welcome..!! thank you for your goodness to visit my blog! don't forget to follow this site! and leave some words and your link..insha Allah I'll follow yours back..

beZa SuKa daN CiNta,,

1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.

4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.

5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.

6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita
cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.

7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn
turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang
hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.

SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

lelaki itu,,,,

bismillahirrahmaanirrahim,,,,,
di sini ingin sekali ana berkongsi serba sedikit,,, tentang ape yang seorang wanita itu pendamkan buat si dia yang bakal menakluki hati kelak,,,, siapa,,?? bila,,?? di mana,,?? wallahu a'lam,,, hanya Allah yang Tahu tentangnya,,,,
bukan untuk mengada2kn cerita,, bukan untuk menunjuk2,,, tapi sebagai santaian sambil membuat nilaian tentang makna sebenar kepentingan memilih calon yang sebenar untuk hati kita,,, ana sendiri bukanlah sempurna seumpama Siti Khadijah,, bukan seteguh dan setaat Sumayyah,, untuk bermimpi memiliki insan yang terbaik,,, namun penyataanku ini adalah untuk mengharapkan yang terbaik,, dan juga sebagai panduan untuk diri yang lemah ini agar turut mengubah diri kepada yang lebih taat dan solehah,, supaya berjaya miliki yang terbaik,,,, agar adil buat ana dan dia,,,insya Allah,,, kerana janji Allah,,, lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik2,, begitu juge sebaliknya,,,,



lelaki itu,,,
yang kuharapkan bisa berpegang teguh pada janji-Nya,,,
bukan saja padaku,,ibu bapaku,, bahkan tidak lupa pada Sang Pencipta,,
yang setia mengotakan setiap ape yang telah dilafazkannya,,,

lelaki itu,,,
yang kuimpikan akan sentiasa bersedia untuk memimpin tanganku,,
menuju keredhaan Allah,, tanpa berlengah dan ragu2,,
dan sanggup menempuh halangan jalan itu,, tanpa putus asa,,



lelaki itu,,,
yang kudambakan akan sedia menerima segala kekurangan dan kelemahan,,
yang tercalit dalam diriku,,,
sebagaimana aku menerimanya seadanya,,,

lelaki itu,,,
yang kuharapkan akan bersungguh mendidikku dan zuriatku,,,
untuk mengenal Tuhan dan agama Nya,,
agar tiada yang akan terjerumus ke lembah kejahilan,,,

lelaki itu,,,
yang kutunggu selalu,,, akan setia dengan ajarannya,,,
yang menjaga tingkahnya,, yang memasang benteng dalam pergaulannya,,,
dan senantiasa menjauhkan dirinya dari fitnah yang memakan diri,,,



lelaki itu,,,
yang tidak pernah menyentuhku melainkan setelah halal baginya,,,
yang tidak keterlaluan dalam butir bicaranya,,,
yang tidak berlebihan dalam pandangannya,,,

lelaki itu,,,
yang akan membuatkanku cinta padanya kerana ilmunya,,
kerana imannya,,, kerana ketaqwaannya,,,
bukan kerana rupanya,,, bukan kerana hartanya,,,
dan juga bukan kerana hawa dan nafsu yang meraja,,,,

yang akan kubiarkan untuk mengetuk pintu hatiku ini,, bukanlah yang berupa indah di pandangan mata,,,
tetapi indah dipandang hati,,,,
semoga indah di sisi Ilahi,,,
bukan saje di mata insani,,,




pilihlah yang terbaik,, agar itu bisa merubahmu menjadi yang lebih baik,,,
yang terbaik itu bukanlah datangnya dari paras rupa semata,,, bukan juga kerana harta yang sementara,,,
tapi kerana teriring oleh cinta Ilahi yang meredhai,,,,
cintailah Rabbi,,, sebelum menghulurkannya kepada insani,,,
kerana kasih manusia hanya sementara,, sedangkan cinta Ilahi itu,, tiada mengecewakan,,,
wallahu a'lam,,,,
SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

