welcome..!! thank you for your goodness to visit my blog! don't forget to follow this site! and leave some words and your link..insha Allah I'll follow yours back..

Kata paku dulang serpih,,,

bismillahirrahmanirrahim,,,, alhamdulillah,, hari ini,, ana nak kongsikan sebuah artikel yang ana petik dari iluvislam.com,,, insya Allah pasti membuahkan kesedaran dan pengajaran yang baik buat semua,,,


Lebih dua minggu saya tidak menulis di blog. Suatu jarak yang agak lama bagi saya. Banyak post yang berhabuk di draft, hanya dibiarkan. Adakah kerana tak ada idea? Tak ada mood hendak menulis? Entahlah... mungkin saya hanya mahukan apa yang ditulis itu benar-benar sampai maksudnya kepada pembaca. 


Beberapa hari sebelum ini, saya terbaca sebuah blog. Apa yang ditulisnya sangat menusuk hati. Teguran ditujukan kepada mereka yang mempunyai blog, yang mungkin sudah merasa puas dapat melakar sebuah hikmah di jari-jari dan dikongsikan di blog masing-masing, namun adakah yang ditulis itu sudah benar-benar diinsafi diri sendiri? Mungkin sahaja bagi pembaca, mereka berkata "Ah, kau hanya pandai berkata-kata, tapi perangai sama sahaja."



Sejauh mana yang menulis itu sendiri memahami dan menginsafi apa yang dituliskan? Serajin-rajin kita memberi nasihat dan teguran kepada orang lain, seberapa banyak pula dosa-dosa diri sendiri ditangisi dan diperbaiki serta diinsafi?



Teguran yang mungkin tidak dikhususkan kepada sesiapa, namun banyak iktibarnya. Hmm... Baru-baru ini, ada perjumpaan dengan adik-adik, akhwat yang dikasihi, yang baru menyertai keluarga besar sebuah persatuan di UNPAD. Dalam perjumpaan itu, sepotong ayat al-Quran dikongsikan bersama adik-adik:


"Wahai orang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan." 
(Surah as-Saff: Ayat 2-3)


Terfikir, adakah diri sendiri sudah melaksanakan apa yang diperkatakan?  Baru-baru ini juga, semasa tazkirah harian di Caspel usai solat Maghrib, pada hari itu dibincangkan hadis ke-36 daripada hadis 40 himpunan Imam An-Nawawi; berkenaan amal-amal kebajikan dan balasannya. Antara intipati hadis ialah:


1. Anjuran menghilangkan kesusahan orang mukmin,

2. Menutup aib sesama muslim,

3. Sentiasa menolong saudaranya,

4. Mencari ilmu dan pahala serta ganjaran Allah di sebaliknya; dan

5. Ketinggian nasab tidak dapat membantu menampung amal yang kurang.


Dalam Syarah Arba'in Imam An-Nawawi oleh Imam An-Nawawi, Imam Ibnu Daqiq, Syeikh Abdurrahmad as-Sa'di dan Syeikh Muhammad Al-Uthaimin; berkenaan hadis ini, dimuatkan sebuah syair:


Nasihat pemberi nasihat tidak akan diterima

sehingga hatinya terlebih dahulu memahaminya.

Wahai kaum, adakah yang lebih zalim daripada pemberi nasihat, 

yang menyelisihi apa yang disampaikannya dalam keramaian, 

ia menampakkan kebaikannya di hadapan manusia?

Sementara menyelisihi Yang Maha Pemurah ketika sendirian...


Terasa seperti ditusuk-tusuk hatiku saat membaca bait-bait syair itu. Astaghfirullah... Sememangnya, kita disuruh untuk menyembunyikan aib kita dan orang di sekeliling kita.Namun itu tak patut dijadikan sebagai alasan untuk kita sewenang-wenangnya melakukan dosa di saat kita tahu tidak ada orang yang memerhatikan. Lupakah kita bahawa Allah Maha Melihat segala apa yang kita kerjakan? Kita bersembunyilah di mana pun, segala amal dan perbuatan kita dilihat dan dicatat oleh malaikat dan akan disoal tentangnyadi akhirat kelak.


