah membacanya di mana-mana.
Mari kita mulakan dengan rahsia yang pertama.
“Rahsia pertama – Orang lain tidak tahu yang anda tidak yakin.” Hmm..apa maksudnya.
Begini, apabila anda rasa tidak yakin dengan diri anda terutamanya semasa berucap di depan khalayak ramai, semasa menghadiri temuduga, semasa berdepan dengan ‘boss’, semasa bermesyuarat, semasa menduduki peperiksaan dan sebagainya, orang lain tidak tahu yang anda sedang tidak yakin. Mereka lihat anda seperti biasa sahaja.
Mengapa anda perlu tahu perkara ini? Jika anda rasa orang tahu atau nampak yang anda tidak yakin….. rasa berdebar, gugup dan gementar anda akan menjadi-jadi. Padahal, orang lain tidak sedar keadaan anda itu. Saya beri satu contoh.
Katakan Ahmad sedang menghadiri satu temuduga terbuka. Semasa sampai di tempat temuduga, Ahmad lihat ramai Keyakinan dirigraduan yang berpakaian segak dan kemas bersedia untuk temuduga tersebut. Ahmad merasa berdebar. Semangat dan keyakinan dirinya sangat rendah ketika itu. Apabila Ahmad melihat graduan lain kelihatan begitu yakin sekali, Ahmad merasa rendah diri. “Kenapa semua orang nampak hebat dan yakin sedangkan aku takut macam nak pengsan ni?”
Perasaan itu membuat keyakinan diri Ahmad semakin menurun dan perasaan gementarnya semakin menjadi-jadi. Ahmad rasa seolah-olah semua orang boleh lihat wajahnya yang cemas dan gayanya yang tidak yakin. Akhirnya, Ahmad gagal menjawab soalan temuduga dengan baik dan gagal mendapat pekerjaan tersebut. Cerita tamat.
Berdasarkan cerita ini, saya ada soalan untuk anda.
  • Soalan pertama, adakah benar orang lain boleh melihat dalaman diri anda yang tidak yakin?
  • Soalan kedua, bagaimanakah rahsia pertama ini dapat membantu anda?



SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

Fadhilat dan Kelebihan Solat Dhuha



Fadhilat dan Kelebihan Solat Dhuha

Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Ia merupakan salah satu dari tiga solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda :
Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.” (Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud :


” Barangsiapa yangmenunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang
menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Fadilat Dhuha

Banyak hadis-hadis yang mengalakkan solat Dhuha dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat katanya:

1.
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Abu Hurairah :Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

2. Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “
Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

3. Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).

4. Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata:
“Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Kaifiyat Dhuha

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud:

”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.”(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dari segi pembacaan di dalam solat sunat dhuha tiada wajib membaca surah-surah tertentu di dalam rakaat tersebut. Cuma kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah
Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas.

Niat Solat Dhuha:-



Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali :
Di antara doa yang baik dibaca selepas solat Dhuha ialah :
“Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalahkeagungan-Mu, kebaikan adalah kebaikan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, kekuasaan adalah kekuasaan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu. Ya Allah, sekiranya rezki kami di atas langit, turunkanlah, sekiranya dalam bumi, keluarkanlah, bila sukar, mudahkanlah, bila haram, sucikanlah, bila jauh, dekatkanlah, dengan hak waktu dhuha, keagungan, kebaikan, kekuatan dan kekuasaan-Mu. Berilah kepada kami apa-apa yang telah Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang shalih-shalih.” Sekian , Muttaqim........

SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

Lirik Lagu Oki Setiana Dewi & Andy Arsyil Karena Hati Bicara (OST Dalam Mihrab Cinta)


Album: OST Dalam Mihrab Cinta

gambar Oki Setiana Dewi & Andy Arsyil – Karena Hati Bicara (OST Dalam Mihrab Cinta) image

mengharungi samudera mahligai nan suci
penuh gelombang silih berganti
semua adalah ujian penguat cinta
bila hati bicara
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
* terkadang tak perlu terucap kata-kata
untuk selami dalamnya hatimu
susah senangmu jadi bagian hidupku
karena hati bicara

reff:
tatap manja matamu kisahkan berjuta cerita
hadirmu di hidupku memberikan berjuta makna
karunia Illahi mempersatukan dua hati
ku rasa yang kau rasa karena hati bicara

repeat *
repeat reff [3x]

ku rasa yang kau rasa karena hati bicara

SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

Bayang-bayang Nabi



Ya Rasulullah, apa yang harus dilakukan para pemimpin ?

"Membela yang lemah dan membantu yang miskin" jawab Nabi.

Ya Rasulullah, apa yang harus dilakukan ulama ?
Memberi contoh yang baik dan mendukung pemimpin
YAng membela orang - arang lemah" jawabnya

Ya Rasulullah ... apa yang harus dilakukan orang-orang lemah dan miskin ?
"Bersabarlah, dan tetplah bersabar
Jangan kau lihat pemimpinmu yang suka harta
Jangan kau ikuti ulamamu yang mendekati mereka
Jangan kau temani orang-orang yang menjilat mereka
Jangan kau lepaskan pandanganmu dari para pemimpin dan ulama yang hidupnya juhud dari harta"

Ya RAsulullah... Pemimpin seperti itu sudah tidak ada
Ulama seperti itu sudah menghilang entah kemana
Yang tersisa adalah pemimpin serakah
Yang tertinggal adalah ulama-ulama yang tama'
Banyak rakyat yang mengikuti keserakahan mereka
Ummat banyak yang meneladani ketamakan mereka !
Apa yang harus aku lakukan, Ya... RAsulullah !
Siapa yang harus aku angkat jadi pemimpin ?
Siapa yang harus aku ikuti fatwa-fatwanya ?
Siapa yang harus aku jadikan teman setia ?

"Wahai ummatku...
Tinggalkan mereka semua
Dunia tidak akan bertambah baik sebab mereka
Bertemanlah dengan anak dan istrimu saja
Karena Allah menganjurkan, "Wa 'asiruhunna bil ma'ruf"
Ikutilah fatwa hatimu
Karena hadits mengatakan, "Istafti qalbaka, wa in aftaukan nas waftauka waftauka"
Dan angkatlah dirimu menjadi pemimpin
Bukankah, "Kullulkum Ra'in, ea kullukum masulun 'an ra'iyyatihi ?"


SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

pelihara hati dan imanmu....semoga Allah memeliharamu...

bismillahirrahmanirrahim...

menangis itu...satu kelegaan, kebahagiaan, dan kesucian...
sedangkan ketawa itu..hanya satu kelalaian, kehancuran, dan kerugian..
manfaatkanlah tangis dan tawa itu sebaik mungkin...
agar hati kita tidak lari dari taqarrub lillah...












senyuman itu bisa jadi penawar kegundahan dalam hati...
senyuman itu bisa jadi pengubat rindu.. walaupun hanya lewat foto..
senyuman itu juga bisa membuatkan diri terasa menjadi yakin di khalayak ramai..
namun sedarilah..
senyuman itu juga bisa mengukir dosa yang tak pernah tersangka..
percayalah..
itu bisa terjadi saat senyuman itu tersalah sasaran..
dan terus melakar tautan hatimu dan 'si dia'..
jadi... lepaskanlah senyumanmu pada yang selayaknya..
pd takdirmu..pd org tuamu..keluargamu..suamimu..isterimu..gurumu..
tapi bkanlah pada sang ajnabimu..
kerana senyuman manis itu pasti akan mengundang bisikan syaitanurrajim yang menjanjikan kepahitan..




pandangan yang redup dan menyenangkan itu adalah harapan bagi insan yg berhadapan dgnmu..
walau dalam apa jua situasi di sisimu..
tapi ada tapinya...(^_^)
tundukkanlah pandangan matamu itu dari yang terlarang...
jelasnya apa yang memudaratkan bagi hatimu...
kerana...





