welcome..!! thank you for your goodness to visit my blog! don't forget to follow this site! and leave some words and your link..insha Allah I'll follow yours back..

Hey, jom join bloglist Oh! EYFAalias


SALAM SUME..!!Malam nih.. nak ajak blogwalker2 sekalian blogwalking kat blog nih. di..http://eyfaaliasstory.blogspot.com/.
blog nih boleh tahan cutenye.. kalau dah singgah tu.. follow le sekali yew...


Photobucket

orang2 yang kene tag...:

SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

PILIHAN #part1


salam alaik buat semua hamba Allah yang masih diberikan nikmat nafas dan nikmat mata yang membolehkan ia untuk membaca ruangan catatan ini.

selepas berkali-kali ana menukar keputusan dan pilihan yang tidak henti memberi tekanan buat ana memilih yang terbaik..alhamdulillah, kini ana sudah dapat mencapai kata putusnya.

kalau dulu.. sejak dua tahun dulu..
ana adalah antara manusia yang berazam untuk menjejakkan kaki ke bumi kinanah.MESIR.
berbekalkan tekad yang datang dari pengalaman guru2 agama yang rata2nya berlatarbelakangkan intitusi al-Azhar.

setahun yang lepas, ana mula merasa ragu2 untuk melanjutkan impian tersebut kerana tidak yakin yang ana boleh 'catch up' pelajaran di sana.. ana mengambil keputusan untuk hanya tetap di Malaysia.namun, itu tidak lama. memandangkan tekad itu kembali segar setelah disiram pujukan dari guru2..

Tahun ini. dugaan bertambah rumit. 4 kali ana menukar matlamat. ketika bumi mesir dicetuskan dengan rusuhan yang berjaya menarik perhatian dunia.. membuatkan ana sedikit goyah untuk meneruskan niat di hati.. namun di mulut tetap menyatakan ketetapan niat itu.
tambahan pula, ramai yang khuatir andai mesir juga pilihan ana.

disebabkan itu, ana mengambil keputusan untuk mengaplikasi permohonan ke JORDAN.
dengan jurusan SYARIAH ISLAMIYAH. Segala urusan untuk ke sana.. semua telah diselesaikan. termasuklah,medical check up dan pasport.

Beberapa bulan kemudian, sekali lagi cabaran untuk memilih datang menerjah.tatkala hati terasa sudah bergoyang kerana tidak sanggup melihat orang tuaku bersusah payah kelak untuk menampung perbelanjaanku di sana kelak. maklumlah,Jordan dan Mesir itu agak berbeza kos perbelanjaannya.

Kebetulan pada ketika itu.. borang permohonan ke Mesir pula baru dibuka. Ana meminta izin dari emak dan ayah untuk memohon ke situ.memandangkan, keadaan di sana juga semakin membaik.Alhamdulillah..the light shows green.

Dan akhirnya... sehingga kini.. Mesir lah yang bakal ana jejak. Insha Allah minggu kedua selepas raya.. ana akan ke sana..

untuk mempelajari ilmu agamaNya...

ketahuilah. MEMILIH juga.. suatu cabaran.
PILIHAN kita boleh jadi akan tetap sehingga kita benar2 melaluinya..
dan boleh jadi juga ia akan bertukar2 mengikut keadaan dan masa..
buatlah keputusan dan PEMILIHAN mengikut akal dan bukan nafsu semata.
di samping kita mohon petunjuk dari Nya..
Insha Allah.segalanya akan baik.

SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

FAKTA!! (santai sebentar..)


fakta!

1. Your eye is the only part you can not wash with soap.
2. You cannot count your hair.
3. Your tongue can not reach all your teeth.
4. The stupid ones will try the 3rd part.
5. You will smile because your tongue can indeed reach all your teeth.
6. You will laugh because you feel like a fool
7. You will forward this because you had fun and you want revenge.



wahaha.. nampaknye tercapai juga hasrat untuk membalas dendam.. hehe..(kes terkene dengan 'fakta' kat atas nih jugak le...)


SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

sisters in blogspot...

salam ramadhan untuk semua blogwalkers..!!
syok jugak bile adik beradik aktif ber blogging nih.. walaupun kite2 ni still baru lagi dalam dunia blogging ni...
jom jenguk2 jap ke blog adik aye di http://nasuhalaweyy.blogspot.com ..

haa.. yang ni pulok blog adik aye yang bongsu.. tengok kakak2 dia sibuk meng'edit' dan meng'apdate'blog masing2.. dia pun nak ngikut berblogging.. hehe.. blognye pon masih berada di tahap permulaan.. tapi oke laa.. sebagai permulaan..
jom terjah...http://maisarahzakaria.blogspot.com



SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

satu ogos satu ramadhan..


bismillahirrahmanirrahim..
SELAMAT HARI LAHIR DIUCAPKAN BUAT BONDA TERCINTA.NORIZAH MOHAMED.
SEMOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI. TIADA YANG DAPAT MEMUTUSKAN KASIH DAN SAYANGKU BUATMU..SELAMANYA.. SEMOGA ALLAH MERAHMATIMU SEHINGGA KE AKHIR HAYATMU..

MOHON AMPUN DARI ANAKANDAMU YANG PENUH DENGAN KELEMAHAN DAN KESILAPAN... SEMOGA TIADA LAGI LUKA YANG AKANKU GURISKAN PADA HATIMU.

AKU MENYAYANGIMU SELAMANYA..
SEMOGA ALLAH MENYAYANGIMU MELEBIHI CINTAMU BUATKU..
KERANA HANYA CINTA-NYA SAHAJA YANG AKAN DAPAT MENJAGAMU SEPENUHNYA.

ANAKANDAMU INI AKAN SEDAYA UPAYA MENGEMBALIKAN SENYUMANMU..
KERANA SENYUMANMU ADALAH MIMPI DAN PEMANDANGAN TERINDAHKU DALAM HIDUP ANAKMU INI..
JIKA HILANG SENYUMANMU ITU..MAKA HANYA HITAMLAH SELURUH PANDANGANKU.

YA ALLAH.. KASIHILAH BONDAKU SEPERTIMANA BELIAU TELAH MENGASIHI DAN MENYAYANGIKU SEJAK KECIL.
KURNIAKANLAH ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH BUATNYA.
SERIKAN HIDUPNYA DENGAN NILAI KEBAHAGIAAN DARI SUAMI DAN ANAK-ANAKNYA.AMIN.

SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-