welcome..!! thank you for your goodness to visit my blog! don't forget to follow this site! and leave some words and your link..insha Allah I'll follow yours back..

RAHSIA HATI..

aku sering bersua muka dengannya.. tetapi tanpa sebarang interaksi mahupun senyuman..
yang ada hanyalah pandangan yang sering dilarikan tatkala ia bertembung tanpa sengaja mahupun sebaliknya... tetapi entah mengapa.. ianya seperti ada suatu 'aura' yang membuatkan jantung aku bergoncang deras..

selama ini aku berfikir hanya aku sendiri yang sedar tentang hal ini.. yang mana ia membuatkan aku sangat malu untuk menyatakannya kepada sesiapapun.. sehingga aku mengambil keputusan untuk hanya mendiamkan dan memendam apa yang aku rasakan..

tambahan pula aku tidak mahu mengambil langkah terburu2. dalam masa yang sama.. aku tidak yakin akan kejayaan hubungan dalam diam ini.. mungkin juga kerana perbezaan umurku dengannya.. lebih kurang 10 tahun jauhnya.. apakah diakhirnya nanti..? dengan situasi aku yang belum tamat belajar.. mungkin aku hanya mampu bermimpi untuk mendapatkannya...

melihatkan sikap serta akhlak yang sering diceritakan oleh kedua orang tuaku yang sering berurusan dengannya.. membuatkan aku semakin mengaguminya.. tetapi aku hanya pasrah pada takdir yang Maha Esa... kerana jodoh itu tiada siapa yang dapat mengetahuinya... kecuali Sang Pencipta...

aku diam dan terus diam...
setelah dua tahun menyepi dek kerana aktivitiku yang sering sibuk sementara masih belajar di universiti di luar negara.. aku disapa dengan mesej dari ayahku di ruangan facebook... yang berbunyi 'ada kejutan di rumah nanti...'..memandangkan aku memang bercadang untuk pulang ke tanah air . jadi aku segera menyelesaikan urusan untuk berangkat pulang bersama seorang sahabatku yangmana dia juga adalah jiranku..

ayah berkeras untuk tidak memberitahuku apakah alasan sebenar ayah berkata sedemikian...
sehinggalah pada malam itu.. ayah memberitahuku bahawa ada yang datang merisik aku...
masya Allah.. terkejut besar aku dibuatnya...
setelah ayah memberitahu gerangan yang merisik itu.. air mata aku hampir jatuh ke tanah..
bagai mahu meletup saja kepalaku ini.. bukan kerana sedih.. tapi kerana kegembiraan yang teramat sangat...
Allah sedang menjawab HARAPAN yang aku simpan hampir 4 tahun ini... yang hanya bicarakan dalam hati...

Ayah yang tidak mengetahui isi hatiku sejak 4 tahun itu.. tidak berharap persetujuan aku.. memandangkan aku masih belajar lagi.. tetapi...Ayah malah menyuruh aku untuk beristikharah.

***
Alhamdulillah setelah 2 tahun setengah aku diikat dengan tali pertunangan bersamanya..
aku kini sedang menunggu saat yang paling mendebarkan oleh setiap wanita yang pernah melalui situasi majlis akad nikah...
dengan sekali lafaz.. aku kini berjaya memilikinya...
tanpa sepatah kata cinta antara aku dan dia...
tanpa ada yang mengetahui rahsia hati antara aku dan Dia..

setelah menikah.. barulah aku tahu rahsia hatinya..
rupanya.. cerita hati kami mirip dan hampir serupa... dia telah mula berhasrat mengkhitbahku sejak kami bersua muka kira2 6 tahun lalu... yang berbezanya... ibunya terlebih dahulu mengetahui rahsia hatinya... sedang aku.. hanya Allah yang tahu... sehinggalah saat ini...
Kini.. kami SALING MEMILIKI...

*alhamdulillah.....atas rahmatnya..


SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

SEDIH..

bismillahirrahmanirrahim...
macam-macam komentar dari rakyat Malaysia tentang perhimpunan BERSIH..
ada yang sokong.. ada yang memaki hamun dan bertindak melontarkan kata2 yang KOTOR kepada peserta2 BERSIH..
namun ada juga yang mengatakan ini adalah suatu yang BIDAAH..
yang tidak mahu ambil tahu langsung juga tidak mustahil ada..

tetapi.. bagi saya.. semua makhluk Allah yang bernama manusia itu harus menilai mengikut mentaliti yang waras dan melihat dari segi aspek yang bukan dari satu sisi sahaja..
ramai yang sibuk mengata dan memaki hamun, sedang mereka hanya melihat peserta Bersih ini sebagai orang yang tidak pandai bersyukur di atas keamanan dan kedamaian di dalam negara ini dan sebagai rakyat yang menderhaka kepada pemerintahnya..

sedang Yang diPertuan Agong juga tidak pernah melarang.. bahkan Baginda juga menasihati agar menjaga tatasusila dalam perhimpunan tersebut..
namun.. tatasusila yang dijaga inilah yang tidak dihormati oleh pihak yang kononnya berkuasa di dalam perhimpunan ini..
sepak terajang, pukul memukul orang yang jelas tidak melawan atau menyerang mereka..
sedih melihat rakyat yang kononnya diutamakan oleh KERAJAAN..diperlakukan seperti merekalah PENGGANAS yang menceroboh masuk ke negara mereka ini..
seperti mereka tidak punya langsung HAK untuk bersuara..
lagi menambah sedih dan terkilan adalah apabila mereka2 yang bermaharajalela dengan status kuasa mereka itu dipuji-puji dan dibangga-banggakan oleh pemimpin yang berada di dalam suatu pasukan 'YANG TIDAK PERNAH KALAH' dalam pertandingan..
sedang mustahil baginya untuk tidak melihat apa yang telah diperlakukan oleh ORANG-ORANG SURUHANnya itu..ke atas RAKYAT yang diUTAMAKAN sebelum ini..

masya Allah..

seperti tidak percaya bahawa petugas beruniform di dalam video di atas ini adalah rakyat Malaysia yang berstatus Islam majoritinya..
sedih..sedih..

ini bukanlah sebagai luahan rasa tidak puas hati, tapi sekadar untuk berkongsi pandangan yang mungkin juga akan menimbulkan rasa kurang senang.. tapi inilah yang ingin sekali saya lepaskan dari benak tentang kesedihan yang terlampau melihat keZALIMan yang dilihat keBERANIan SEJATI ini...
jika ada yang bertanyakan pendapat saya tentang peristiwa ini..
dua perkataan saja yang ingin saya nyatakan..
SEDIH..dan ZALIM..


al-Fatihah buat pejuang BERSIH, Allahyarham Baharuddin Ahmad yang telah meninggal dunia di dalam perhimpunan itu.. akibat lemas dalam asap beracun yang dilepaskan oleh 'WIRA-WIRA NEGARA'..

Peserta-peserta BERSIH bukanlah sengaja mencetuskan huru hara..
mereka bukanlah sengaja mencari maut..
TETAPI..mereka ingin menuntut KEBENARAN yang seakan ditakuti oleh pihak yang membuat PROVOKASI..
jika tiada perhimpunan ini.. adakah tuntutan ini mahu didengar oleh kerajaan..?
adakah pihak kerajaan ini telah mula menguburkan SISTEM DEMOKRASI yang selama ini menjadi sistem di negara ini?

HARTA itu hanya INDAH saat nafas masih ada untuk menggerakkan tubuh..
KUASA itu hanya INDAH saat nyawa masih diberi oleh Tuhan..
HARTA akan HILANG serinya.. saat tubuh berada di liang lahad..
KUASA akan ..HILANG harumnya.. saat talkin dibacakan di atas kuburmu..

renung2kan..


perhimpunan BERSIH di MESIR..

SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

indahnya CINTA yang bersenikan DIAM..


bismillahirrahmanirrahim...

CINTA..
setiap makhluk yang berstatus manusia itu sering berharap dan berimpikan agar akan ada sebuah cerita cinta akan muncul dalam jalan hidupnya... walaupun hanya sekelumit..
namun dalam agama ISLAM sendiri tidak pernah menafikan atau menghalang fitrah itu dari hidup dalam hati insan milikNYA..
bahkan.. ISLAM sendiri disebarkan adalah untuk meluaskan kata CINTA kepada seluruh umatnya...
CINTA kepada Tuhan.. CINTA kepada AGAMA..dan lain2 lagi..

NAMUN.. yang ingin dibicarakan di ruangan ini adalah CINTA seorang LELAKI kepada WANITA..
mahupun CINTA seorang WANITA kepada seorang LELAKI..
yang mana ceritera CINTA yang melibatkan dua belah pihak ini telah begitu luas melopori segenap masyarakat sama ada.. yang beragama ISLAM mahupun bukan..

mungkin kisah PUTERI Baginda RASULULLAH saw.. iaitu SAIDATINA FATIMAH dan suaminya SAIDINA ALI.. ini bisa meninggalkan iktibar dan panduan buat mereka yang sedang atau akan merasai perasaan jatuh cinta..

Saidatina Fatimah adalah seorang gadis yang sangat menjaga maruah dan peribadinya, punya rupa paras yang cantik apatah lagi dalam ibadahnya... hasil didikan ayahandanya yang begitu utuh pada agama..

ALI MERASA TIDAK LAYAK
peribadi beliau ini membuatkan hati SAIDINA ALI tertarik untuk menyuntingnya...
namun.. setelah mendengar perkhabaran bahawa Abu Bakar melamar Saidatina Fatimah, hal itu betul2 telah membuatkannya begitu tersentap..dan merasakan tiada harapan untuknya..melihatkan peribadi Abu Bakar yang jauh lebih hebat darinya.
Hatinya sedikit lega apabila beliau mendapat tahu,,lamaran Abu Bakar telah ditolak secara baik oleh Rasulullah.. peluang buatnya masih terbuka.. dan ini menaikkan semangat Ali untuk mempersiapkan diri.
Tetapi sekali lagi niat Ali teruji dengan perkhabaran bahawa Umar al-Khattab, seorang sahabat yang gagah dan berani pula telah mengajukan lamarannya buat Fatimah.. dan ini membuatkan Ali redha kerana merasakan Umar lebih layak darinya..



SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

untungnya disayangi lelaki...tapi..

bimillahairrahmanirrahim..
diharapkan catatan kali ini..bisa memberi manfaat dan pedoman buat diri ini dan buat yang sudi membacanya..
insha Allah..

"untungnya dia.. ada orang sayang..."
"untungnya dia..ada buah hati yang hensem.."
"untungnya dia.. ada orang 'caring' and suka kat dia..."

untung..untung..untung..! itu sahaja yang ada pada fikiran remaja bila ada sahaja teman-teman lain yang punya 'kelebihan' yang mana tidak dimilikinya..
jika itu juga yang sedang anda letakkan dalam fikiran anda.. 
hentikan dan buangkanlah ia jauh-jauh..
berhentilah merasa rendah diri dan cemburu pada mereka yang punya 'kelebihan' itu..
kerana pada hakikatnya..
untungnya wanita itu adalah apabila dirinya disayangi dan tidak dimurkai oleh Allah..
dek kerana iman dan maruah dirinya yang sentiasa dipelihara dari  godaan sang lelaki yang bukan suaminya..


SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

Sang Pencerah membuka minda..

bismillahirrahmanirrahim..



:::SANG PENCERAH:::
sebuah filem berbentuk biografi seorang tokoh yang dikenali sebagai KH Ahmad Dahlan di tanah Yogjakarta.


SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-