Imam an-Nawawi berkata, hadith itu (amalan-amalan kebajikan dan balasannya) mempunyai beberapa syarat, dan syarat yang pertama adalah mengamalkan apa yang diketahuinya (lantas dikongsikan syair itu). Hmm... sudah lepaskah syarat pertama?


Syarat kedua, menyebarkan apa yang telah diketahuinya.  "Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah, menyediakan di sisiNya pahala yang besar." (Surah at-Taubah: Ayat 22)


Syarat ketiga, niat menyebarkan itu bukan untuk menandingi dan berdebat.Rasulullah saw bersabda, maksudnya: "Barangsiapa mencari ilmu kerana empat perkara maka masuk neraka: Untuk menandingi para ulama, untuk berbantah-bantahan dengan kaum yang bodoh, untuk mendapatkan harta, atau memalingkan wajah manusia kepadanya." (Hadis Riwayat Imam At-Tirmidzi dan Hakim, dihasankan oleh al-Albani dalam Shahih al-Jami')


Syarat keempat, mencari pahala dalam menyebarkannya dan tidak bakhil. "Mereka (Nabi-nabi) itulah, orang-orang yang telah diberi pertunjuk oleh Allah, maka turutlah olehmu (wahai Muhammad) akan pertunjuk mereka katakanlah: "Aku tidak meminta upah kepada kamu mengenai pertunjuk (Al-Quran yang aku sampaikan) itu. Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk alam seluruhnya."" (Surah al-An'aam: Ayat 90)


Syarat kelima, tidak gusar untuk mengatakan "aku tidak tahu."  Sedangkan Rasulullah s.a.w. ketika ditanya malaikat Jibril tentang hari kiamat, menjawab "Tidaklah orang yang ditanya tentangnya lebih mengetahui berbanding orang yang bertanya." (Hadis kedua dalam hadith 40; Iman, Islam dan Ihsan.)


Syarat keenam, 1tawaduk. "Dan hamba-hamba yang baik dari Rabb yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati." (Surah al-Furqan: Ayat 63)


Syarat ketujuh, tabah terhadap gangguan dalam menyampaikan nasihat dan meneladani salafus soleh. "Tiada seorang nabi pun yang mendapatkan gangguan sebagaimana gangguan yang aku terima." (Hadis hasan, dimuatkan dalam Shahih Al-Jami')

Segala gangguan atau ujian yang menimpa kita, ingatlah Rasulullah s.a.w. adalah orang yang paling kuat ujiannya. Jika dibandingkan dengan Rasulullah s.a.w., sangat kecil segala ujian atau musibah yang menimpa kita.


Syarat kelapan, memberikan ilmunya kepada orang yang lebih memerlukan,sebagai pengajaran, untuk mengingatkan kita kepada Allah s.w.t. dan memberikan ketenteraman kepada kita. "Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram." ( Surah ar-Ra'd: Ayat 28)


Manusia itu resamnya, memang sering lupa dan leka. Sering sekali, benda yang kita tahu salah itulah benda yang kita nak buat juga. Namun, apabila kita menyampaikan, secara tidak langsung kita mengingatkan diri kita sendiri. Bukan untuk mengatakan "aku lebih tahu" tetapi sebagai sumber kekuatan untuk kita mengamalkan apa yang kita perkatakan.


Jom, sama-sama kuat dan berusaha untuk memperbaiki kekurangan masing-masing.Jangan jadikan kekurangan diri kita sebagai alasan untuk tidak menjadi orang yang lebih baik. Kita mampu melakukannya!  Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, semoga kita berjumpa di syurga.




SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

Apabila seorang lelaki datang kepadamu,,,




Andai seorang lelaki datang kepadamu ketika kau perlukan teman...
Andai seorang lelaki datang kepadamu dengan ciri-ciri lelaki idaman...
Andai seorang lelaki datang menegur dan membuatmu terhibur...
Andai seorang lelaki datang menanyakan pendapatmu tentang dirinya...
Andai seorang lelaki datang menanyakan tentang ketampanan wajah dan keromantikan dirinya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang memintamu membetulkan kolar baju dan rambutnya...


Andai seorang lelaki datang kepadamu sambil merapatkan badannya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang tanpa segan silu padamu walau dirimu sudah pemalu, sopan dan ayu...
Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu...
MUNGKIN PADA PANDANGAN LELAKI ITU,
"Kau sangat comel pada mataku"
"Kau dah seperti adik kandungku"
"Lu keras macam tomboy takkan lu nak feeling dengan gua"
"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit"
"Kaulah kekasihku, kau perlukan belaian dan sokongan moral dariku"
"Aku tahu kau sunyi, aku tak kisah kalau aku kau nodai. Aku sudi dan sabar menanti"
"Oh, kau adalah bakal isteriku, aku harus berlatih dari sekarang 'menumpangkan' bahuku"
"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain"
TETAPI WAHAI PEREMPUAN, ADAKAH ITU YANG KAMU MAHU DAN DAMBAKAN? ADAKAH ITU YANG KAMU PERLUKAN?
Andai seorang lelaki itu datang...
Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...
BERANIKAN diri untuk BERUNDUR
GAGAHKAN diri untuk TIDAK CAIR DILEBUR
TABAHKAN diri untuk menjadi PEREMPUAN EKSLUSIF YANG UNGGUL!



Perempuan yang taat hanya pada lelaki bernama ayah dan suami
Perempuan yang sedar maruah dan keunikan diri
Perempuan yang takkan cair dengan pujukan rayu 'syaitan' lelaki
Perempuan yang punya jati diri, berundur kerana TAK MAHU SUAMINYA NANTI DIBAYANGI BEKAS TEMAN-TEMAN LELAKI.
Sesungguhnya, neraka itu hakiki...
Ingatlah wahai diri yang bernama perempuan,
Andai seorang lelaki itu datang...
Beranikanlah diri untuk BERFIKIR dan MENOLAK dengan mata...

SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

nota cinta buat Penciptaku,,,

bismillah pembuka bicara hati yang menuntun ku untuk menulis di ruangan ini,,, dengan penuh kebuntuan dan kekeliruan,,, masya Allah,,, ana betul2 kehilangan arah dan hala tuju,,,
kali ini,, ana betul2 diuji,, dengan kekeliruan yang hampir membawa ana ke jalan putus asa,,,
Universiti luar atau dalam negara,,,?? mahu pilih yang di dalam,,,, ramai yang mengharapkan ana untuk ke negara asing,,, bila bertekad ke luar negara,,, sekali lagi ujian yang benar2 di luar dugaan,, datang tanpa menyapa,,, tentu sekali,,, bumi kinanah bernama Mesir yang ana maksudkan,,, subhanallah,, betapa sedihnya ana bila mendengar berita tentang universiti al Azhar Mesir akan bercuti lama,,, selama setahun,,, sanggupkah ana menunggu sehingga tahun depan,,,?sedangkan,, hati ana benar2 tidak tertahan sabarnya untuk menuntut ilmu seperti di sekolah dahulu,,,
walaupun ana turut apply IPTA Malaysia,, tapi,, hati ana rasa tak senang dan masih ragu2 untuk itu,,,sedangkan,, bidang impian ana,, sedia terada di intitusi tersebut,,, masya Allah,,,, rakan ana juga ada mempelawa ana untuk meng'apply' ke Universiti Ummul Qura di Mekah,,, juga ragu2 itu masih tersangkut dalam fikiran ana,,,
Istikharah masih tak menunjukkan sebarang petunjuk dan jalan,,, mungkin kerana niat dan azam ana tak cukup kuat dan tak istiqamah,,, astaghfirullah,,,
 kini,, ana betul2 rasa 'down' dan teragak2 dalam mengambil keputusan,,,, apakah hikmah di balik semua ini,,,?? apakah tempat ana,, adalah di Mesir,,,?? atau semua itu hanya sekadar perasaan ana saja,,?? perlukah ana menunggu sehingga cuti al Azhar itu tamat,,?? bukan apa,, andai ana apply ke Ummul Qura,, pasti memakan belanja yang agak besar untuk urusan aplikasi,, dan pasti akan menyusahkan orang tua ana,, jika pada masa yang sama,, ana juga mahu memohon ke Universiti al Azhar,,,bukankah urusannya hampir sama yang mana akan membebankan parents ana,,, bila terlalu difikirkan sangat,,,ia benar2 membuatkan air mata ana makin tak tertahan untuk mengalir,,,kalau boleh ana tak nak tersalah pilih untuk keputusan yang sangat penting buat masa depan ana,,,biarlah perjalanan jihad ana ini tidak besertakan kekesalan,,,
Rabbi,,, ihdish shirothol mustaqim,,,,
Rabbi,,, yusahhil li ala kulli hal,,,
Rabbi,,, yurazzaqnil huda wal hidayah fi hadzal amru,,,

