welcome..!! thank you for your goodness to visit my blog! don't forget to follow this site! and leave some words and your link..insha Allah I'll follow yours back..

09 05 11..

bismillahirrahmanirrahim...
hari ni tanggal 10 mei... Siti nak ceghite pengalaman amik lesen kereta... hehe.. bukan ape.. Siti dah tak tau nak posting ape.. jadi boley la amik pengalaman yang tak seberapa ni untuk perkongsian dengan sahabat2 sekalian.. mane tau ade teman2 yang perlukan panduan atau pengalaman untuk ambik lesen kereta ni..hehe.. ape salahnye Siti berkongsi cerite ni kann..


bulan 3 aritu..Siti dah ambik lesen motor.. alhamdulillah.. setelah tiga kali jatuh waktu latihan.. akhirnya lulus jugak..ngee... sabo je laa.. tapi bile pikir2 balik.. rase macam bagus jugak accident waktu belajar tu... sekurang2nye.. Siti boleh jadi seorang yang lebih berhati2... daripada jatuh time test JpJ... fuyyoo..lagi parah..hehe.. segalanya ade hikmah di sebaliknya...


mula2.. tak terpikir pon nak ambik lesen kereta.. tapi bile adik Siti dah ambik lesen kereta.. terus ayah suruh Siti ambik lesen jugak... senang kalo nak pi belajar nanti..dah abis belajar.. n then koje.. bile dah berduet sikit.. beli kerete.. dah boleh terus bawak.. tak payah nak ambik lesen lagi dah..


waktu mula2 daftar kat pejabat Driving School tu.. tetibe rase semacam plak takutnye nak belajo kereta..
mane taknye... adik Siti yang baru lepas test jpj tu.. asyik menyakat je.. itu susah la..ini susah la.. emm sabo jela.. sampaikan hari nak pi test jpj pon.. dia dok menyakat lagi...hrmm..


erm.. malas laa.. nak berceloteh panjang.. main pointnye..sebenarnye..nak citer pengalaman mengadap muka 3 orang Pegawai jPj..hehe.. emm Siti dapat nombor giliran yang 17.. daripada 20 orang... em.. giliran yang selesa la jugak.. tapi masa tu berlalu cepat sangat.. tetibe pak cik yang membantu pegawai tu pon panggil nombor 17!!... dengan tenangnye..Siti pon pi laa ngambik kereta kancil yang tersedia kat depan pondok menunggu tu.. em.. bukannye Siti ni pro sampai tak rase gubra.. tapi Siti memang jenis macam tu.. neves time menunggu je.. time dah sampai giliran.. perasaan tu tetibe hilang... Siti pon tak tau nape..


waktu tunggu tu..seram jugak rasenye.. tengok orang naik bukit.. ade yang tersangkut.. Siti memang susah sikit kat bukit.. asyik mati enjin jea... erm...Tuhan aje yang tau neves Siti tahap mane waktu tu.. sebab yang gagal kat bukit tu... lelaki plak tu... erm.. kat parking plak.. ramai bebeno yang terlanggar tiang.. yang adjust sampai dekat 10 minit pon ade... nasib pegawai tu bagi can kat dia... Alhamdulillah.. Allah permudahkan semuanye bagi Siti... lepas Siti berjaya buat test kat bukit.. sebelum masuk lorong parking tu.. Siti kene berhenti n pegi kat pegawai jPj tu untuk ambik borang test kat bukit tu... ingatkan pegawai tu..garang and strict laa.. tetibe dia bersuare.. ingat nak tegur kesalahan ke ape, rupenye.. just nak cakap.." adik takut ke..?? jangan le takut.. buat biase jer.. nanti kat sana(parking) buat elok2 yea.." dia menyapa dengan lemah lembutnye... emm.. hanye mampu senyum je waktu tu.. tak tau nak jawab ape..jawap pon sepatah aje..


