bismillahirrahmanirrahim,,,, alhamdulillah,, hari ini,, ana nak kongsikan sebuah artikel yang ana petik dari iluvislam.com,,, insya Allah pasti membuahkan kesedaran dan pengajaran yang baik buat semua,,,
Lebih dua minggu saya tidak menulis di blog. Suatu jarak yang agak lama bagi saya. Banyak post yang berhabuk di draft, hanya dibiarkan. Adakah kerana tak ada idea? Tak ada mood hendak menulis? Entahlah... mungkin saya hanya mahukan apa yang ditulis itu benar-benar sampai maksudnya kepada pembaca.
Beberapa hari sebelum ini, saya terbaca sebuah blog. Apa yang ditulisnya sangat menusuk hati. Teguran ditujukan kepada mereka yang mempunyai blog, yang mungkin sudah merasa puas dapat melakar sebuah hikmah di jari-jari dan dikongsikan di blog masing-masing, namun adakah yang ditulis itu sudah benar-benar diinsafi diri sendiri? Mungkin sahaja bagi pembaca, mereka berkata "Ah, kau hanya pandai berkata-kata, tapi perangai sama sahaja."
Sejauh mana yang menulis itu sendiri memahami dan menginsafi apa yang dituliskan? Serajin-rajin kita memberi nasihat dan teguran kepada orang lain, seberapa banyak pula dosa-dosa diri sendiri ditangisi dan diperbaiki serta diinsafi?
Teguran yang mungkin tidak dikhususkan kepada sesiapa, namun banyak iktibarnya. Hmm... Baru-baru ini, ada perjumpaan dengan adik-adik, akhwat yang dikasihi, yang baru menyertai keluarga besar sebuah persatuan di UNPAD. Dalam perjumpaan itu, sepotong ayat al-Quran dikongsikan bersama adik-adik:
"Wahai orang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan."
(Surah as-Saff: Ayat 2-3)
Terfikir, adakah diri sendiri sudah melaksanakan apa yang diperkatakan? Baru-baru ini juga, semasa tazkirah harian di Caspel usai solat Maghrib, pada hari itu dibincangkan hadis ke-36 daripada hadis 40 himpunan Imam An-Nawawi; berkenaan amal-amal kebajikan dan balasannya. Antara intipati hadis ialah:
1. Anjuran menghilangkan kesusahan orang mukmin,
2. Menutup aib sesama muslim,
3. Sentiasa menolong saudaranya,
4. Mencari ilmu dan pahala serta ganjaran Allah di sebaliknya; dan
5. Ketinggian nasab tidak dapat membantu menampung amal yang kurang.
Dalam Syarah Arba'in Imam An-Nawawi oleh Imam An-Nawawi, Imam Ibnu Daqiq, Syeikh Abdurrahmad as-Sa'di dan Syeikh Muhammad Al-Uthaimin; berkenaan hadis ini, dimuatkan sebuah syair:
Nasihat pemberi nasihat tidak akan diterima
sehingga hatinya terlebih dahulu memahaminya.
Wahai kaum, adakah yang lebih zalim daripada pemberi nasihat,
yang menyelisihi apa yang disampaikannya dalam keramaian,
ia menampakkan kebaikannya di hadapan manusia?
Sementara menyelisihi Yang Maha Pemurah ketika sendirian...
Terasa seperti ditusuk-tusuk hatiku saat membaca bait-bait syair itu. Astaghfirullah... Sememangnya, kita disuruh untuk menyembunyikan aib kita dan orang di sekeliling kita.Namun itu tak patut dijadikan sebagai alasan untuk kita sewenang-wenangnya melakukan dosa di saat kita tahu tidak ada orang yang memerhatikan. Lupakah kita bahawa Allah Maha Melihat segala apa yang kita kerjakan? Kita bersembunyilah di mana pun, segala amal dan perbuatan kita dilihat dan dicatat oleh malaikat dan akan disoal tentangnyadi akhirat kelak.
Imam an-Nawawi berkata, hadith itu (amalan-amalan kebajikan dan balasannya) mempunyai beberapa syarat, dan syarat yang pertama adalah mengamalkan apa yang diketahuinya (lantas dikongsikan syair itu). Hmm... sudah lepaskah syarat pertama?
Syarat kedua, menyebarkan apa yang telah diketahuinya. "Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah, menyediakan di sisiNya pahala yang besar." (Surah at-Taubah: Ayat 22)
Syarat ketiga, niat menyebarkan itu bukan untuk menandingi dan berdebat.Rasulullah saw bersabda, maksudnya: "Barangsiapa mencari ilmu kerana empat perkara maka masuk neraka: Untuk menandingi para ulama, untuk berbantah-bantahan dengan kaum yang bodoh, untuk mendapatkan harta, atau memalingkan wajah manusia kepadanya." (Hadis Riwayat Imam At-Tirmidzi dan Hakim, dihasankan oleh al-Albani dalam Shahih al-Jami')
Syarat keempat, mencari pahala dalam menyebarkannya dan tidak bakhil. "Mereka (Nabi-nabi) itulah, orang-orang yang telah diberi pertunjuk oleh Allah, maka turutlah olehmu (wahai Muhammad) akan pertunjuk mereka katakanlah: "Aku tidak meminta upah kepada kamu mengenai pertunjuk (Al-Quran yang aku sampaikan) itu. Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk alam seluruhnya."" (Surah al-An'aam: Ayat 90)
Syarat kelima, tidak gusar untuk mengatakan "aku tidak tahu." Sedangkan Rasulullah s.a.w. ketika ditanya malaikat Jibril tentang hari kiamat, menjawab "Tidaklah orang yang ditanya tentangnya lebih mengetahui berbanding orang yang bertanya." (Hadis kedua dalam hadith 40; Iman, Islam dan Ihsan.)
Syarat keenam, 1tawaduk. "Dan hamba-hamba yang baik dari Rabb yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati." (Surah al-Furqan: Ayat 63)
Syarat ketujuh, tabah terhadap gangguan dalam menyampaikan nasihat dan meneladani salafus soleh. "Tiada seorang nabi pun yang mendapatkan gangguan sebagaimana gangguan yang aku terima." (Hadis hasan, dimuatkan dalam Shahih Al-Jami')
Segala gangguan atau ujian yang menimpa kita, ingatlah Rasulullah s.a.w. adalah orang yang paling kuat ujiannya. Jika dibandingkan dengan Rasulullah s.a.w., sangat kecil segala ujian atau musibah yang menimpa kita.
Syarat kelapan, memberikan ilmunya kepada orang yang lebih memerlukan,sebagai pengajaran, untuk mengingatkan kita kepada Allah s.w.t. dan memberikan ketenteraman kepada kita. "Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram." ( Surah ar-Ra'd: Ayat 28)
Manusia itu resamnya, memang sering lupa dan leka. Sering sekali, benda yang kita tahu salah itulah benda yang kita nak buat juga. Namun, apabila kita menyampaikan, secara tidak langsung kita mengingatkan diri kita sendiri. Bukan untuk mengatakan "aku lebih tahu" tetapi sebagai sumber kekuatan untuk kita mengamalkan apa yang kita perkatakan.
Jom, sama-sama kuat dan berusaha untuk memperbaiki kekurangan masing-masing.Jangan jadikan kekurangan diri kita sebagai alasan untuk tidak menjadi orang yang lebih baik. Kita mampu melakukannya! Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, semoga kita berjumpa di syurga.

No comments:
Post a Comment