welcome..!! thank you for your goodness to visit my blog! don't forget to follow this site! and leave some words and your link..insha Allah I'll follow yours back..

sanah hilwah ya abi....!! sayang ayah..

bismillahirrhamanirrahim...
hepi befday ayah...! itu antara ucapan selamat hari lahir yang teman ucapkan pada ayah teman yang tercinta.. melalui SMS.. hehe... teman jarang kalo nak wish face to face.. segan..heee...


semoga Allah merahmati dan memberkati beliau di dalam setiap langkahnya.. kerana dengan langkah itu.. beliau bersusah- payah mencari rezeki.. membesarkan 4 orang anak bersama seorang isteri..


hanya Allah sahaja Yang Maha Tahu.. betapa besarnya pengorbanan seorang AYAH.. 
dengan harapan agar anak2 nya berjaya di dunia dan akhirat..


namun apakah aku sebagai anaknya.. telah berusaha sehabis mungkin untuk membantu kejayaannya di dunia dan akhirat..? kejayaan membina anak soleh dan solehah.. adakah aku akan menjadi kejayaannya kelak...?


semoga itu akan menjadi kenyataan...? insha Allah ayah.. anak sulung ayah ni akan berusaha sebaik mungkin untuk menghadiahkan kejayaan itu pada ayah.. cume doa ayah yang anak ayah ini pinta dari ayah..


kuharap.. bukan kejayaan di dunia sahaja yang aku bisa berikan pada ayah..
tapi kejayaan paling besar di akhirat itu yang kudamba untuk kuhadiahkan buatmu...amin..


AYAH..
akak doakan ayah akan sentiasa diberi kemudahan di dalam setiap pekerjaan ayah..
semoga setiap hasrat, cita2, dan harapan ayah akan direalisasikan oleh-Nya..
semoga ayah akan diberikan kepanjangan umur dan dikurniakan keberkatan hidup..
akak doakan ayah akan dihadiahkan keturunan yang hanya berpaksikan aqidah yang teguh...
amin ya rabbal alamin...




Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah:
Wahai Tuhanku..! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil..(surah al isra':23-24)

SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

No comments:

Post a Comment