welcome..!! thank you for your goodness to visit my blog! don't forget to follow this site! and leave some words and your link..insha Allah I'll follow yours back..

jadilah seoarang yang solatholic dan workaholic sekali gus...!!

bismillahirrahmanirrahim... pe kabo sume..?? emm.. mungkin ada yang pernah mendengar atau terjumpe atau terbaca tentang solatholis dan workaholic nih.... insha Allah.. teman nak citer sikit tentang rumusan yang ana dapat dari pembacaan yang ana kira menarik dan bersesuaian dengan keadaan semasa yang penuh dengan kerjaya manusia yang berbagai.... kalau ada yang peka.. mungkin anda tahu dari mana ana dapatkan info ni.. tentunya dari MAJALAH SOLUSI edisi 22... dalam tajuk workholic VS solatholic. tapi bagi yang tidak pernah mendengarkan istilah2 ini.... moh!! teman terangkan..

seperti yang kita sedia maklum, dunia sekarang ni, memang memaksa kita untuk mencari peluang pekerjaan, walaupun dalam usia yang sangat muda, kerana kos sara diri yang kian meningkat justeru menolak diri kita untuk bekerja mencari rezeki. sehinggakan ada yang tersalah pilih kerja.subhanallah wa nauzubillah..


oleh kerana timbulnya keadaan sebegini, jadi muncullah istilah2 baru seperti workaholic dan solatholic ini.
mungkin workaholic ada tercatat dalam kamus dewan bahasa, tapi istilah solatholic mungkin belum tertulis.
namun, boleh kita manipulasikannya mengikut maksud workaholic itu sendiri. workaholic bermakna mabuk kerja atau obses dalam pekerjaan(http://en.wikipedia.org/wiki/Workaholic). jadi, mungkin juga solatholic ini membawa maksud mabuk solat atau rajin bersolat dari pandangan segelintir masyarakat yang mencipta istilah tersebut.

em... persoalannya sekarang telah timbul ketidakpuasan hati sesetengah pihak  dengan segolongan individu yang workaholic dan ada juga yang bersikap solatholic.. sehinggakan yang workaholic menjadi obses terhadap kariernya dan meninggalkan ibadah tiang agama iaitu mendirikan solat, dan ada juga golongan yang kuat bersolat(solatholic), tetapi pekerjaannya kurang beres. orangnya bagus dalam beragama tetapi sering culas dalam bekerja. benarkah dia bagus dalam beragama? dengan hanya rajin bersolat? tapi mengapa mereka tidak bagus dalam bekerja? emmm...ada masalah teknikal sikit ni... dan.. kenapa orang yang rajin bekerja, tidak mahu atau tidak sanggup meninggalkan sedikit waktu bekerja untuk menunaikan solat?
sedangkan workaholic dan solatholic itu boleh digandingkan dan saling bekerjasama dalam seseorang individu. tanpa memisahkan keduanya. tidak percaya?

percayalah, orang yang workaholic bukannya sekadar rajin bekerja tetapi sepatutnya juga  rajin bersolat, dan begitu juga sebaliknya. tiada alasan untuk menidakkannya. kerana junjungan besar Nabi Muhammad SAW juga seorang yang bertindak sebagai workaholic dan solatholic sekaligus di dalam kehidupanya. menjadi seorang pemimpin yang tidak pernah berhenti bekerja untuk menegakkan prinsip2 Islami. Mengurus, menyelesaikan masalah, keluar berjihad, berdakwah, ke sana ke mari..tidak berhenti dan tidak pernah culas dalam amanah yang dipikulnya. namun itu bukanlah alasan kukuh untuk baginda  merasa letih dan malas untuk menunaikan solat dan beribadah kepada Tuhannya. Malah, bagindalah yang paling kuat mengerjakan solat malam, sehingga bengkak2  kakinya, bagindalah insan yang apabila dia sujud dalam solatnya seperti tidak mahu bangun2 kembali.Sedangkan baginda sedia maklum kedudukannya di syurga kelak.

Bagaimana mungkin kita mahu menyokong bahawa orang yang solatholic itu tidak boleh menjadi workaholic dan  juge sebaliknya. Sedang Rasulullah, insan yang paling sibuk dan taat akan amanah yang dipikulnya, masih setia menjadi penyujud kepada Tuhan yang Maha Satu..Tiada pernah diwujudkannya alasan letih atau tiada masa. Bahkan keperibadian  Baginda yang workaholic dan solatholic itulah yang justeru mangangkat nabi menjadi al-Amin yang dikagumi oleh seluruh umat manusia.

Yakinlah bahawa gabungan workaholic dan solatholic dalam kehidupan seharian itu, justeru akan menjadikan kita sebagai individu yang bagus dari sudut agama dan juga tanggungjawab. Dan sedarlah, masyarakat yang mengamalkan gaya hidup workaholic dengan mengabaikan solat itu telah menggambarkan dirinya  sebagai seorang yang tidak bagus dalam beragama. Kerana mukmin yang bertaqwa sungguh takut untuk meninggalkan walau satu waktu solat. Seterusnya juga, bagi yang setia dengan sikap solatholicnya tetapi tidak bertanggungjawab dalam tugas dan pekerjaannya, tidaklah cukup untuk melabelkan diri sebagai yang mantap agamanya, bahkan ia turut menjejaskan peranan kita sebagai seorang hamba yang bertaqwa. Kerana muslim yang baik itu adalah yang mantap seluruh tindakan dan pekerjaannya tanpa meninggalkan agamanya..

Justeru golongan yang workaholic itu harus disedarkan kepentingan ibadah solat di dalam ketelusan pekerjaannya. Kerana mereka yang meninggalkan suruhan ini adalah kumpulan manusia yang tidak nampak kepentingan ibadah ini di dalam perjalanan hayatnya. Begitu juga dengan golongan yang solatholic. Mereka perlu disedarkan bahawa pensyariatan ibadah solat itu,  justeru membawa keperibadian yang kukuh sama ada di dalam pekerjaannya mahupun di dalam ibadahnya. Mereka perlu dikejutkan dari tidur supaya bersemangat untuk mencari keberkatan di dalam pekerjaannya selain bersungguh di dalam solat yang disyariatkan..

Jadi, berfikirlah kita akan kepentingan dua istilah ini dalam kehidupan seharian kita yang jelas diciptakan oleh Allah sebagai seorang KHALIFAH. Mana mungkin kita membina rumah sendiri di 'tanah' Allah sedang kita tidak membayar 'sewa' kepadaNya. Dan mana mungkin kita mengharapkan keberkatan rezeki di atas muka bumi ini, sedang kita tidak bersungguh untuk mendapatkannya.. wallahu a'lam...


**harap kemaafan di atas segala kecacatan di dalam entri kali ini.
** luahan pendapat di dalam entri kali ini juga merupakan peringatan untuk diri ini..
SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

No comments:

Post a Comment