Ya Allah,, berikanlah yang terbaik buatku,,,
Ya Allah,, bantulah aku untuk menyusun langkah yang tepat tanpa ada rasa ragu yang mengganggu,,,
Ya Allah,, tenangkanlah aku dalam situasi yang begitu menyulitkan ini,,,



kutahu,,,dan begitu yakin dengan kekuasaan dan kasih sayang-Mu terhadapku,,,
Insya Allah,,, innallaha ma'i,,,
SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

nota cinta lewat anak didikku,,

bimillahirrahmanirrahim,,,
alhamdulillah,, di hari maulidurrasul yang mulia ini,,, ana kembali menghidupkan pengisian di blog ini,, setelah sekian lama tidak mengisi ruangan blog yang penuh kekurangan ini,,,
   kali ini,,, ingin ana berkongsi cerita suka duka ana sepanjang menimba pengalaman selama lebih sebulan sebagai guru kelas fardhu ain,,, di sini juga ana titipkan sekali beberapa gambar yang diambil secara 'candid',,, dah lama,, baru ana sedar,, yang gambar ini diambil oleh adik ana yang sama2 berada di dalam kelas petang tersebut,,,,


bila dah bergelar ustazah ni,,, barulah ana tahu betapa tingginya pengorbanan seorang guru,,, betapa besarnya cabaran dan ujian buat seorang guru itu,,,  kadangkala,, ana terasa bagai mahu lari saja dari kelas fardhu ain tersebut,,, haha,, gara2 tak tertahan dengan kerenah anak didik yang bermacam rupa,,, hmm,,, apa boleh buat,, sabar je la,,,, itulah dialog yang sering muncul dalam hati di setiap kali menghadapi keadaan sebegitu,,,  dari situlah ana sedar,,, peranan seorang guru,,, bukan hanya sekadar bercita2 untuk menjadi seorang pendidik,, tetapi cita2 itu perlu disertakan niat dan strategi yang utuh,,, bukanlah untuk menuntut balasan atau lebih mudah dibahasakan dengan menjadi guru bayaran semata,, tapi,, biarlah menjadi guru yang ikhlas dan tulus,,, agar segala uasaha dan pekerjaan kita tiada terselit putus asa dan keluhan,,,,percayalah,, jika diri kita yakin dengan hikmah di balik cabaran dan dugaan ini,,, pasti kekuatan dan kecekalan itu bakal datang ke dalam setiap langkah manusia itu,,, insya Allah,,,