Pandangan itu adalah panah beracun di antara panah iblis, siapa yang meninggalkannya karena takut kepadaKu maka akan Aku gantikan dengan keimanan, yang ia dapatkan manisnya di dalam hatinya (HR ath-Thabrani dan al-Hakim)


Firman Allah di dalam surah an-Nur, ayat 30, mafhumnya: ((Katakanlah pada lelaki yang beriman: "hendaklah mereka menjaga pandangan dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka…))


semoga nasihat yang secebis ini bisa membuahkan kesedaran dan ketaqwaan sebesar dan seluas langit yang membentang.....


amiiinn...





SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

usraty.... hubby....abadan abada...


Ana mempunyai keluarga yang cukup harmoni, yang terkandung kepala keluarga yang berpegang pada ajaran Nya.. Alhamdulillah..Allah telah memberi ana peluang emas ini...Di sini ana ingin mengambil kesempatan untuk  melakar nukilan kasih sayang ana buat mereka.. Insya Allah..
emm.. ni my parents.. ana bangga punya ibu bapa seperti mereka...nama ayah ana 
ZAKARIA BIN ISMAIL..
beliau dilahirkan pada 20 APRIL 1962..
beliau bekerja sebagai seorang PEMANDU L.A.P..
Ana bangga sangat sebab jadi anak beliau.. ayah ana seorang yang sangat mementingkan kemaslahatan keluarganya... emm beliau tak pernah berkira dengan ahlinya... beliau selalu ingin mengadakan sesuatu yang baharu dan terbaik untuk ahlinya..yang ana takkan lupa buat selamanya... ayah ana tak pernah memaksa ana dalam mencapai kejayaan dalam pelajaran.."JANGAN PAKSA DIRI.. BUAT YANG TERMAMPU JE.. AYAH TAK MARAH......" itulah ayat yang benar2 buat ana rasa semangat nak study....hihihi... ayah ana ni.. tegas sikit orangnye.. tapi hatinya sangat lembut.. tambah lagi ketika mengikut kemahuan anaknya..... luahkanlah apa yang ada dalam hati.. Insya Allah beliau pasti akan mempertimbangkan... percayalah.... Semoga beliau dipanjangkan umur dan sentiasa diberi kemudahan dalam segala urusannya.. amin..
EMAK ana pulak..adalah seorang ibu yang saaaaaaangat penyayang... em... yang sentiasa memenuhi kehendak anak2nya.. 
beliau diberi nama NORIZAH BT MOHAMED..
dilahirkan pada 1OGOS 1969..
Beliau hanya menjadi SURIRUMAH....
bagi ana, beliau tak pernah mengecewakan.... memang sporting orangnye...
kalau anak2 ade masalah.. mesti cerita kat beliau dulu.. baru ayah... hihi.. fitrah manusia.. lebih rapat dengan ibu....
Insya Allah.. ana takkan lupakan jasa beliau yang telah mengandungkan ana lebih dari 9 bulan..
Semoga Allah memanjangkan umur beliau..dan memberi kebahagiaan kepada beliau.. amin...
dan semoga ALLAH memberi peluang kepada ana untuk membalas jasa ibu bapa ana.. walaupun  tak akan dapat membalas sepenuhnya...
AMIIIIN....


hehe.. ni adik ana...anak yang kedua dalam usrah ni... 
namanya..ABDUL HADI BIN ZAKARIA..
lahir pada 4 SEPTEMBER 1993..
dialah satu2 nya putera bagi mak dan ayah ana...
Allahu yubariku fih.....amiinn..

emmm... ni adik ana yang kedua.. merupakan anak yang ketiga..
namanya..SITI NASUHA BT ZAKARIA..
lahir pada 12OKTOBER 1996..
Allahu yusa'idu fiha..

aaa....yang ini... adik ana yang bongsu....
namanya..SITI MAISARAH BT ZAKARIA..
lahir pada..24 NOVEMBER 2000....
Allahu yarhamu alaiha....amiinnn


Allahu yubariku fina wa yusahhil lana.. amiinn...



SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

Cara Memakai Busana Muslimah / Jilbab yang Baik

Alhamdulillah saat ini banyak wanita muslim yang mengenakan busana muslimah/jilbab. Ada yang sudah berpakaian sesuai tuntunan agama. Ada pula yang meski sudah memakai jilbab, namun masih jauh dari ajaran Islam.

Sebagai contoh, ada yang memakai jilbab, namun jilbabnya tidak menutupi dada. Parahnya lagi, dia memakai kaus dan celana yang ketat sehingga lekuk tubuhnya terlihat jelas. Akhirnya timbul keanehan, memakai jilbab tapi kok terlihat seksi ya?
Nah tulisan ini bukan bermaksud untuk mengecam. Tapi untuk memberikan pencerahan agar kita tahu cara berpakaian yang benar menurut ajaran Islam.
Pakaian Islam harus menutup seluruh aurat.
AURAT lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Paha itu adalah aurat.” (Bukhari)
Pakaian Islam tidak boleh menampakkan tubuh atau jarang.
Dari Saidatina Aisyah bahawa satu hari kakaknya, Asma binti Abu Bakar datang mengadap Rasulullah SAW sedang ia berpakaian tipis (jarang). Melihatkan keadaan itu, Rasulullah SAW terus berpaling muka.” [HR Abu Daud]
Kadang ada pakaian yang meski menutup seluruh tubuh, namun serat kainnya begitu jarang persis seperti kain kasa atau transparan seperti plastik. Akibatnya tubuh atau warna kulit pun terlihat jelas seolah-olah telanjang.
Rasulullah SAW bersabda: “Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh.” (Muslim)
Pakaian juga tidak boleh ketat sehingga bentuk tubuh terlihat jelas.
Pakaian juga tidak boleh untuk bermegah-megahan atau bermewah-mewahan.
”Bermegah-megahan telah melalaikan kamu” [At Takaatsur 1]
Pakaian tidak boleh berlebihan sehingga menimbulkan perasaan sombong atau congkak ketika memakainya. Contohnya sering kita melihat para bangsawan yang bajunya begitu mewah dan panjang sehingga terseret-seret di lantai sementara dagunya menghadap ke atas dengan rasa sombong.
Hadis riwayat Ibnu Umar ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Allah tidak akan memandang orang yang menyeretkan pakaiannya dengan sombong. (Shahih Muslim No.3887)
Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Ia melihat seorang lelaki menyeret kainnya, ia menghentakkan kakinya ke bumi, lelaki itu adalah pangeran Bahrain. Ia berkata: Pangeran datang, pangeran datang! Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya Allah tidak akan memandang orang yang menyeretkan kainnya dengan kecongkakan. (Shahih Muslim No.3893)
Jadi kalau ada yang memakai pakaian mahal misalnya dengan harga 5 dinar ke atas atau Rp 5 juta ke atas sambil membanggakan kepada temannya, ini aku beli seharga Rp 5 juta, niscaya itu sudah tidak Islami lagi.
Seharusnya yang sederhana saja dan tidak berlebihan sehingga sisa uangnya bisa dipakai untuk sedekah membantu fakir miskin.
Pakaian Lelaki harus berbeda dengan pakaian wanita. Tidak boleh lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki meski mungkin itu hanya untuk memancing tawa/lelucon.
Rasulullah SAW bersabda: “Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan.” (Bukhari dan Muslim)
Baginda juga bersabda bermaksud: “Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki.” (Abu Daud dan Al-Hakim).
Wanita boleh pakai sutera. Namun lelaki tidak boleh.
Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat.” (Muttafaq ‘alaih)
Hendaknya saat keluar rumah para wanita mengenakan jilbabnya.
”Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [Al Ahzab 59]
Hendaknya kerudung dipakai hingga menutupi dada.
”Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” [An Nuur 31]
Di bawah contoh pemakaian busana muslim yang tidak sesuai menurut Islam. Jangan sampai pakaian istri, anak-anak perempuan, atau pun saudara-saudara perempuan kita termasuk dalam contoh-contoh tersebut. Terakhir ada contoh berpakaian muslimah yang benar.
Gambar 1
Kesalahan pada gambar ini :
Kerudung tidak menutupi dada
Allah S.W.T berfirman dalam surat An Nur ayat 31 ” .. dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya … “
Gambar 2
Kesalahan pada gambar ini :
  • Kerudung tidak menutupi dada
  • Rok yang dipakai kurang panjang
Menurut riwayat Imam Tarmizi dan Nasa’i, dari Ummu Salamah r.a. “Ya Rasulullah, bagaimana perempuan akan berbuat kain-kain mereka yang sebelah bawah?
Sabda Rasulullah S.A.W : “Hendaklah mereka memanjangkan barang sejengkal dan janganlah menambahkan lagi keatasnya
Gambar 3
Kesalahan pada gambar ini :
  Pakaian ketat dan menampakkan bentuk tubuh
Rasulullah bersabda ” hendaklah kamu meminjamkan dia baju yang panjang dan longgar itu
  Make up yang sangat tebal
Allah SWT berfirman dalam surat Al’Araf ayat 31 : ” Wahai anak cucu Adam. Pakailah pakaianmu yang bagus pada setiap memasuki mesjid, makan dan minumlah, tetapi jangan berlebihan. Sungguh Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan ”

