welcome..!! thank you for your goodness to visit my blog! don't forget to follow this site! and leave some words and your link..insha Allah I'll follow yours back..

senyuman asy-syahid

salam perjuangan untuk sahabat sekalian..
Inilah senyuman terakhir dari seorang pemuda bernama HUSIN KHUDRI...
saat dirinya berada di dalam dakapan tali gantung yang telah tersedia di lehernya..
subhanallah...
Beliau sempat melambaikan tangan kepada ahli keluarganya sebelum dihukum gantung oleh tentera Iran di atas tuduhan menyebarkan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah di Iran..
Beliau masih mampu mengukir senyuman walaupun di lehernya terikat tali yang akan menjadi saksi kematiannya..
Sure2 lah beliau mampu berbuat sebegitu..
kerana beliau yakin akan janji Yang Maha Kuasa..
kerana beliau mati.. dalam jihad menegakkan syiar Islam... subhanallah...!!!

*Allahumma ahyina bil imaan.. wa amitna bil imaan.. wahsyurna bil imaan.. wa adkhilnal jannata bil iimaan..*

SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

jumpa kembali..!!

assalamu alaikum w.b.t..
salam keimanan yang diharapkan semakin teguh buat para blockwalker sekalian..
lama rasanya tidak bertemu di laman maya ni..
semoga sihat2 belaka laa ye..
setelah berbulan-bulan tak update blog yang telah diliputi sawang ni..
hari ni nak kongsi foto2 yang edited by me..
edited tau bukan created!! selamat mencuci mata...
redha

salam imtihan(exam)

jaga jarak antara ajnabi

ni asalnya untuk profile cover.. tapi tak jadi...
salam mujahadah..


SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

bersawangnye blog.........!!!



bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah... imtihan fasal pertama kini berakhir... segala yang tertunda diharapkan dapatlah diselesaikan secepatnya.. sebelum bermula fasal kedua... ruang yang terluang ini ana cuba manfaatkan untuk membersihkan sesawang yang kian 'menyawang' di laman sesawang ana ni.hehe. semoga sama-sama dapat kita ambil teladan dari nukilan yang tidak seberapa ini..Renung-renungkan..! Selamat beramal.....!!!!

"Ayah peliklah, kome baru sampai sana.. tiba-tiba dah pekse.. tak sempat kome nak stadi elok-elok... mungkin ni pekse biasa-biase je kot ye...?". soal ayahku kehairanan.

"...eh tak la yah.. pekse betul-betul la ni.. sistem kat sini memang lain sikit..."jawabku dengan tenang.

UNIKNYA BUMI MESIR INI..

Uniknya bumi kinanah ini dengan HIKMAHnya... Indahnya bumi anbiya' ini dengan DIDIKAN dan TARBIAHnya..

Namun, pelbagai tohmahan dan cercaan yang dilontarkan oleh segolongan masyarakat kepada mahasiswa/wi dan graduan keluaran al-Azhar.. Sedangkan, mereka tidak pernah duduk sekali merasakan apa yang dijalani oleh pelajar-pelajar di sini.. mereka tidak tahu keadaan sebenar.

"...pelajar-pelajar Mesir ni.. macam tak ngaji apa di sana...padahal duduk sana dekat sedekad dah.."

"...tak reti nak bermasyarakat.. balik Mesir, cuma duduk di rumah.."

"...harap je duk kat negara Arab.. cakap Arab pon tak lancar... merugikan.."

"...mereka yang belajar di Jordan jauh lebih berkualiti dari yang di Mesir.."

Beginilah yang kini sedang hangat dibicarakan di Malaysia, sehinggakan kerisauan mereka itu mewujudkan khabar-khabar yang menghasut untuk pelajar-pelajar keluaran STAM untuk tidak menghala ke bumi Mesir. Sedih. Hanya kerana segelintir graduan yang tidak memenuhi harapan dan kehendak mereka, seluruh mahasiswa/wi al-Azhar mendapat tempiasnya.

KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA

Begitulah yang dapat disimpulkan dari perspektif masyarakat sekeliling sekarang, yang mana susu yang rosak itu menggambarkan situasi mahasiswa/wi ataupun graduan al-Azhar seterusnya mengheret al-Azhar dan bumi Mesir sekaligus untuk dijadikan bahan cerita buruk untuk dibualkan di warung-warung, di tepi jalanan mahupun di dada-dada akhbar. Allahu akbar, terkedu dibuatnya. Sedang nila setitik itu mengumpamakan segelintir golongan yang tidak bersikap seperti yang tidak sepatutnya.

Perlu disedari bahawa, tidak semua keluaran al-Azhar yang bersikap demikian (seperti yang disebutkan dalam dialog di atas),hanya segelintir sahaja yang sedemikian.

ANTARA JORDAN DAN MESIR.

"kalau pendapat ustad, mane yang ok untuk saya apply..?"

"..mana2 pun same je, cume segalanya tertakluk pada usaha dan kesungguhan sendiri.."

Inilah antara dialog yang pernah ana alami suatu ketika dahulu, ketika mana ana taraddud untuk memilih antara Jordan atau Mesir sebagai pilihan.