waktu nak masuk kereta untuk test jalan raye pon same... mule2 masuk tu... Siti bagi le salam.. ingatkan dia akan jawab dengan garangnye.. or.. hanye jawab dalam hati. tapi dengan sopannye.. dia menjawab "wsalam...".. Emm.. mule2 nak gerak tu.. takut jugak.. takut kene marah dengan pegawai tu.. tapi bile dah keluar dari gate driving skool tu.. neves tu slowly pegi jauh2.. alhamdulillah.. Siti dapat jalan yang mudah.. jalan A.. Siti pon dengan lagak pro-nye.. bawak dengan steady je..hehe.. ye ye la tu.. padahal dalam hati Allah je le yang Tahu.. risau kalau2.. dia akan keluarkan instruction yang menakutkan.." cik.. bagi signal dan berhenti...!" wa.. itu kate2 keramat bagi seorang pegawai jPj jalan raye.. emm.. alhamdulillah.. Siti tak kene macam tu.. maklum laa.. waktu Siti tengah tunggu giliran test bahagian bukit parking tadi.. tetibe Siti nampak sebuah kereta kancil masuk dengan lajunye ke dalam driving skool tu.. ingatkan ade calon yang nak tunjuk pro laa.. bawak laju2.. ghupe2nye.. yang drive kereta tu.. pegawai jPj ... mungkin calon tu dah gagal dan disuruh berhenti oleh pegawai jPj tu..sebab bagi calon yang gagal atau telah melakukan kesalahan berat akan disuruh untuk berhenti serta merta.. dan pegawai jPj tu yang akan drive bawak balik ke skola memandu.. yang buat cuak calon2 yang menunggu tu.. adalah apabila.. calon yang keluar dari kereta tersebut adalah lelaki... emm.. segala puji bagi-Nya.. Siti dapat habiskan perjalanan sampai ke destinasi dengan selamat.. bile dah sampai.. pegawai jPj tu.. komen la tentang driving skill Siti.. alhamdulillah.. Siti lulus..


Inilah antara pengalaman yang berharga buat Siti.. sebab Siti tak sangka Allah akan permudahkan perjalanan Siti selancar itu... subhanallah... mungkin berkat doa parents dan rakan2.. ayah pon banyak bagi tips kat Siti.. kawan2 pon ade.. alhamdulillah.. tips2 tu membantu Siti untuk tidak terlalu gementar..
dan bagi sahabat yang takut atau tidak berani untuk ambik lesen kereta.. beranikanlah diri untuk mencubanya.. gunakan peluang belajar itu dengan sebaik mungkin.. dan jangan malu bertanye... insha Allah.. Allah akan sentiasa bersama kita selagi mana kita percaya dan berharap pada Nya..
dan antara pengajaran yang dapat Siti selitkan adalah.. jangan mudah memanipulasikan sesuatu kebiasaan yang berlaku pada orang lain akan berlaku pada diri kita.. kerana Allah yang mengaturkan segalanya.. asalkan kita percaya pada kebolehan diri sendiri dan yakin dengan pertolongan-Nya.. dan juga... jangan mudah menilai seseorang dari khabar angin atau melalui pandangan pertama.. kerana boleh jadi mereka yang buruk di pandangan kita..adalah insan yang terbaik dari sisi orang lain yang telah mengenalinya.. dan begitu juge di sebaliknya.. contohnye.. macam cerita pegawai jPj tadi... selalu dengar cerita dari orang lain yang pegawai jPj ni garang laa.. bengis laa.. sedangkan mereka juga adalah manusia.. yang mana selalu saje ade kelemahan dan kelebihan tersendiri.... ade yang mengamalkan budi bahasa yang baik serta tutur yang cantik.. begitu juge kontranye.. ade juge yang bertindak mengikut perasaan melulu...


apa2 pon..Siti say good luck untuk sahabat2 yang akan melalui pengalaman sebegini... ... dan bacalah "rabbi yassir wala tu'assir ya karim" seberape banyak yang mungkin sementara menungu giliran..inshaAllah.. pertolongan dari Nya.. sentiasa tersedia..
harap maaf.. andai Siti tersalah bicara dan tersalah menyusun kata..




PERCAYALAH..AKAN QUDRAT-NYA... TANPA ADA RASA RAGU ... KERANA TIADA YANG MUSTAHIL BAGI YANG MAHA KUASA...
SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

adakah bahagian belakang tapak tangan wanita itu aurat?


