welcome..!! thank you for your goodness to visit my blog! don't forget to follow this site! and leave some words and your link..insha Allah I'll follow yours back..

salam dari bumi kinanah.. #part 1



assalamualaikum buat blogwalker sEkalian..



alhamdulillah..dapat jugak ana meng'update' blog ni setelah sekian lama menyepi.



alhamdulillah juge, kerana kini ana sudah berada di bumi mesir(ardhu kinanah).Disebabkan masih baru di tempat orang.. ana kekurangan masa untuk menjenguk dan renovate ruangan ini..maklumlah..masih di dalam fatrah(tempoh) menyesuaikan diri..







insha Allah, mulai dari hari ini, ana akan mengubah fokus utama blog ini dengan mengutamakan perkongsian pengalaman ana di bumi anbiya' ini,



sama ada kisah suka mahupun duka,insha Allah.



buat ahli keluarga dan sahabat2 ana yang berada di Malaysia, semoga catatan2 ini menjadi sebuah wadah untuk kita berkomunikasi..memandangkan jarak di antara kita sudah berbeza dari yang dulu..







walaupun 'mainpoint' blog ini sedikit berubah.. namun,insha Allah ia akan menjadi sebuah perkongsian yang bermanfaat buat semua yang sudi membaca.Semoga kita dapat mengambil hikmah dari setiap catitan di sini.amin.



Bak kata orang putih "SHARING is CARING, CARING is LOVING.."







RAMAI YANG BERKATA..



Bumi MESIR ini adalah sebuah tempat yang merangkumi 3 perkara...Musibah, Sabar, dan Redha.. yang mana dapat kita simpulkan ketiga2 nya dari ejaan Arabiah nya.. iaitu.. MIM (musibah), SOD(sabar), dan RA'(redha)..



yang mana ia membawa maksud yang agak meluas..seperti..



di Bumi Mesir ini bagaikan tempat tadahan musibah.. yang diturunkan untuk menguji tahap keimanan diri.. secara tidak langsung mengajar erti keSABARan dalam jiwa..dan pada akhirnya.. memerlukan kekuatan diri untuk REDHA dalam setiap kejadian yang menimpa diri..







Namun.. kesimpulan tersebut sebenarnya boleh dihuraikan dalam bentuk yang lain.. sebagai contoh, MUSIBAH yang menghujani hamba Allah di bumi ini, menguji tahap KESABARAN dan KETABAHAN.. yang mana setelah berjaya untuk kita terapkan nilai keSABARan itu,insha Allah REDHA Allah sentiasa setia mendampingi hambaNya. Jadinya, Musibah itu adalah sebahagian medan untuk meraih KEREDHAAN Allah...







emm... memang banyak konklusi yang dapat kita rungkaikan.. namun ianya tertakluk pada persepsi masing2 untuk menilainya.. jika baik penilaian yang dilakukan.. maka baiklah natijah yang terhasil setelah itu..







Sesungguhnya.. Allah SUDAH MENYUSUN YANG TERBAIK UNTUK HAMBA-NYA.. terserah pada diri kita untuk menyimpulkannya secara baik mahupun sebaliknya..Yang jelas, seorang hamba yang telah menentukan matlamatnya adalah untuk meraih keredhaan ILAHI.. maka, lidahnya tidak akan berhenti memohon kekuatan daripada Allah,, hatinya tidak akan berhenti berharap pada pertolongan Allah.. Akalnya pula tidak akan pernah terhenti untuk bersangka baik pada takdir Allah s.w.t..







Semoga kita sebagai hamba-Nya.. akan sentiasa mendorong diri untuk menjadi sebaik2 'pesangka baik' pada ketentuan Allah..







YAKINLAH pada pertolongaNya dan PERCAYALAH pada hikmahnya..



INSHA ALLAH.. pasti KETABAHAN yang bakal kamu terima..



wassalam...


















secebis kenangan




SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

ost Ramadhan Terakhir(Jangan Lupakan Namaku)



LIRIK JANGAN LUPAKAN NAMAKU

walau aku tidak bersamamu,
jangan engkau lupakan diriku,
walau aku tiada di sisimu,
jangan engkau lupakan namaku,

kerana..aku mengingatimu,
kerana.. aku mencintaimu..

andai aku bisa bertemumu,
dgn senyum kutadah syukurku,
andai aku bisa menyentuhmu,
airmata pasti deras gugur,

kerana..aku merinduimu..
kerana aku sentiasa menyintaimu sepenuh hati..

oo walau kamu jauh di mataku,
jgn aku hilang dlm kalbu,
saat kamu samar mengingati,
jgn aku terus kau lupakan,

kerana aku sentiasa mengingatimu..
kerana aku sentiasa menyayangimu sepenuh hati..

mmmm...
aaaaa...

andai aku bisa memelukmu
pasrah aku tabah diujimu
andai aku bisa dicintai
dgn rela menyerahkan hati

kerana aku merinduimu....
kerana aku sentiasa menyintaimu oo..

