welcome..!! thank you for your goodness to visit my blog! don't forget to follow this site! and leave some words and your link..insha Allah I'll follow yours back..

kesah ari Jumaat.....

11.11.2011
yaumul Jum'ah.jumaat.friday

Tarikh yang terpilih ini menjadi tarikh keramat bagi seluruh pelajar Islam di Bumi Anbia' khususnya buat pelaja-pelajar negeri Perak yang mencatat pemergian salah seorang pelajar Perak. Almarhum adalah Saudara Fareez Izhar b. Zainuddin. Arwah ditakdirkan meninggal dunia secara mengejut ketika beliau sedang mengikuti sebuah program anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sebagai urusetia program. Beliau menghembus nafas terakhir setelah tiba-tiba jatuh pengsan saat membuat persiapan untuk program qiamullail. Marilah bersama-sama kita doakan agar beliau pergi dalam keadaan yang dirahmati dan husnul khatimah. amin ya rabbal alamin. al-Fatihah.

18.11.2011
yaumul jum'ah.jumaat.friday

Pada tarikh 17/11/2011 Presiden PMRAM 2011/2012 telah memberi taklimat di Wisma Darul Ridzuan(A) tentang panduan keselamatan yang wajib diambil berat oleh setiap pelajar Perak khususnya.Hal ini memandangkan keadaan sekeliling yang semakin membimbangkan disebabkan tarikh pilihanraya kecil-kecilan yang bakal dijalankan pada 28 November ini. Kami ahli Keluarga Pelajar2 Islam Perak Mesir(KPIPM), berharap agar keluarga, sahabat-sahabat dan sanak saudara dapat mendoakan kami sentiasa berada dalam perlindungan dan pertolongan dari Allah s.w.t. amin.
maklumat lanjut: Pekeliling Keselamatan



SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

No comments:

Post a Comment