Para ulama secara majoriti telah bersepakat berdasarkan dalil-dalil yang ada untuk menetapkan bahawa batas aurat seorang wanita adalah seluruh tubuhnya, kecuali wajah dan kedua tapak tangan. Dalam bahasa arab, disebutkan jami’u badaniha illa al-wajha wal kaffaini (seluruh tubuhnya kecuali wajah dan dua tapak tangan).
Mungkin yang jadi titik masalah di sini adalah tentang istilah telapak tangan. Dalam bahasa Indonesia, kalau al-kaffaini diterjemahkan sebagai telapak tangan, sebenarnya bukan penterjemahan yang tepat. Sebab yang dimaksud dengan al-kaffaini adalah tapak tangan, mencakup bahagian dalam (bathinul kaff) dan juga bahagian luar atau punggung  (zhahirul-kaf). Sedangkan bila diterjemahkan dengan telapak tangan, maka yang dimaksud hanya bahagian dalam tapak tangan saja.
Penerjemahan yang tepat adalah tapak tangan yang mencakup bahagian dalam dan luarnya. Sehingga batas mulainya aurat adalah pada pergelangan tanganya (ar-risghu).
Dengan demikian, ketika ada seorang wanita shalat dengan terlihat punggung tangannya, belum termasuk terlihat auratnya. Sebab punggung tangan bukan termasuk aurat, jadi memang boleh terlihat.
Sebagai sebuah perbandingan, mungkin anda masih ingat bahawa seorang wanita yang hendak dilamar diperbolehkan memperlihatkan wajah dan kedua tapak tangannya. Tentu bukan hanya bahagian dalamnya saja yang boleh dilihat, tetapi punggung tangannya termasuk yang boleh dilihat juga. Sebab punggung tangan memang bukan termasuk aurat.
Khilaf Para Ulama Tentang Batasan Aurat Wanita dalam Shalat
Sebenarnya kalau mahu lebih diperdalam lagi, masih boleh kita dapati beberapa perbezaan sederhana dari pandangan para ulama tentang batasan aurat wanita dalam shalat. Beberapa di antaranya yang dapat kami sebutkan di sini antara lain:
a. Mazhab Hanafiyah
Menurut mazhab ini, batas aurat wanita adalah seluruh tubuhnya, kecuali bathinul kaffaini (bahagian dalam tapak tangan) dan dzahirul qadamaini (bahagian luar tapak kaki). Maka shalat dengan terlihat bahagian dalam tapak tangan hukumnya boleh. Sebagaimana bolehnya terlihat kedua tapak kaki bahagian luar hingga batas mata kaki.
b. Mazhab Malikiyah
Dalam mazhab ini ada dua macam aurat, yaitu mughalladzah (berat/besar) dan mukhaffafah (ringan/kecil). Aurat mughalladzah batasnya antara pusat dan lutut. Sedangkan aurat mukhaffafah antara seluruh tubuh kecuali wajah dan kedua tapak tangan luar dan dalam.
Kemudian batasan itu dikaitkan dengan hukum batalnya shalat lantaran terbukanya masing-masing jenis aurat ini. Bila yang terbuka auratmughalladzah, shalatnya batal dan dia wajib mengulangi shalatnya dari awal lagi. Hal itu seandainya dia mampu menutupnya tapi membiarkannya saja.
Sedangkan bila yang terbuka aurat mukhaffafah, shalatnya tidak batal, meskipun membiarkannya hukumnya haram atau makruh. Dan dia pun tidak wajib mengulang shalatnya, hukumnya sebatas mustahab (dianjurkan) untuk mengulangi shalat seandainya waktunya masih tersisa.
c. Mazhab Asy-Syafi’i
Menurut mazhab ini, batas aurat wanita adalah seluruh tubuhnya, kecuali wajah dan kedua tapak tangan, dzhahiruhma wa bathinuhuma. Maksudnya yang bukan termasuk aurat adalah wajah dan kedua tapak tangan baik bahagian dalam maupun bahagian luar. Maka shalat dengan terlihat wajah dan kedua tapak tangan bahagian dalam dan luar hukumnya boleh, kerana bukan termasuk aurat.
d. Mazhab Hambali
Menurut mazhab ini, batas aurat wanita adalah seluruh tubuhnya, kecuali hanya wajahnya saja. Sedangkan kedua tapak tangan baik bahagian dalam tapak tangan bahagian luarnya termasuk aurat. Maka di dalam shalat yang boleh terlihat hanya wajahnya saja, sedangkan tapak tangan luar dalam termasuk aurat yang wajib ditutup.




SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

sanah hilwah ya abi....!! sayang ayah..

bismillahirrhamanirrahim...
hepi befday ayah...! itu antara ucapan selamat hari lahir yang teman ucapkan pada ayah teman yang tercinta.. melalui SMS.. hehe... teman jarang kalo nak wish face to face.. segan..heee...


semoga Allah merahmati dan memberkati beliau di dalam setiap langkahnya.. kerana dengan langkah itu.. beliau bersusah- payah mencari rezeki.. membesarkan 4 orang anak bersama seorang isteri..


hanya Allah sahaja Yang Maha Tahu.. betapa besarnya pengorbanan seorang AYAH.. 
dengan harapan agar anak2 nya berjaya di dunia dan akhirat..


namun apakah aku sebagai anaknya.. telah berusaha sehabis mungkin untuk membantu kejayaannya di dunia dan akhirat..? kejayaan membina anak soleh dan solehah.. adakah aku akan menjadi kejayaannya kelak...?


semoga itu akan menjadi kenyataan...? insha Allah ayah.. anak sulung ayah ni akan berusaha sebaik mungkin untuk menghadiahkan kejayaan itu pada ayah.. cume doa ayah yang anak ayah ini pinta dari ayah..


kuharap.. bukan kejayaan di dunia sahaja yang aku bisa berikan pada ayah..
tapi kejayaan paling besar di akhirat itu yang kudamba untuk kuhadiahkan buatmu...amin..