Allah mengabulkan cita2 ku,,,,,

bismillahirrahmanirrahim,,,,,
alhamdulillah,,, sekali lagi,, Allah menunjukkan kasih Nya kepadaku,,,,, tapi sayang,,,aku terlewat menyedarinya,,,,
tapi kini,,, aku sedar akan perkara itu,,,, subhanallah,,,,, walaupun hanya untuk sementara,,,, tapi hakikatnya,, Allah telah memperkenankan cita2 yang telah kutanam sejak aku berusia 7 tahun lagi,,,,,
mungkin pada masa akan datang,,, aku x berpeluang untuk menjadi seorang guru,,, seperti sekarang,,, tapi sekurang2nya,, ALLAH menjadikannya nyata pada masa ini,,, dan andai aku tidak berpeluang untuk menjadi seorang guru pada mase mendatang,,,,maka tidak akan wujud dari mulutku,, bahawa Allah tidak memakbulkan cita2 ku,,,,,
 kerana Allah lah,, perancang dan pelaksana terbaik,,,,,Dia yang Maha Tahu segala yg tersirat,,,

di sini,,ana nak mengajak pada semua yang sudi menigintai post ini,,, bersyukurlah atas ape yang telah ditakdirkan buat kita,,,,, bersangka baiklah,, atas ape yang Allah tentukan,,,, even kita tidak menyukainya,,,
kerana,,, sesuatu yang kita tidak sukai itu,,mungkn ia salah satu perkara yang baik untuk diri kita,, sedangkan tiada mustahil,, sesuatu yang kita sukai itu,,, adalah perkara yang tiada baiknya buat diri kita,,, yang penting adalah,, percayalah pada Nya,,,,insya Allah,, kita akan jadi hambaNya yang paling bersyukur dan redha akan takdirnya,,,wallahu a'lam,,,
SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

istimewa seorang sahabat lelaki,,,




bismillahirrahmanirrahim,,,,
ana ingin berkongsi sesuatu dengan sahabat sekalian,, tentang suatu post yang ana jumpai di blog
selamat membaca,,,


post ini mengisahkan istimewanya mempunyai sahabat lelaki,,,emm,, bukan teman lelaki tau,,,,

Pemaaf
Sekiranya kamu menyinggung perasaanya ataupun melakukan sesuatu yg buat dia marah dia tetap mudah utk memaafkan kamu.Berbeza ngan sahabat perempuan yg agak sedikit emosi dan kalau merajuk mesti berhari-hari.

Penyayang

Sahabat lelaki deikurniakan sifat yg sngat penyayang.Bila kamu ada masalah biar bagaimana susah dan sibuk sekalipun dia pasti akan mengutamakan kamu kerana bagi lelaki sahabat lebih penting dari segala-galanya.

Pendengar yg baik

Apabila kamu berkongsi masalah,sahabat lelaki adalah seorang pendengar yg baik berbanding dari sahabat perempuan.selain memberikan perhatian sepenuhnya dan cerita-cerita kamu lelaki juga tidak akan menyampuk atau memberikan sebarang komen sebelum kamu menghabiskan cerita kamu.

Pelawak

Sebagai sahabat kamu bertuah kerana dia akan sentiasa menceriakan hidup kamu dgn lawak jenakanya.Dia tidak kisah sekalipun terpaksa menjadi pelawak tidak bergaji demi melihat sahabatnya tertawa.

Penyimpan rahsia

Jgn bimbang utk berkongsi rahsia dgnnya kerana sahabat lelaki sememangnya seorang penyimpan rahsia yg baik.

Pemurah

Dia sering membayar makanan dan minuman setiap kali kamu berdua keluar makan bersama.Lelakikan ego jadi malulah kalau biarkan kamu yg membayar.tapi jangan keluar berdua je sudah laa ye,,,,

Untungnya punya sahabat lelaki……
andai segala batas2 antara ajnabi itu masih dapat dirapi sebaik mungkin,,,,



selepas membaca post seorang sahabat ini,,,
kini kusedar,,, betapa pentingnya untuk menghargai seorang sahabat lelaki,,,,,
hargailah sahabat anda sama ada lelaki atau perempuan,,,,

SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

aku dan mujahadahku,,,,,,,

bismillahirrahmanirrahim,,,
alhamdulillah,,, aku masih diberi kekuatan dan kebolehan untuk menulis untuk saat ini,,,,
sesungguhnya,,,, Allahlah yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah,,,,,
tapi adakah aku sebagai hamba Nya yang terus dikurniakan nikmat,,, akan terus berlaku setia pada Nya,,,, tanpa melakukan sebarang cela,, yakni dosa dan maksiat,,,, jelas sekali aku tidak mampu untuk itu,,,, aku tidak bisa setia dengan setulusnya,,,,, mengapa begitu ye,,,??? tentu sekali kerana fitrahku,,, yang sentiasa terlekat dengan sejuta kelemahan dan secebis kelebihan,,,, kelemahan aku itu tidak akan membuatkan aku tetap dengan taqarrub billah,,,,,, tapi tidak seharusnya aku bersedih kerana kekurangan dan kelemahan itu,,,, kerana Allah tidak memandang kekurangan diri manusia,,, tetapi Allah memandang dan menilai sejauh mana hambaNya,, bermujahadah untuk merebut taqarrub bihi mardhotihi,,,,, ingatlah,,,, kelemahan itu bukanlah untuk menghalang diri kita untuk menjadi sempurna semata,,, tetapi untuk menambah ketaatan dan tawadhuk dalam jiwa insan,,,kepada Tuhannya,,,, serta supaya jauh dari takabbur dan ujub yang menjauhkannya dari rahmat dan keredhaan Allah,,,,








Kelemahan-kelemahan Manusia dalam Pandangan Al-Quran

Allah Swt di dalam al-Quran menyebut manusia sebagai maujud yang mulia dan tinggi, namun di sisi lain Allah juga mencela manusia dengan menyebutkan kelemahan-kelemahannya. Berikut ini saya akan menyebutkan sebagian darinya:


1. Lupa Tuhan
Sudah merupakan tabiat manusia manakala ditimpa kesusahan dan kesulitan dia berdoa dan memohon kepada Allah Swt supaya diangkat dan dihilangkan kesulitannya, namun ketika kesulitan itu telah sirna dengan segera dia pun kembali kepada kebiasaan hidup semula dan melupakan Tuhan.

Allah Swt berfirman dalam al-Quran:

Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan (QS. Yunus:12).


2. Bangga dan Sombong

Allah Swt berfirman dalam al-Quran:

Dan jika Kami rasakan kepadanya kebahagiaan sesudah bencana yang menimpanya, niscaya dia akan berkata, "Telah hilang bencana itu dariku." Sesungguhnya dia sangat gembira lagi bangga (QS. Hud:10).

Pada ayat yang lain Allah Swt berfirman:

Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia berkata, "Tuhanku telah memuliakanku." Namun apabila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata, "Tuhanku menghinakanku" (QS. al-Fajr:15-16).


3. Tidak bersyukur

Allah Swt berfirman dalam al-Quran:

Dan jika Kami rasakan kepada manusia suatu rahmat (nikmat) dari Kami, kemudian rahmat itu Kami cabut darinya, pastilah dia menjadi putus asa lagi tidak berterima kasih (QS. Hud:9).


4. Kikir dan Berkeluh-kesah

Allah Swt berfirman dalam al-Quran:

Katakanlah, "Kalau seandainya kamu menguasai perbendaharaan-perbendaharaan rahmat Tuhanku, niscaya perbendaharaan itu kamu tahan, karena takut membelanjakannya." Dan adalah manusia itu sangat kikir (QS. al-Isra:100).

Allah Swt juga berfirman:

Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah, dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir (QS. al-Ma`arij:19-21).


5. Lemah

Allah Swt berfirman:

Dan manusia diciptakan lemah (QS. an-Nisa:28).


6. Melampaui Batas ketika Merasa Cukup

Allah Swt berfirman dalam al-Quran:

Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, karena dia melihat dirinya serba cukup (QS. al-`Alaq:6-7).


7. Tergesa-gesa

Manusia terkadang memohon kejahatan dan bahaya, karena dia maujud yang tergesa-gesa.

Allah Swt berfirman:

Dan manusia memohon kejahatan sebagaimana dia memohon kebaikan. Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa (QS. al-Isra:11).

Pada ayat lain Allah Swt berfirman:

Manusia telah diciptakan (bertabiat) tergesa-gesa (QS. al-Anbiya:37).


8. Suka Membantah

Allah Swt berfirman:

Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulangi bagi manusia dalam al-Quran ini bermacam-macam perumpamaan. Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah(QS. al-Kahfi:54).


9. Zalim dan Tidak Bersyukur

Allah Swt berfirman dalam al-Quran:

Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah) (QS. Ibrahim:34).


10. Bodoh

Allah Swt berfirman:

Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh (QS. al-Ahzab:72).


11. Tergoda Kesenangan Dunia

Allah Swt berfirman dalam al-Quran:

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (QS. Ali Imran:14).


Al-Quran berkata:

Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya diri itu selalu menyuruh kepada keburukan, kecuali diri yang diberi rahmat oleh Tuhanku (QS. Yusuf:53).


SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-