sebuah filem berbentuk biografi seorang tokoh yang dikenali sebagai KH Ahmad Dahlan di tanah Yogjakarta.
Sang Pencerah membuka minda..
musuh-musuh iblis laknatullah..
- Baginda Nabi Muhammad s.a.w.
- orang beriman yang baik.
- orang berharta yang merendah diri.
- ahli peniaga yang jujur.
- orang berilmu yang beramal dengan ilmunya.
- orang beriman yang suka memberi nasihat.
halusnya cara Allah..
Masya-Allah, Astaghfirullah.
Aku seolah-oleh baru tersedar dari mimpi. Mindaku seolah-olah baru bangun dari kelalaian yang lama. Aku sangat-sangat bersyukur kerana Dia masih menginginkan aku untuk berubah menjadi lebih baik. Menginginkan aku kembali merujuk kepada-Nya dalam melayari kehidupan ini.
Kedatangan rakanku bersama rakannya yang tidak aku kenali, benar-benar memberi hidayah kepadaku. Sememangnya rakan perempuanku itu telah memberitahu untuk datang ke rumahku pada hari itu. Setelah mendapat izin suamiku, aku pun menerima kedatangannya. Namun tidak disangka dia membawa seorang lagi kawan perempuannya yang tidak pernah aku kenal sebelum ini. Aku tidak tahu bagaimana hendak menolak kehadiran tetamu baruku itu kerana aku belum meminta izin suamiku. Inginku menelefon atau menghantar sms pada masa itu di hadapan tetamu, terasa tidak sesuai. Apa yang perlu aku lakukan? Hati aku berdolak-dalik. Sekiranya aku menjemput dia masuk, berdosa kah aku kerana tidak meminta izin suamiku dahulu? Kalau aku tidak menerima kehadirannya, apa pula perasaannya? Bagaimana kendak ku terangkan kepada tetamuku? Bukan aku tak sudi tetapi, aku tersepit antara adat dan tuntutan. Masya-Allah, sesungguhnya tuntutan adat sememangnya selalu bercanggah dengan tuntutan agama.
Otakku ligat membuat keputusan, yang akhirnya aku terpaksa membenarkan tetamu-tetamu ku masuk. Di dalam hatiku, hanya Allah yang tahu betapa rasa bersalahnya aku kerana mengizinkan orang lain masuk ke rumah tanpa izin suamiku. Pada masa itu juga aku telah bertekad untuk memohon maaf kepada suamiku bila pulang dari kerja. Semoga suamiku faham situasiku pada masa itu. Amin.
Dalam Mihrab Cinta:filem
bismilahirrhamanirrahim..
ermm ari ni..jom tengok sebuah filem Indonesia yang berbentuk religi yang bertajuk DALAM MIHRAB CINTA. cerita ni diadaptasi dari novel Dalam Mihrab Cinta yang juge dinukil oleh tuan pengarahnya sendiri, iaitu Habiburrahman El-Shirazy.. Alhamdulillah banyak pengajaran yang dapat diambil dari tontonan filem ini...
Begitu juga jalan cerita ini layak diangkat sebagai suatu yang sangat menarik..insha Allah..
Lirik Jalan Ku Pulang – Unic
Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku apakah kan Kau terima
kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
kuadukan sesalanku apakah kan Kau terima
kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
Tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu,
terpaut aku tak berpaling
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu,
terpaut aku tak berpaling
Ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga
suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala kiasan indah cintaMu
semaikan segala kiasan indah cintaMu
Subscribe to:
Posts (Atom)
