welcome..!! thank you for your goodness to visit my blog! don't forget to follow this site! and leave some words and your link..insha Allah I'll follow yours back..

RAHSIA HATI..

aku sering bersua muka dengannya.. tetapi tanpa sebarang interaksi mahupun senyuman..
yang ada hanyalah pandangan yang sering dilarikan tatkala ia bertembung tanpa sengaja mahupun sebaliknya... tetapi entah mengapa.. ianya seperti ada suatu 'aura' yang membuatkan jantung aku bergoncang deras..

selama ini aku berfikir hanya aku sendiri yang sedar tentang hal ini.. yang mana ia membuatkan aku sangat malu untuk menyatakannya kepada sesiapapun.. sehingga aku mengambil keputusan untuk hanya mendiamkan dan memendam apa yang aku rasakan..

tambahan pula aku tidak mahu mengambil langkah terburu2. dalam masa yang sama.. aku tidak yakin akan kejayaan hubungan dalam diam ini.. mungkin juga kerana perbezaan umurku dengannya.. lebih kurang 10 tahun jauhnya.. apakah diakhirnya nanti..? dengan situasi aku yang belum tamat belajar.. mungkin aku hanya mampu bermimpi untuk mendapatkannya...

melihatkan sikap serta akhlak yang sering diceritakan oleh kedua orang tuaku yang sering berurusan dengannya.. membuatkan aku semakin mengaguminya.. tetapi aku hanya pasrah pada takdir yang Maha Esa... kerana jodoh itu tiada siapa yang dapat mengetahuinya... kecuali Sang Pencipta...

aku diam dan terus diam...
setelah dua tahun menyepi dek kerana aktivitiku yang sering sibuk sementara masih belajar di universiti di luar negara.. aku disapa dengan mesej dari ayahku di ruangan facebook... yang berbunyi 'ada kejutan di rumah nanti...'..memandangkan aku memang bercadang untuk pulang ke tanah air . jadi aku segera menyelesaikan urusan untuk berangkat pulang bersama seorang sahabatku yangmana dia juga adalah jiranku..

ayah berkeras untuk tidak memberitahuku apakah alasan sebenar ayah berkata sedemikian...
sehinggalah pada malam itu.. ayah memberitahuku bahawa ada yang datang merisik aku...
masya Allah.. terkejut besar aku dibuatnya...
setelah ayah memberitahu gerangan yang merisik itu.. air mata aku hampir jatuh ke tanah..
bagai mahu meletup saja kepalaku ini.. bukan kerana sedih.. tapi kerana kegembiraan yang teramat sangat...
Allah sedang menjawab HARAPAN yang aku simpan hampir 4 tahun ini... yang hanya bicarakan dalam hati...

Ayah yang tidak mengetahui isi hatiku sejak 4 tahun itu.. tidak berharap persetujuan aku.. memandangkan aku masih belajar lagi.. tetapi...Ayah malah menyuruh aku untuk beristikharah.

***
Alhamdulillah setelah 2 tahun setengah aku diikat dengan tali pertunangan bersamanya..
aku kini sedang menunggu saat yang paling mendebarkan oleh setiap wanita yang pernah melalui situasi majlis akad nikah...
dengan sekali lafaz.. aku kini berjaya memilikinya...
tanpa sepatah kata cinta antara aku dan dia...
tanpa ada yang mengetahui rahsia hati antara aku dan Dia..

setelah menikah.. barulah aku tahu rahsia hatinya..
rupanya.. cerita hati kami mirip dan hampir serupa... dia telah mula berhasrat mengkhitbahku sejak kami bersua muka kira2 6 tahun lalu... yang berbezanya... ibunya terlebih dahulu mengetahui rahsia hatinya... sedang aku.. hanya Allah yang tahu... sehinggalah saat ini...
Kini.. kami SALING MEMILIKI...

*alhamdulillah.....atas rahmatnya..


SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

No comments:

Post a Comment