welcome..!! thank you for your goodness to visit my blog! don't forget to follow this site! and leave some words and your link..insha Allah I'll follow yours back..

apabila orang Islam sendiri menolak HUDUD.!

Bismillahirrahmanirrahim..
Hari ni ana nak berkongsi dengan blogwalker2 sekalian video-video ini...
Nilai apa yang anda lihat berlandaskan AL-QURAN dan AS-SUNNAH..
Jangan meneliti dengan logik akal semata2...








INGATLAH..!HUDUD ITU BUKAN PAS YANG PUNYA, BUKAN ORANG MELAYU YANG PUNYA, BUKAN TOK GURU YANG PUNYA,, TAPI... ALLAH YAKNI TUHAN SEKALIAN ALAM,, PENCIPTA MAKHLUK YANG PUNYA... siapa makhluk itu??? siapa lagi jika bukan AKU.. KAMU... DAN KITA! Siapa kita untuk menolak dan memperlekehkan kepunyaan Tuhan kita.
SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

*update mengejut


28.11.2011
yaumul isnin. isnin. monday.

alhamdulillah..hari ini ana masih diberi peluang menghirup udara segar di bumi anbiya ini setelah semalaman tanah yang berselimutkan jalanraya di sini dibasahi hujan yang agak kelamaan rebahnya. haha. *bersastera kejap..*
Hari ini, ada pilihanraya kat sini..pergi2 kuliyah,........ muhadharah tak dak...jadi........... kene patah balik lah dari kuliyah.. tapi tak pe.. ade hikmah di sebaliknya... bersenam pagi2 ni... on the way balik dari kuliyah memang mencabar. Penuh dengan lecah dan lumpur.. terjengkit-jengkit.. memang mengajar erti kesabaran betul hari ni.. tapi tak pe.. ade hikmah jugek...
kalau kat Malaysia.. banjir besar.. kami kat sini berbanjir kecil-kecilan...(*boleh pulok..*)
mintak maap le sape yang membace post kali ni.. ana takde idea nak tulis ape.. jadi... berterabur sikit 'ayat-ayat cinta' nyew....

Insha Allah.. 8 jan 2012 ni ana exam.. mohon doa dari semua.. ana budak baru belajar.. banyak kekurangan.. hanya Tuhan Yang Tahu.. takutnye ana....

khulasah(kesimpulaN..)
buat yang mengenali ana.. don weri abaut mi... ana oke2 je di sini.. untuk mak, ayah, dan adik2... ana sayang semua... tiada yang lebih berharga berbanding kalian..*feeling sat..*maafkan ana dari hujung rambut sampai ujung kaki...


SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

kesah ari Jumaat.....

11.11.2011
yaumul Jum'ah.jumaat.friday

Tarikh yang terpilih ini menjadi tarikh keramat bagi seluruh pelajar Islam di Bumi Anbia' khususnya buat pelaja-pelajar negeri Perak yang mencatat pemergian salah seorang pelajar Perak. Almarhum adalah Saudara Fareez Izhar b. Zainuddin. Arwah ditakdirkan meninggal dunia secara mengejut ketika beliau sedang mengikuti sebuah program anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sebagai urusetia program. Beliau menghembus nafas terakhir setelah tiba-tiba jatuh pengsan saat membuat persiapan untuk program qiamullail. Marilah bersama-sama kita doakan agar beliau pergi dalam keadaan yang dirahmati dan husnul khatimah. amin ya rabbal alamin. al-Fatihah.

18.11.2011
yaumul jum'ah.jumaat.friday

Pada tarikh 17/11/2011 Presiden PMRAM 2011/2012 telah memberi taklimat di Wisma Darul Ridzuan(A) tentang panduan keselamatan yang wajib diambil berat oleh setiap pelajar Perak khususnya.Hal ini memandangkan keadaan sekeliling yang semakin membimbangkan disebabkan tarikh pilihanraya kecil-kecilan yang bakal dijalankan pada 28 November ini. Kami ahli Keluarga Pelajar2 Islam Perak Mesir(KPIPM), berharap agar keluarga, sahabat-sahabat dan sanak saudara dapat mendoakan kami sentiasa berada dalam perlindungan dan pertolongan dari Allah s.w.t. amin.
maklumat lanjut: Pekeliling Keselamatan



SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

seorang MAHASISWA

Aku..seorang MAHASISWA.

mahasiswa yang sedang mencari nur ilmiah itu,

yang mana ia tidak mencariku,

tapi dicari oleh aku.


Aku..seorang MAHASISWA.

mahasiswa yang mencari nur fikrah yang padu

dan benar,

yang mana ia tidak mengekoriku,

tapi ia menunggu untuk aku menguasainya.


Aku..seorang MAHASISWA.

mahasiswa yang menjadi harapan mereka

yang berharap,

ayah,ibu, kakak,abang,adik,jiran,dan masyarakat,

mereka menunggu kepulangan yang bermakna dariku..


Aku..seorang MAHASISWA.

mahasiswa yang tidak sanggup untuk meranapkan

sayung harapan mereka..

setelah bertahun-tahun mencurahkan baja untuk

aku semai dan membuahkannya..


