welcome..!! thank you for your goodness to visit my blog! don't forget to follow this site! and leave some words and your link..insha Allah I'll follow yours back..

adakah bahagian belakang tapak tangan wanita itu aurat?


Para ulama secara majoriti telah bersepakat berdasarkan dalil-dalil yang ada untuk menetapkan bahawa batas aurat seorang wanita adalah seluruh tubuhnya, kecuali wajah dan kedua tapak tangan. Dalam bahasa arab, disebutkan jami’u badaniha illa al-wajha wal kaffaini (seluruh tubuhnya kecuali wajah dan dua tapak tangan).
Mungkin yang jadi titik masalah di sini adalah tentang istilah telapak tangan. Dalam bahasa Indonesia, kalau al-kaffaini diterjemahkan sebagai telapak tangan, sebenarnya bukan penterjemahan yang tepat. Sebab yang dimaksud dengan al-kaffaini adalah tapak tangan, mencakup bahagian dalam (bathinul kaff) dan juga bahagian luar atau punggung  (zhahirul-kaf). Sedangkan bila diterjemahkan dengan telapak tangan, maka yang dimaksud hanya bahagian dalam tapak tangan saja.
Penerjemahan yang tepat adalah tapak tangan yang mencakup bahagian dalam dan luarnya. Sehingga batas mulainya aurat adalah pada pergelangan tanganya (ar-risghu).
Dengan demikian, ketika ada seorang wanita shalat dengan terlihat punggung tangannya, belum termasuk terlihat auratnya. Sebab punggung tangan bukan termasuk aurat, jadi memang boleh terlihat.
Sebagai sebuah perbandingan, mungkin anda masih ingat bahawa seorang wanita yang hendak dilamar diperbolehkan memperlihatkan wajah dan kedua tapak tangannya. Tentu bukan hanya bahagian dalamnya saja yang boleh dilihat, tetapi punggung tangannya termasuk yang boleh dilihat juga. Sebab punggung tangan memang bukan termasuk aurat.
Khilaf Para Ulama Tentang Batasan Aurat Wanita dalam Shalat
Sebenarnya kalau mahu lebih diperdalam lagi, masih boleh kita dapati beberapa perbezaan sederhana dari pandangan para ulama tentang batasan aurat wanita dalam shalat. Beberapa di antaranya yang dapat kami sebutkan di sini antara lain:
a. Mazhab Hanafiyah
Menurut mazhab ini, batas aurat wanita adalah seluruh tubuhnya, kecuali bathinul kaffaini (bahagian dalam tapak tangan) dan dzahirul qadamaini (bahagian luar tapak kaki). Maka shalat dengan terlihat bahagian dalam tapak tangan hukumnya boleh. Sebagaimana bolehnya terlihat kedua tapak kaki bahagian luar hingga batas mata kaki.
b. Mazhab Malikiyah
Dalam mazhab ini ada dua macam aurat, yaitu mughalladzah (berat/besar) dan mukhaffafah (ringan/kecil). Aurat mughalladzah batasnya antara pusat dan lutut. Sedangkan aurat mukhaffafah antara seluruh tubuh kecuali wajah dan kedua tapak tangan luar dan dalam.
Kemudian batasan itu dikaitkan dengan hukum batalnya shalat lantaran terbukanya masing-masing jenis aurat ini. Bila yang terbuka auratmughalladzah, shalatnya batal dan dia wajib mengulangi shalatnya dari awal lagi. Hal itu seandainya dia mampu menutupnya tapi membiarkannya saja.
Sedangkan bila yang terbuka aurat mukhaffafah, shalatnya tidak batal, meskipun membiarkannya hukumnya haram atau makruh. Dan dia pun tidak wajib mengulang shalatnya, hukumnya sebatas mustahab (dianjurkan) untuk mengulangi shalat seandainya waktunya masih tersisa.
c. Mazhab Asy-Syafi’i
Menurut mazhab ini, batas aurat wanita adalah seluruh tubuhnya, kecuali wajah dan kedua tapak tangan, dzhahiruhma wa bathinuhuma. Maksudnya yang bukan termasuk aurat adalah wajah dan kedua tapak tangan baik bahagian dalam maupun bahagian luar. Maka shalat dengan terlihat wajah dan kedua tapak tangan bahagian dalam dan luar hukumnya boleh, kerana bukan termasuk aurat.
d. Mazhab Hambali
Menurut mazhab ini, batas aurat wanita adalah seluruh tubuhnya, kecuali hanya wajahnya saja. Sedangkan kedua tapak tangan baik bahagian dalam tapak tangan bahagian luarnya termasuk aurat. Maka di dalam shalat yang boleh terlihat hanya wajahnya saja, sedangkan tapak tangan luar dalam termasuk aurat yang wajib ditutup.




SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

sanah hilwah ya abi....!! sayang ayah..

bismillahirrhamanirrahim...
hepi befday ayah...! itu antara ucapan selamat hari lahir yang teman ucapkan pada ayah teman yang tercinta.. melalui SMS.. hehe... teman jarang kalo nak wish face to face.. segan..heee...


semoga Allah merahmati dan memberkati beliau di dalam setiap langkahnya.. kerana dengan langkah itu.. beliau bersusah- payah mencari rezeki.. membesarkan 4 orang anak bersama seorang isteri..


hanya Allah sahaja Yang Maha Tahu.. betapa besarnya pengorbanan seorang AYAH.. 
dengan harapan agar anak2 nya berjaya di dunia dan akhirat..


namun apakah aku sebagai anaknya.. telah berusaha sehabis mungkin untuk membantu kejayaannya di dunia dan akhirat..? kejayaan membina anak soleh dan solehah.. adakah aku akan menjadi kejayaannya kelak...?


semoga itu akan menjadi kenyataan...? insha Allah ayah.. anak sulung ayah ni akan berusaha sebaik mungkin untuk menghadiahkan kejayaan itu pada ayah.. cume doa ayah yang anak ayah ini pinta dari ayah..


kuharap.. bukan kejayaan di dunia sahaja yang aku bisa berikan pada ayah..
tapi kejayaan paling besar di akhirat itu yang kudamba untuk kuhadiahkan buatmu...amin..


AYAH..
akak doakan ayah akan sentiasa diberi kemudahan di dalam setiap pekerjaan ayah..
semoga setiap hasrat, cita2, dan harapan ayah akan direalisasikan oleh-Nya..
semoga ayah akan diberikan kepanjangan umur dan dikurniakan keberkatan hidup..
akak doakan ayah akan dihadiahkan keturunan yang hanya berpaksikan aqidah yang teguh...
amin ya rabbal alamin...




Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah:
Wahai Tuhanku..! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil..(surah al isra':23-24)

SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

teman tak tau nak post ape daaa.....

assalamualaikum sume....


sihat ke kome2..? hehe.. rasenye dah lame sangat dah tak posting baru.... tak tau nak post ape laa... erm... asal nak taip je.. padam balik... asal nak taip jea padam balik... heh.. sampai bile2 x abeh2 naipnye... ermm.. tapi tak pe.. nti2 ade la kowt idea dan ilham nak posting ape... heee.. doa2 le yea... semoga ilmu yang akan datang lebih bermanfaat dan datangnye dari nukilan teman sendiri yea... wassalam...


SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

Diet Rasulullah

~Diet Rasululah..~

Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi 
bersama 
dengan kawan2 semua

Rupa2nya tanpa kita sedo, dalam 
makanan yg kita 
makan sehari2, kita tak
boleh main balun aje? sebab itulah 
terjadinya 
penyakit kencing manis,
lumpuh, sakit jantung, keracunan 
makanan dan 
lain2 penyakit apabila kita
telah tua nanti. Apabila kawan2 
telah mengetahui 
ilmu ini, tolonglah
ajarkan kepada yg lain2nya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW 
kita juga. 
Ustaz Abdullah Mahmood kata,
Rasullulah tak pernah sakit perut 
sepanjang 
hayatnya kerana pandai jaga
pemakanannya sehari2. apa kata kita 
ikut 
diet ini 
kawan2. tak payahlah
susah2 makan pil untuk kurus? 
Insyaallah kalau 
kawan2 ikut diet Rasullullah
ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit 
perut ataupun keracunan makanan.


Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + 
DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU 
CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS 
MAKAN NASI , SEBALIKNYA 
MAKAN BUAH 
TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN 
TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL 
MAKAN MALAM . 
SESIAPA YG TINGGAL MAKAN 
MALAM DIA
AKAN DIMAKAN USIA DAN 
KOLESTEROL DALAM 
BADAN AKAN BERGANDA.


Nampak memanglah pelik.. tapi, 
kalau tak percaya... kawan2 cubalaa.....
.......... ......... ......... .
Ianya takdelah dalam jangka 
masa terdekat nie.... 
Ianya berkesan bila kita
sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang 
kita makan makanan 
darat bercampur dengan
makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan 
ikan bersama susu. 
di kuatiri akan cepat
mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang
 menjumpai dimana 
dalam badan ayam
mengandungi ion+ manakala 
dalam ikan 
mengandungi ion-, jika dalam 
suapan
ayam bercampur dengan ikan 
maka terjadi 
tidakkan balas biokimia yang
terhasil yang boleh merosakkan 
usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah...