Dari jawapan yang diberikan oleh salah seorang graduan Mesir itu.. dapat kita simpulkan, walau ke mana sahaja kita dicampakkan hatta ke tempat terbaik di dunia sekalipun.. jika usaha, doa dan tawakkal kepada Allah itu tidak dimanfaatkan sebaiknya, maka tiada bezalah kita dengan mereka-mereka yang tidak mendapatkan peluang sebaik yang kita peroleh. Malah, boleh jadi, mereka adalah produk yang lebih baik dari diri kita.

ALLAH MENTAKDIRKAN YANG TERBAIK UNTUK HAMBANYA

firman Allah s.w.t

"....boleh jadi kamu membenci sesuatu, sedangkan ianya baik untuk kamu. Dan mungkin kamu menyukai sesuatu, sedangkan ianya adalah buruk(di sisi Allah) buatmu. Bahawasanya Allah Maha Mengetahui (apa yang tersurat dan tersirat) apa-apa yang tidak kamu ketahui."

(al-Baqarah 2:216)

Di sini, kami ditarbiyah oleh keunikan Mesir sebagai salah sebuah bumi Anbiya'. Tarbiyah yang bagaimana..? Tarbiyah yang kurang dilihat 'azhimnya di Malaysia. Konsep usaha, doa dan tawakkal yang padanya terdapat banyak khilaf yang pelbagai.

di Malaysia:

"..kalau tawakkal saja tanpa usaha yang bersungguh, jangan mimpilah nak lulus pekse.."

di Mesir:

"..di sini, tawakkal itu, mesti lebih lagi daripada usaha..tawakkal itu sebagai tunjang utama.. sesuatu kejayaan.."

Terkadang, terasa seperti sudah mantap segala usaha kita untuk sesebuah imtihan. Dengan yakin mengatakan "aku boleh jawab tadi.. rasanya boleh lulus tu..".Namun, Allah mentakdirkan sebaliknya. Jika direnung kembali hikmah di sebaliknya, dia akan dapat lihat bahawa Allah sedang mengajar dan mendidiknya.Mungkin juga Allah sedang menegurnya supaya lebih bertawakkal kepada-Nya, jangan mengangkat kebolehan dan usaha sendiri, dan Allah sedang menyedarkan bahawa, natijah sesuatu usaha yang dilakukan itu, Dia yang punya, Dia yang pandu, dan Dia yang berkuasa ke atasnya.

Dari sudut lain pula, ketika mana Allah tidak memakbulkan harapan kita ketika kita memintanya. Renungkanlah kembali. Mungkin dalam renungan kita itu, Allah ebenarnya sedang menjawab harapamua yang lebih besar dan lebih penting untukmu. Sebuah kisah ana ambil sebagai contoh,

Seorang pemudi yang mana sebelum hadir ke Mesir, dia berazam untuk membentuk dirinya sebagai seorang yang faqih dalam agama dan fasih dalam bertutur dalam bahasa Arab. Begitu jugalah tekad yang dilafazkannya tatkala menjejakkan kaki di bumi barakah ini. Kemudian, dia ditakdirkan tidak lulus dalam Imtihan Qabul(ujian kelayakan kemasukan ke al-Azhar) dan perlu menghadiri Markas Bahasa selama setahun sebelum dapat memasuki ke kuliah tahun satu. Dia hampir futur kerana setahunya, dia sudah bersungguh, berdoa dan bertawakkal pada Allah sepenuhnya. Namun dia disedarkan oleh Allah ketia mana dia sedang merenung hikmah di balik semua takdir ini melalui kata-kata salah seorang seniornya yang dulu pernah engalami perhal yang sama. Katanya,"Mungkin dulu, kamu pernah memohon kepada Allah agar kamu diberikan kefaqihan dalam ilmu nahu atau Bahasa Arab, dan sekarang Allah sedang menjawab doa kamu itu." Dia termenung sejenak memikirkan hal itu." Ya.Betul, Allah sedang menjawab doaku.."monolog hatinya sendiri.

Lihat. Semuanya Allah takdirkan bersebab dan ada hikmah di sebaliknya. Kalau situasi pertama tadi, Allah tidak memberikan apa yang diminta kerana sikap takawakkal dan kebergantungan kepada Allah yang kurang, Allah ingin mendidik jiwa hambanya untuk menjadi isan yang berkeperibadian mulia,yang taat dan mengharapkan Dia di setiap waktu. Situasi yang kedua pula memberitahu kita bahawa Allah memberikan apa yang kita perlu, dan bukan apa yang kita mahu. Kerana Dia Maha Mengetahui apa yang makhluk-Nya tidak tahuapa yang terabaik untuk hamba-Nya. Bertepatan dengan kalam Allah yang disebutkan dari mafhum di atas tadi.

Justeru, marilah kita renung kembali segala hikmah yang tersembunyi. Mungkin kadang-kadang, tanpa kita sedari, kita sudah tersalah menilai sesuatu takdir. Percayalah, jika anda meyakini sesuatu kejadian itu pasti terselit hikmah,maka dari hikmah itu, kita hanya akan terdorong kepada husnuzzon dan terhindar dari suuzzon dalam memanipulasikan sesebuah takdir. Insha Allah.

".......percayalah kepada ALLAH,

nescaya HIKMAH yang akan dikirim-Nya....."


masjid al-Azhar


SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-