welcome..!! thank you for your goodness to visit my blog! don't forget to follow this site! and leave some words and your link..insha Allah I'll follow yours back..

APA DAH JADI...?

Menjadi seorang hamba yang taat..terus-terang..tiada tara payahnya..penuh dengan liku2 yang perlu diredahi.. sebagai peredah liku2 itu yang mampu kulakukan hanyalah mujahadah shabis mungkin beserta doa kepada Allah Yang Maha Berkuasa atas segalanya..

Emm.. pastinya liku yang paling dalam, yang paling sukar diseberangi adalah apabila sang wanita menghadapi makhluk bernama lelaki.. tak kira sama ada dalam situasi saling berhadapan atau situasi saling berhubung.. yang pasti di dalam Islam... tiada cinta sebelum perkahinan.. selain cinta pada Allah,rasul, parents ,kawan, agama, negara... tapi jika dilihat fenomena sekarang yang sudah lama menghias dunia akhir zaman ini.. terlalu gerun untuk digambarkan hiasan yang penuh duri itu.. khususnya hubungan antara lelaki dan wanita yang semakin tidak terurus dan terjaga.. sehinggakan kalau tidak berhubung sebelum melangkah ke alam rumahtangga itu terasa begitu pelik dan janggal.. sedangkan begitulah syariat yang diajarkan oleh Islam pada umatnya..

Dalam situasi di sekolah pula.. pelajar berbeza jantina sewenang2nya bertepuk tampar.. bergambar berdua2an..kalau sekali lihat perlakuan mereka seumpama pasangan suami isteri.. bukannya ingin mengaibkan atau mengumpat.. tapi itu realiti yang perlu dititikberatkan serta dibuat perubahan..kalu tidak diberi pendedahan.. maka mereka yang tahu akan buat2 tak tahu akan kesalahan ini.. dan mereka yang tak tahu akan terus hanyut dalam kejahilan itu.

Mungkin.. para guru telah mengambil tindakan atau memainkan peranan yang sepatutnya.. tapi mungkin kerana persekitaran kehidupan seharian yang masih tidak mampu membawa mereka kembali ke jalan yang sebenar.. apa tidaknya.. kalau dilihat di televisyen...sering dipaparkan cerita2 Islami.. tapi keislamiannya itu tidak habis sempurnanya.. bahkan ada satu sinetron yang begitu menonjolkan sifat mulia watak utama(perempuan..)..kuat ibadah.. hormat orang tua.. baik.pemurah.. isteri yang solehah.. malangnya.. watak tersebut tidak menutup kepalanya(berjilbab) seperti yang diajarkan oleh Islam..

Malah ada juga slot2 drama yang menampilkan watak yang bertudung.. mempunyai akhlak yang baik.. tetapi ternyata masih ada adegan berpegangan tangan dengan lelaki bukan mahram..aduhh.. andai kata lelaki itu adalah suaminya di dalam cerita tersebut, dia tetap telah melakukan dosa .. apatah lagi kalau lelaki itu bukan suaminya dalam lakonan.. bermakna dia telah melakukan 2 kesalahan.. dosa berpegangan tangan dan salah memberi teladan yang tidak baik pada para penonton.. emm.. di situlah silapnya.. yang mana sesetengah orang berpahaman.. orang yang baik itu hanya berdasarkan niat suci di hati.. tanpa perlu melengkapkan dan melakukan perintah Nya sebaik mungkin..

Masya Allah.. apa yang harus aku lakukan sebagai khalifah di Bumi Mu.. ampunkan aku kerana masih tidak mampu menegakkan syariatMu sebaik mungkin.. berikanlah aku kekuatan ddan ruang untuk melaksanakannya.. Insya Allah...


SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

No comments:

Post a Comment