Aku.. seorang MAHASISWA.

mahaiswa yang perlu bertanyakan pada diri sendiri,

'siapa aku untuk tidak mahu memegang amanah

sebagai seorang MAHASISWA..'

kerana aku yang meilih jalan itu..


Aku..seorang MAHASISWA.

mahasiswa yang wajib menyedari

bahawa di bahu kanan dan kirinya

tiada lain melainkan tanggungjawab yang

bukan kecil untuk tidak dipandang enteng.


Aku..seorang MAHASISWA.

mahasiswa yang di hadapannya sedang beratur

anak-anak bangsa yang memerlukannya..

anak-anak yang juga bakal mewarisi tempatnya

untuk memandu negara dan bangsa..


Aku..seorang MAHASISWA.

mahasiswa yang di belakangnya tersemi berjuta harapan

yang menuntun kejayaan dan 'tajdid' darinya

tajdid yang mampu mengeuarkan mereka dri belenggu

yang menhancurkan aqidah dan masa depan mereka.


sedarlah wahai MAHASISWA.! mereka di luar sana sedang menunggumu untuk berjaya..

dan bukan menantimu yang sedang berkhayal di dunia nafsumu..

bangkitlah dari tidur untuk mengejutkan mereka yang sedang menantimu dalam kelenaan yang panjang..

wallahu a'lam..


SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

salam dari mesir#part2 oasis:obor mahasiswa harapan



alhamdulillah sudah lebih dari sebulan ana di bumi anbiya' ini..
bagaikan baru semalam ana menjejakkan kaki di sini..
tup tup.. dah berminggu2 dah ana bersama temn2 lain menjalani hidup di sini.
IMTIHAN QABUL
alhamdulillah juga kerana ana baru sahaja selesai dari menjalani ujian 'IMTIHAN QABUL'(ujian kelayakan sbelum diterima oleh pihak universiti)pada 10 oktober setelah kira-kira 4 kali ditunda..insha Allah pasti ada hikmah di sebaliknya.. Semoga Allah memberikan natijah yang terbaik untuk ana dan sahbat2 lain..
OASIS
seusai imithan..pada 11 oktober, ana bersama2 sahabat(akhawat sahaja) serta akhawat dari negeri2 lain (selangor, pahang, perlis,kelantan,johor,kedah, pulau pinang,terengganu dll) dikumpulkan di ISMAILIA GOVERNERATE HOSTEL untuk menghadiri program Obor Mahasiswa Harapan(OASIS) selama 2 hari 2 malam(12-13 okotber).Program ini merupakan program khas untuk mahasiswa mahasiswi baru di bumi Mesir ini.Di dalam program ini.. kami semua didedahkan dengan konsep UKHWAH melalui modul-modul dalam MAB(Mesra Adik Beradik)yang biasanya ita panggil LDK.. Kami juga dibentangkan dengan pelabagi lot termasuk slot RISALAH AL-AZHAR, KENALI PMRAM, PIPINAN BKAN DAN DPM, DIALOG PIMPINAN PMRAM, ISU SEMASA ISLAM, dan IDEALISME MAHASIWA ISLAM.Slot-slot ini justeru telah membuka minda dan wa'yu(kesedaran) ana sebagai peegang status mahasiswi Islam, betapa besarnya tanggungjawab yang harus ana pikul mulai dari detik ini.
Disamping program2 yang padat dan hanya memerlukan kami untuk duduk dan mendengar, tersedia juga PERMATA OASIS(yang mengembalikan kecerdasan dan kecergasan minda). Aktiviti ini boleh juga kita kenali dengan aktiviti luar atau 'treasure hunt'.
Pada malam terakhir, seblum majlis penutup, telah diadakan juga MALAM KESENIAN', dan kumpulan ana dikeendaki melakukan persembahan dikir barat.. memandangkan kami hanya sempat membuat persiapan selama 10 minit, maka hasil persembahannya pun 'bagaikan biji kacang yang dibaling di atas jalan raya'..berterabur!!hehe.. pada pukul 11.15 malam kami bertoalak pulang ke Hayyu Sabik.alhamdulillah kami selamat sampai pada jam 01:30 pagi.
Sepanjang program ini.. ana dielitkan di dalam kumpulan 6 yang dipimpin oleh fasilitator ang penuh dengan kesopanan dan senyuman.. kan NUR LIYANA BT MOHD JOHARI dari KEDAH.Kumpulan ini terdiri daripada peserta-peserta dari BKAN berlainan iaitu..ana dari BKAN PERAK, NORAISYAH MOHD TAIB(PAHANG), NURUL NADIA BT MOHD NASHARUDIN(PAHANG)NURWAHIDA SAIDIN(PENANG),SITI RAKINAH NOOR AZIMI(PENANG),SITI NUR AIN ROSLEE(SELANGOR), SITI SYAKIRAH ISMAIL(SELANGOR), FASIHAH MOHAMAD SANI(SELANGOR),RABIATUL ADAWIYAHSAAD(KEDAH), dan ZAWANI MD.AIN(KELANTAN).

SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-