Gambar 4
Kesalahan pada gambar ini :
  Kerudung tidak menutupi dada
  Lengan blus pendek
  Rok yang dipakai pendek
  Tidak memakai kaos kaki
” Dan katakanlah kepada para perempuan beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) kecuali yang bisa terlihat….”  Surat An Nur, ayat 31
Gambar 5
Kesalahan pada gambar ini :
 Lengan blus pendek
 Tidak memakai kaos kaki
  • Rok yang dipakai berbelah di depan
” Barang siapa yang memakai pakaian yang mencolok mata, maka Allah S.W.T akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti “  [HR Ahmad, Abu Daud, An Nasa'i dan Ibn Majah]
Gambar 6
Kesalahan pada gambar ini :
  • Kerudung tidak menutupi dada
  • Pakaian ketat menampakkan lekuk tubuh
  • Blus yang dipakai pendek
  • Tidak memakai kaos kaki
Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi yang telanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya” [Bukhari dan Muslim]
Apakah cara berpakaian anda meski sudah menutup kepala masih banyak salahnya?
Lalu bagaimana contoh berpakaian yang benar?
Silahkan lihat di bawah ini.
Rasulullah S.A.W telah bersabda :
Bahwa anak perempuan apabila telah cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia melainkan mukanya dan kedua telapak tangannya hingga pergelangan” (H.R. Abu Daud)
Memang berat untuk mengenakan busana Muslimah yang baik dan sesuai ajaran Islam. Seperti pengalaman pribadi yang dituturkan oleh satu penulis sumber ini. Mungkin busana muslim yang baik itu seperti ibu-ibu, tidak modis, tidak seksi, dan sebagainya. Tapi itulah yang benar.
Dan menurut dia banyak juga kok saat ini busana Muslim yang baik tapi tetap terlihat modis dan anggun.
Jika anda membeli busana Muslimah sebaiknya busana yang anda beli sesuai petunjuk di atas. Di bawah adalah tempat penjualan busana Muslimah online:
Sumber :

SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-