Al-Quran Juga ada mengajar kita 
menjaga 
kesihatan spt membuat
amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang 
kurangnya 
sejam sebelum matahari naik.
Air sejuk
yang meresap kedalam badan boleh
mengurangkan 
lemak mengumpul. Kita boleh
saksikan orang mengamal mandi 
pagi kebanyakan
 badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum 
segelas air sejuk 
(bukan air ais) setiap pagi.
Mujarabnya Insayallah jauh dari 
penyakit 
(susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan 
kita bertafakur (iaitu sujud sekurang
kurangnya seminit selepas membaca doa). 
Ia boleh mengelak dari sakit pening
atau migrin.. Ini terbukti oleh para saintis 
yang 
membuat kajian kenapa
dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli 
sains 
telah menemui beberapa
milimeter ruang udara dalam saluran
darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. 
Dengan bersujud maka darah akan
mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan 
tangan dan bila habis hendaklah
menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah
 menjumpa bahawa enzyme banyak
terkandung di celah jari jari, iaitu 
10 kali ganda terdapat dalam air liur.
(enzyme sejenis alat percerna makanan, 
tanpanya makanan tidak hadam)
Wassalam...

Sama2lah kita mengamalkannya. ......

WallahuA'lam

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang 
siapa menyebarkan ilmu demi
kebaikan insyaallah Allah akan 
menggandakan 
10 kali kepadanya.

SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

apabila dihina..


DIAM dan SABAR. Sememangnya susah dan sukar untuk kita lakukan bila kita dihina, diumpat, dikeji, difitnah atau dimalukan lebih-lebih lagi khalayak ramai, di pejabat atau dalam masyarakat. Namun itulah tindakan yang terbaik bagi kita. Bila kita menjawab balik hinaan yang dilontarkan pasti bukan kita yang bercakap tapi yang "bertanduk dua" yang sedang menguasai akal fikiran kita pada masa tu. Jadi, seeloknya kita diam sejenak. Istighfar di dalam hati banyak-banyak dan ingatkan diri kita supaya bersabar menghadapi hinaan yang dilontarkan.
Dalam situasi bila mana kita terasa diri kita sangat lemah umpama anak ikan yang dikelilingi oleh jerung-jerung kelaparan kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan. Untuk tujuan itu, saya ingin kongsikan sedikit panduan dalam menghadapi keadaan bila mana kita dihina. Antaranya ialah:
  1. Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk (Contohnya bangang, bodoh, gedik dan sebagainya) sebenarnya sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya, suami atau isteri mereka, ahli keluarga, adik-beradik dan lebih parah lagi sebenarnya mereka mendoakan untuk anak-anak mereka. Nauzubillah.. 
  2. Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT daripada ALLAH. Kenapa? Sebab setiap hinaan yang dilontarkan kepada kita adalah penghapus bagi setiap dosa-dosa kita semalam. Lebih beruntung lagi kita akan dapat banyak pahala percuma. (Tapi dengan syarat kita kena sabar dengan apa yang berlaku) 
  3. Ingatlah bahawa ada HIKMAH di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah hendakkan hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.
  4. Bila kita difitnah, kita akan tak dapat tidur malam lantaran memikirkan tentang fitnah yang dilontarkan kepada kita. Maka, kita dengan sendirinya akan bangun bertahajud setiap malam mohon kepada Allah agar diberi ketenangan, kemaafan dan keampunan dari-Nya sepanjang hidup ini.Kesan daripada itu (Sentiasa bertahajud selalu), hati akan menjadi semakin tenang dan bahagia walaupun dikelilingi orang yang sentiasa mencari salah kita dan orang yang tidak mahu memandang wajah kita. 
  5.  HIKMAH dan REZEKI yang melimpah ruah menanti kita di sebalik ujian tersebut. Contohnya Allah permudahkan segala urusan kita. Allah pertemukan kita dengan rakan-rakan yang mulia hatinya, rakan-rakan yang boleh membantu kita menjana ekonomi kita dengan lebih mantap, pasangan yang memahami dan menyayangi kita dengan sepenuh hatinya, anak-anak yang baik, keluarga yang memahami dan pelbagai lagi.
  6.  Kita juga akan menemui dan dapat menilai siapa sahabat kita yang sebenar dan siapa musuh kita. Cara dan gaya hidup kita pun mungkin akan berubah ke arah lebih baik dan lebih bermotivasi. Mungkin sebelum ni kita susah nak baca buku-buku yang bermanfaat. Mungkin kita juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh motivasi yang hebat yang terkenal di seluruh dunia. (Contoh : Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, Imam Ghazali dan lain-lain). Selain itu, kita juga akan mampu untuk menjadikan diri kita insan yang sangat kuat, tabah, sabar dan mengubah seluruh pemikiran dan idea kita selama ni.
Pendek kata, apa yang berlaku pada kita walaupun buruk pada pandangan manusia, namun sebaliknya pada pandangan Allah. Fikirkanlah bahawa semua yang berlaku adalah RAHMAT ALLAH. Insya-Allah hidup kita lebih tenang, bahagia dan sangat matang. Insya-Allah.
**http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/2024-afifah-murni.html

SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-