bila ana renungkan kembali,,, segala puji bagi Allah,, atas segala susunan-Nya dalam kehidupanku,, yang sentiasa terisi hikmah yang membuahkan rasa cinta pada-Nya,,, salah satu dari aturan Nya yang berlatarkan hikmah yang indah adalah,,, tentunya,,, Allah mahu mendidik ana untuk menjadi seoarang yang penyabar dan kuat dalam menghadapi pelbagai jenis situasi,,, yang mungkin dan tiada mustahil,, ianya terdiri daripada masalah yang lebih besar dan merumitkan,,, Allah juga,, sentiasa menyediakan ruang rezeki yang tiada pernah jauh dariku,,, alhamdulillah,, rezeki yang halal,, malah diserikan lagi dengan mulianya intisari pekerjaan ini,, iaitu,, menurunkan ilmu yang tersemat di dada,, kepada anak2 didikku,,, daripada apa yang telah kupelajari dulu,, alhamdulillah,,, Allah memberiku peluang untuk merealisasikan hadith nabi,, yang menyuruh ummatnya,, menyampaikan sebarang berita ataupun pengajaran,, walaupun satu ayat,,,yakni,, walaupun sedikit,,  subhanallah,,, walau sepayah mana sekalipun alhamdulillah,, tiada kebencian yang tersangkut di pintu hati ini,,, kekecewaan itu tetapi ada,, tetapi,, telatah mereka itu,, sedikit sebanyak,, menjahit kembali kekecewaan itu,,, tanpa disedari,,, kini ana begitu menyayangi mereka,,, seperti anak ana sendiri,,, alhamdulillah,,,                         
SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-

Tanda-Tanda Kematian

bismillahirahmanirrahim,,,, marilah bersama2 kita 
mengingati kehadiran maut dengan menghayati  
artikel ini,,,,


100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya 
akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. 
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma 
samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku 
lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut 
sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan 
mengigil. 
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika 
diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut 
seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar 
dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka 
getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan 
kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau 
mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal 
kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang 
munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah 
peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk 
mempersiapkan diri dengan amalan dan 
urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita 
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita 
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka 
malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat 
persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti 
kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan 
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka 
yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. 
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk 
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan 
dicabutnya.


7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-
tiba
ianya berselera untuk makan.

3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita 
iaitu
diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka 
berpuasalah
kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis 
dan ini
akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika 
ini
juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang 
sakit
hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita
melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian
hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang
terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu 
denyutan
di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini 
menandakan kita
tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk 
di
bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan 
naik ke
bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah 
syahadah
dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk 
menjemput
kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan 
sekarang
akan mematikan pula.



PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT 
semuga kita
adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan 
diberi
kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga
 kita dapat
membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon
 keampunan samada dari 
Allah
SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang 
piutang
kita. Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha 
berkuasa
lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati
seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu 
samada doa
dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah 
ketentuan
Allah SWT semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita 
diberi
hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan 
kesihatan
tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari 
keredhaan Allah
SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang 
salah dan
silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

WALLAHUA`LAM

Moga-moga setiap kita dan keluarga diampuni Allah dan diberkati 
hidup dan
mati hingga dapat mempersiap sediakan bekalan untuk hari kemudian 
kita.
Bacalah kandungan ini agar dapat menjadi ingatan kita semua. 
Insyallah
mulalah bertaubat, yang masih malas sembahyang ubah sikap umur kita 
semakin
hari semakin meningkat. Rezeki dicari biarlah betul-betul halal. 
Biar sesal dahulu jangan sesal kemudian. Saya berpesan kepada diri 
saya sendiri dan berharap saudara saya semua begitu juga. Cubalah 
kita ingat mengingat sesama kita selagi mampu.

sumber:http://www.mail-archive.com/reformasi-malaysia@yahoogroups.com/msg05783.html

SELAMAT MEMBACA..!! -hikmah hayat-