salam alaik buat semua hamba Allah yang masih diberikan nikmat nafas dan nikmat mata yang membolehkan ia untuk membaca ruangan catatan ini.
selepas berkali-kali ana menukar keputusan dan pilihan yang tidak henti memberi tekanan buat ana memilih yang terbaik..alhamdulillah, kini ana sudah dapat mencapai kata putusnya.
kalau dulu.. sejak dua tahun dulu..
ana adalah antara manusia yang berazam untuk menjejakkan kaki ke bumi kinanah.MESIR.
berbekalkan tekad yang datang dari pengalaman guru2 agama yang rata2nya berlatarbelakangkan intitusi al-Azhar.
setahun yang lepas, ana mula merasa ragu2 untuk melanjutkan impian tersebut kerana tidak yakin yang ana boleh 'catch up' pelajaran di sana.. ana mengambil keputusan untuk hanya tetap di Malaysia.namun, itu tidak lama. memandangkan tekad itu kembali segar setelah disiram pujukan dari guru2..
Tahun ini. dugaan bertambah rumit. 4 kali ana menukar matlamat. ketika bumi mesir dicetuskan dengan rusuhan yang berjaya menarik perhatian dunia.. membuatkan ana sedikit goyah untuk meneruskan niat di hati.. namun di mulut tetap menyatakan ketetapan niat itu.
tambahan pula, ramai yang khuatir andai mesir juga pilihan ana.
disebabkan itu, ana mengambil keputusan untuk mengaplikasi permohonan ke JORDAN.
dengan jurusan SYARIAH ISLAMIYAH. Segala urusan untuk ke sana.. semua telah diselesaikan. termasuklah,medical check up dan pasport.
Beberapa bulan kemudian, sekali lagi cabaran untuk memilih datang menerjah.tatkala hati terasa sudah bergoyang kerana tidak sanggup melihat orang tuaku bersusah payah kelak untuk menampung perbelanjaanku di sana kelak. maklumlah,Jordan dan Mesir itu agak berbeza kos perbelanjaannya.
Kebetulan pada ketika itu.. borang permohonan ke Mesir pula baru dibuka. Ana meminta izin dari emak dan ayah untuk memohon ke situ.memandangkan, keadaan di sana juga semakin membaik.Alhamdulillah..the light shows green.
Dan akhirnya... sehingga kini.. Mesir lah yang bakal ana jejak. Insha Allah minggu kedua selepas raya.. ana akan ke sana..
untuk mempelajari ilmu agamaNya...
ketahuilah. MEMILIH juga.. suatu cabaran.
PILIHAN kita boleh jadi akan tetap sehingga kita benar2 melaluinya..
dan boleh jadi juga ia akan bertukar2 mengikut keadaan dan masa..
buatlah keputusan dan PEMILIHAN mengikut akal dan bukan nafsu semata.
di samping kita mohon petunjuk dari Nya..
Insha Allah.segalanya akan baik.
No comments:
Post a Comment