SANG BY POMPA BENSIN. Dianggotai oleh:Azma Aizal Yusoof(vokalis),
AG(bass,guitar,keyboards&percussion),Andra Ahmad(vokalis& gitaris),Aidan Haliqa(vokalis)

~karaoke version~

SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

Hey, jom join bloglist Oh! EYFAalias


SALAM SUME..!!Malam nih.. nak ajak blogwalker2 sekalian blogwalking kat blog nih. di..http://eyfaaliasstory.blogspot.com/.
blog nih boleh tahan cutenye.. kalau dah singgah tu.. follow le sekali yew...


Photobucket

orang2 yang kene tag...:

SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

PILIHAN #part1


salam alaik buat semua hamba Allah yang masih diberikan nikmat nafas dan nikmat mata yang membolehkan ia untuk membaca ruangan catatan ini.

selepas berkali-kali ana menukar keputusan dan pilihan yang tidak henti memberi tekanan buat ana memilih yang terbaik..alhamdulillah, kini ana sudah dapat mencapai kata putusnya.

kalau dulu.. sejak dua tahun dulu..
ana adalah antara manusia yang berazam untuk menjejakkan kaki ke bumi kinanah.MESIR.
berbekalkan tekad yang datang dari pengalaman guru2 agama yang rata2nya berlatarbelakangkan intitusi al-Azhar.

setahun yang lepas, ana mula merasa ragu2 untuk melanjutkan impian tersebut kerana tidak yakin yang ana boleh 'catch up' pelajaran di sana.. ana mengambil keputusan untuk hanya tetap di Malaysia.namun, itu tidak lama. memandangkan tekad itu kembali segar setelah disiram pujukan dari guru2..

Tahun ini. dugaan bertambah rumit. 4 kali ana menukar matlamat. ketika bumi mesir dicetuskan dengan rusuhan yang berjaya menarik perhatian dunia.. membuatkan ana sedikit goyah untuk meneruskan niat di hati.. namun di mulut tetap menyatakan ketetapan niat itu.
tambahan pula, ramai yang khuatir andai mesir juga pilihan ana.

disebabkan itu, ana mengambil keputusan untuk mengaplikasi permohonan ke JORDAN.
dengan jurusan SYARIAH ISLAMIYAH. Segala urusan untuk ke sana.. semua telah diselesaikan. termasuklah,medical check up dan pasport.

Beberapa bulan kemudian, sekali lagi cabaran untuk memilih datang menerjah.tatkala hati terasa sudah bergoyang kerana tidak sanggup melihat orang tuaku bersusah payah kelak untuk menampung perbelanjaanku di sana kelak. maklumlah,Jordan dan Mesir itu agak berbeza kos perbelanjaannya.

Kebetulan pada ketika itu.. borang permohonan ke Mesir pula baru dibuka. Ana meminta izin dari emak dan ayah untuk memohon ke situ.memandangkan, keadaan di sana juga semakin membaik.Alhamdulillah..the light shows green.

Dan akhirnya... sehingga kini.. Mesir lah yang bakal ana jejak. Insha Allah minggu kedua selepas raya.. ana akan ke sana..

untuk mempelajari ilmu agamaNya...

ketahuilah. MEMILIH juga.. suatu cabaran.
PILIHAN kita boleh jadi akan tetap sehingga kita benar2 melaluinya..
dan boleh jadi juga ia akan bertukar2 mengikut keadaan dan masa..
buatlah keputusan dan PEMILIHAN mengikut akal dan bukan nafsu semata.
di samping kita mohon petunjuk dari Nya..
Insha Allah.segalanya akan baik.

SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

FAKTA!! (santai sebentar..)


fakta!

1. Your eye is the only part you can not wash with soap.
2. You cannot count your hair.
3. Your tongue can not reach all your teeth.
4. The stupid ones will try the 3rd part.
5. You will smile because your tongue can indeed reach all your teeth.
6. You will laugh because you feel like a fool
7. You will forward this because you had fun and you want revenge.



wahaha.. nampaknye tercapai juga hasrat untuk membalas dendam.. hehe..(kes terkene dengan 'fakta' kat atas nih jugak le...)


SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-