welcome..!! thank you for your goodness to visit my blog! don't forget to follow this site! and leave some words and your link..insha Allah I'll follow yours back..

TOKOH: Sheikh Muhammad Abduh



Nama sebenar Syeikh Muhammad Abduh ialah Muhammad bin Abduh bin Hasan Khairullah (Bahasa Arab: محمد بن عبده بن حسن خير الله). Bapanya, Abduh bin Hasan Khairullah, merupakan seorang petani dan mempunyai salasilah keturunan dengan bangsa Turki. Ibunya, Junaidah Uthman, dikatakan mempunyai salasilah perhubungan dengan Saidina Umar bin al-Khattab r.a.. Nama Abduh diambil daripada hadis Nabi Muhammad s.a.w., iaitu abduhu wa rasuluh (Bahasa Arab: عبده ورسوله). Beliau dilahirkan pada tahun 1849 Masihi bersamaan dengan 1265 Hijrah di Kampung Mahallat Nasr, Mukim Sujubrakhit, Daerah Buhairah, Mesir.
Syeikh Muhammad Abduh pernah dibuang negeri kerana dikatakan terlibat dengan Pemberontakan Urabi. Beliau dibuang negeri pada tahun 1882 Masihi. Semasa menjalani hukuman tersebut, beliau pergi ke Perancis dan menerbitkan majalah al-Urwah al-Wuthqa (Bahasa Arab: العروة الوثقى) bersama gurunya, Sayid Jamaluddin al-Afghani.
Beliau pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam kerajaan. Antara jawatan yang pernah disandangnya ialah:
  • guru di Masjid al-Husaini di Mesir;
  • pensyarah di Darul 'Ulum, Mesir;
  • guru di Sekolah as-Sultaniah, Beirut;
  • Ketua Editor Akhbar al-Waqa'i'a al-Misriyah (Bahasa Arab: الوقائع المصرية) di Mesir;
  • Ketua Hakim Mahkamah Rayuan di Mesir;
  • anggota Majlis Pengurusan Universiti al-Azhar di Mesir;
  • mufti kerajaan Mesir (1899 - 1905).
Beliau meninggal dunia pada tahun 1905 bersamaan dengan tahun 1314 Hijrah di Iskandariah, Mesir.



SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

No comments:

Post a Comment