kritikan itu kebanyakannya memang menyedihkan kerana yang positif itu sering dianggap pujian..
sedang kritikan itu bukanlah negatif semata bahkan turut merangkumi positif juga..
kritikan itu majoritinya terkandung negatif yang sering diratap sedih oleh sang makhluk bernama manusia..
sedang mereka tidak sedari bahawa kritikan itu adalah muhasabah jiwa yang kadang kita lupa nak lakukan..
kritikan itu sering diremehkan oleh manusia kerana tidak mahu ia menjadi batu penghalang ke arah kejayaan..
sedang kritikan yang tidak diendahkan itulah yang membina kebahagiaan atas kejayaan itu..
kritikan itu sering dibenci oleh sang manusia kerana di situlah sedikit demi sedikit kelemahan yang selama ini diselimutkan terdedah oleh pukulan angin yang tidak dijemput..
sedang manusia tidak menyedari bahawa angin itu justeru membantu manusia untuk bangun dari lena tidurnya..
kritikan yang kelihatan buruk itu memang menyakitkan hati dan bukan saja hati yang dikritik..
malah jiwa yang mengkritik juga kekadang terselit keberatan untuk menyatakan..
kritikan itu bukanlah kegagalan..
kritikan itu bukanlah batu penghalang..
kritikan itu bukanlah kehancuran..
bahkan..
kritikan itu adalah kunci kejayaan..
kritikan itu adalah rahsia kekuatan..
kritikan itu adalah batu loncatan..
TAPI!! ingatlah!!
kritikan yang membawa kejayaan itu adalah kritikan yang berjaya di positifkan..
kritikan yang menjadi rahsia kekuatan itu adalah saat manusia memanfaatkan kritikan untuk menjadi sumber kemajuannya..
kritikan yang menjadi batu loncatan itu adalah kritikan yang bijak dikendalikan oleh yang bijak berfikir..
insha Allah..
JADI,,,, POSITIFKANLAH KRITIKAN NEGATIF YANG ANDA TERIMA.. PERBAIKILAH KELEMAHAN DALAM KRITIKAN ITU.. AGAR SUATU HARI NANTI.. ORANG YANG MENGKRITIK ITU MELIHAT KEMAJUAN DAN KEHEBATAN DALAM DIRI ANDA.. DAN JANGANLAH ANDA TUTUP PINTU MASUKNYA KRITIKAN ITU KERANA TINDAKAN ANDA ITU UMPAMA ANDA MENUTUP PINTU KEGAGAHAN DAN KEUTUHAN ANDA.. BIARLAH ORANG MEMANDANG KITA SEBAGAI ORANG YANG BERJAYA SETELAH MENGUNGGULI KELEMAHAN.. DAN JANGAN BIARKAN ORANG MELIHAT KITA SEBAGAI ORANG YANG GAGAL SETELAH MENJUARAI KEJAYAAN..
andai kritikan itu amat berat untuk kita kendalikan... mohonlah kekuatan pada Yang Maha Esa..
andai kritikan itu begitu payah untuk dirubah menjadi panduan.. akrabkanlah dirimu dengan Yang Maha Kuasa..
dan yakinlah akan kuasa-Nya..yang lebih agung dari kuasa pengkritik di dunia...
kerana bisa jadi kritikan itu adalah teguran Allah untuk kita yang sering angkuh dengan kebolehan diri..
dan juga bisa jadi ia adalah ujian yang Allah kirimkan lewat makhluk-Nya untuk terus kuat dan menjadi seseorang yang lebih baik..insha Allah..
terimalah kritikan itu dengan hati terbuka.. kerana manusia yang memngkritik itu juga pernah dikritik..bahkan mungkin lebih kritis dari yang anda terima.. kerana manusia itu penuh dengan kelemahan yang PERLU dikritik demi penambahbaikan..insha Allah..
wallhu a'lam..
No comments:
Post a Comment