AYAH..
akak doakan ayah akan sentiasa diberi kemudahan di dalam setiap pekerjaan ayah..
semoga setiap hasrat, cita2, dan harapan ayah akan direalisasikan oleh-Nya..
semoga ayah akan diberikan kepanjangan umur dan dikurniakan keberkatan hidup..
akak doakan ayah akan dihadiahkan keturunan yang hanya berpaksikan aqidah yang teguh...
amin ya rabbal alamin...




Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah:
Wahai Tuhanku..! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil..(surah al isra':23-24)

SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

teman tak tau nak post ape daaa.....

assalamualaikum sume....


sihat ke kome2..? hehe.. rasenye dah lame sangat dah tak posting baru.... tak tau nak post ape laa... erm... asal nak taip je.. padam balik... asal nak taip jea padam balik... heh.. sampai bile2 x abeh2 naipnye... ermm.. tapi tak pe.. nti2 ade la kowt idea dan ilham nak posting ape... heee.. doa2 le yea... semoga ilmu yang akan datang lebih bermanfaat dan datangnye dari nukilan teman sendiri yea... wassalam...


SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

Diet Rasulullah

~Diet Rasululah..~

Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi 
bersama 
dengan kawan2 semua

Rupa2nya tanpa kita sedo, dalam 
makanan yg kita 
makan sehari2, kita tak
boleh main balun aje? sebab itulah 
terjadinya 
penyakit kencing manis,
lumpuh, sakit jantung, keracunan 
makanan dan 
lain2 penyakit apabila kita
telah tua nanti. Apabila kawan2 
telah mengetahui 
ilmu ini, tolonglah
ajarkan kepada yg lain2nya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW 
kita juga. 
Ustaz Abdullah Mahmood kata,
Rasullulah tak pernah sakit perut 
sepanjang 
hayatnya kerana pandai jaga
pemakanannya sehari2. apa kata kita 
ikut 
diet ini 
kawan2. tak payahlah
susah2 makan pil untuk kurus? 
Insyaallah kalau 
kawan2 ikut diet Rasullullah
ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit 
perut ataupun keracunan makanan.


Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + 
DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU 
CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS 
MAKAN NASI , SEBALIKNYA 
MAKAN BUAH 
TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN 
TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL 
MAKAN MALAM . 
SESIAPA YG TINGGAL MAKAN 
MALAM DIA
AKAN DIMAKAN USIA DAN 
KOLESTEROL DALAM 
BADAN AKAN BERGANDA.


Nampak memanglah pelik.. tapi, 
kalau tak percaya... kawan2 cubalaa.....
.......... ......... ......... .
Ianya takdelah dalam jangka 
masa terdekat nie.... 
Ianya berkesan bila kita
sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang 
kita makan makanan 
darat bercampur dengan
makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan 
ikan bersama susu. 
di kuatiri akan cepat
mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang
 menjumpai dimana 
dalam badan ayam
mengandungi ion+ manakala 
dalam ikan 
mengandungi ion-, jika dalam 
suapan
ayam bercampur dengan ikan 
maka terjadi 
tidakkan balas biokimia yang
terhasil yang boleh merosakkan 
usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah...


Al-Quran Juga ada mengajar kita 
menjaga 
kesihatan spt membuat
amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang 
kurangnya 
sejam sebelum matahari naik.
Air sejuk
yang meresap kedalam badan boleh
mengurangkan 
lemak mengumpul. Kita boleh
saksikan orang mengamal mandi 
pagi kebanyakan
 badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum 
segelas air sejuk 
(bukan air ais) setiap pagi.
Mujarabnya Insayallah jauh dari 
penyakit 
(susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan 
kita bertafakur (iaitu sujud sekurang
kurangnya seminit selepas membaca doa). 
Ia boleh mengelak dari sakit pening
atau migrin.. Ini terbukti oleh para saintis 
yang 
membuat kajian kenapa
dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli 
sains 
telah menemui beberapa
milimeter ruang udara dalam saluran
darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. 
Dengan bersujud maka darah akan
mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan 
tangan dan bila habis hendaklah
menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah
 menjumpa bahawa enzyme banyak
terkandung di celah jari jari, iaitu 
10 kali ganda terdapat dalam air liur.
(enzyme sejenis alat percerna makanan, 
tanpanya makanan tidak hadam)
Wassalam...

Sama2lah kita mengamalkannya. ......

WallahuA'lam

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang 
siapa menyebarkan ilmu demi
kebaikan insyaallah Allah akan 
menggandakan 
10 kali kepadanya.

SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-