kesah ari Jumaat.....
seorang MAHASISWA
Aku..seorang MAHASISWA.
mahasiswa yang sedang mencari nur ilmiah itu,
yang mana ia tidak mencariku,
tapi dicari oleh aku.
Aku..seorang MAHASISWA.
mahasiswa yang mencari nur fikrah yang padu
dan benar,
yang mana ia tidak mengekoriku,
tapi ia menunggu untuk aku menguasainya.
Aku..seorang MAHASISWA.
mahasiswa yang menjadi harapan mereka
yang berharap,
ayah,ibu, kakak,abang,adik,jiran,dan masyarakat,
mereka menunggu kepulangan yang bermakna dariku..
Aku..seorang MAHASISWA.
mahasiswa yang tidak sanggup untuk meranapkan
sayung harapan mereka..
setelah bertahun-tahun mencurahkan baja untuk
aku semai dan membuahkannya..
Aku.. seorang MAHASISWA.
mahaiswa yang perlu bertanyakan pada diri sendiri,
'siapa aku untuk tidak mahu memegang amanah
sebagai seorang MAHASISWA..'
kerana aku yang meilih jalan itu..
Aku..seorang MAHASISWA.
mahasiswa yang wajib menyedari
bahawa di bahu kanan dan kirinya
tiada lain melainkan tanggungjawab yang
bukan kecil untuk tidak dipandang enteng.
Aku..seorang MAHASISWA.
mahasiswa yang di hadapannya sedang beratur
anak-anak bangsa yang memerlukannya..
anak-anak yang juga bakal mewarisi tempatnya
untuk memandu negara dan bangsa..
Aku..seorang MAHASISWA.
mahasiswa yang di belakangnya tersemi berjuta harapan
yang menuntun kejayaan dan 'tajdid' darinya
tajdid yang mampu mengeuarkan mereka dri belenggu
yang menhancurkan aqidah dan masa depan mereka.
sedarlah wahai MAHASISWA.! mereka di luar sana sedang menunggumu untuk berjaya..
dan bukan menantimu yang sedang berkhayal di dunia nafsumu..
bangkitlah dari tidur untuk mengejutkan mereka yang sedang menantimu dalam kelenaan yang panjang..
wallahu a'lam..
salam dari mesir#part2 oasis:obor mahasiswa harapan

bagaikan baru semalam ana menjejakkan kaki di sini..
tup tup.. dah berminggu2 dah ana bersama temn2 lain menjalani hidup di sini.
IMTIHAN QABUL
alhamdulillah juga kerana ana baru sahaja selesai dari menjalani ujian 'IMTIHAN QABUL'(ujian kelayakan sbelum diterima oleh pihak universiti)pada 10 oktober setelah kira-kira 4 kali ditunda..insha Allah pasti ada hikmah di sebaliknya.. Semoga Allah memberikan natijah yang terbaik untuk ana dan sahbat2 lain..
OASIS
seusai imithan..pada 11 oktober, ana bersama2 sahabat(akhawat sahaja) serta akhawat dari negeri2 lain (selangor, pahang, perlis,kelantan,johor,kedah, pulau pinang,terengganu dll) dikumpulkan di ISMAILIA GOVERNERATE HOSTEL untuk menghadiri program Obor Mahasiswa Harapan(OASIS) selama 2 hari 2 malam(12-13 okotber).Program ini merupakan program khas untuk mahasiswa mahasiswi baru di bumi Mesir ini.Di dalam program ini.. kami semua didedahkan dengan konsep UKHWAH melalui modul-modul dalam MAB(Mesra Adik Beradik)yang biasanya ita panggil LDK.. Kami juga dibentangkan dengan pelabagi lot termasuk slot RISALAH AL-AZHAR, KENALI PMRAM, PIPINAN BKAN DAN DPM, DIALOG PIMPINAN PMRAM, ISU SEMASA ISLAM, dan IDEALISME MAHASIWA ISLAM.Slot-slot ini justeru telah membuka minda dan wa'yu(kesedaran) ana sebagai peegang status mahasiswi Islam, betapa besarnya tanggungjawab yang harus ana pikul mulai dari detik ini.
Disamping program2 yang padat dan hanya memerlukan kami untuk duduk dan mendengar, tersedia juga PERMATA OASIS(yang mengembalikan kecerdasan dan kecergasan minda). Aktiviti ini boleh juga kita kenali dengan aktiviti luar atau 'treasure hunt'.
Pada malam terakhir, seblum majlis penutup, telah diadakan juga MALAM KESENIAN', dan kumpulan ana dikeendaki melakukan persembahan dikir barat.. memandangkan kami hanya sempat membuat persiapan selama 10 minit, maka hasil persembahannya pun 'bagaikan biji kacang yang dibaling di atas jalan raya'..berterabur!!hehe.. pada pukul 11.15 malam kami bertoalak pulang ke Hayyu Sabik.alhamdulillah kami selamat sampai pada jam 01:30 pagi.
Sepanjang program ini.. ana dielitkan di dalam kumpulan 6 yang dipimpin oleh fasilitator ang penuh dengan kesopanan dan senyuman.. kan NUR LIYANA BT MOHD JOHARI dari KEDAH.Kumpulan ini terdiri daripada peserta-peserta dari BKAN berlainan iaitu..ana dari BKAN PERAK, NORAISYAH MOHD TAIB(PAHANG), NURUL NADIA BT MOHD NASHARUDIN(PAHANG)NURWAHIDA SAIDIN(PENANG),SITI RAKINAH NOOR AZIMI(PENANG),SITI NUR AIN ROSLEE(SELANGOR), SITI SYAKIRAH ISMAIL(SELANGOR), FASIHAH MOHAMAD SANI(SELANGOR),RABIATUL ADAWIYAHSAAD(KEDAH), dan ZAWANI MD.AIN(KELANTAN).
salam dari bumi kinanah.. #part 1

![]() |
| secebis kenangan |
